Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Showing posts with label sinopsis. Show all posts
Showing posts with label sinopsis. Show all posts

Wednesday, 20 May 2015

Dia..Isteri Luar Biasa - Umie Nadzimah


Dewi Yusra pantang melihat wanita ditindas, dianiya mahupun dihina kerana pengalaman silamnya. Ibunya dipukul dan ditinggalkan ayahnya. Sejak itu, dewi menjadi anti-lelaki dan tidak percaya dengan mana-mana lelaki. Rakan baiknya Eda merupakan janda dan mempunyai seorang anak bernama Nina yang comel tinggal bersama Dewi yusra. Dewi pernah menghadiahlkan penumbuk kepada bekas suami eda  ketika berada di tengah jalan kerana terserempak semasa lelaki itu leka berkelakuan sumbang bersama wanita lain. Semangat setia kawan terutama terhadap wanita amat menebal dalam diri dewi yusra. Dalam diam insiden tersebut turut diperhatikan oleh Dr Raden Amazar, pensyarah kacak yang digilai diuniversitinya. Sikap dan kelakuan dewi yusra menarik minatnya.

Mempunyai berpuluh cawangan nasi ayam bonda, dewi yusra berjaya menjadi usahawan wanita yang berjaya. Eda dan nina dilayan sebagai ahli keluarga sendiri oleh dewi yusra setelah kematian ibunya. Keletah nina sering menambat hati dewi yusra yang kadang turut ingin merasai mempunyai zuriat sendiri namun dewi yusra tidak mahu terikat dalam ikatan perkahwinan. Hasrat diluahkan pada Eda namun ditentang hebat kerana mana mungkin mempunyai anak tanpa berkahwin. Dewi yusra tidak mengalah apabila membuat temujanji bersama doktor bagi mendapatkan bayi tabung uji. Tindakan dewi yusra diselar oleh doktor kerana dewi yusra belum berkahwin dan proses ini hanya dilakukan untuk pasangan berkhawin. Hampa dewi bila gagal mendapatkan apa yang dihajati. Rakan baik dewi yusra, kamarul baharin a.k.a cik kem tempat dewi yusra meluah perasaan *ala-ala lelaki lembut* hati dewi terbuka untuk berkahwin namun hanya untuk mendapatkan anak. *temporary husband*Operasi dijalankan dan kem bertanggungjawab mencari calon. kriteria calon dewi yusra bukan calang-calang kerana dewi yusra mahukan baka yang baik maka calon suami dewi yusra haruslah lelaki tulen, tinggi, macho, kacak, putih, gigi bersih, berkelas, genetic baik-baik, berpelajaran sekurangnya master dan  tidak tinggal sembahyang mahupun puasa iaitu beragama. *perfect sangat weh*

Kehadiran raden amzar dicawangan nasi ayam bonda di bangi dilayan oleh dewi yusra. Pandangan mata raden amzar membuatkan dewi yusra meluat. Hentakan kasut dewi yusra membuatkan raden amzar teringat insiden wanita bravo yang penuh keyakinan membelasah lelaki ditengah jalan. Hati raden amzar tercuit. 

Kesemua 10 calon yang diperkenalkan kem tidak menepati citarasa dewi yusra. Akhirnya kamarul menawarkan diri menjadi suami dewi yusra. Rupanya lelaki itu menaruh perasaan terhadapnya selama ini dan sanggup berpura sebagai lelaki lembut demi mendekati dewi yusra. *oh my* terus dewi yusra bertindak menjauhkan diri dari kamarul. Apabila hati dewi yusra sedih, nina juga dipinjam bagi mengubat duka laranya. Hanya nina pernah dibawa ke kondo mewahnya waima kamarul dan eda tidak mengetahui tempat persembunyiannya itu. Ketika direstoren nasi ayam bonda, nina yang petah bercakap telah menghampiri seorang lelaki kacak dan bergaya lalu menyampaikan salam serta menyatakan dewi yusra menyukainya. Dewi yusra tidak mengendahkan lelaki itu. Siapa sangka lelaki itu memberikan kad kepada nina untuk diberikan pada dewi yusra. Setiap malam dewi yusra akan bermimpikan ibunya yang mahukan nasi ayam bonda mempunyai pewaris dan resepi nasi ayam harus diturunkan pada generasi dewi yusra seterusnya. Dewi yusra kusut memikirkan amanah ibunya.

Sebagai anak lelaki, taggungjawab raden amzar menjaga ibunya setelah kematian ayahnya. Keluarga radem amzar amat dikenali dan dihormati.*family alim*  Namun sejak kebelakangan ini, kak longnya sering mendesak untuk menjodohkannya denga rakan sekerja abang longnya, nurul fatiha yang dirasakan sesuai bersama Raden amzar. Namun hati raden amzar terpikat pada wanita bravo berambut perang. Memang tidak menepati citarasa kak longnya.

Pertemuan bersama dewi yusra didalam kapal terbang ketika pulang dari London memgembiraka raden amzar. Wanita itu terlena disisi dan terlentok dibahunya, saat paling gembira buat raden amzar. Dewi yusra pula yang tersedar dari lena menyangka lelaki itu cuba mengambil kesempatan walhal dia mengigau dan disedarkan oleh raden amzar. Pandangan sinis diberikan pada lelaki itu. Bila kali ke-2 perkara sama terjadi, dewi yusra menjadi malu. Kelakuan raden amzar menjadi perhatian dewi yusra. Lelaki itu solat ditempat duduknya. Terdetik dalam hati dewi yusra, lelaki edisi terhad ini sesuai untuk menjadi suami sementaranya namun kapal terbang akan mendarat dan dewi yusra telah terlepas peluang untuk memikat lelaki edisi terhadnya.

Siapa sangka peristiwa tertukar beg di dalam kapal terbang mempertemukan raden amzar dan dewi yusra semula. Bagai bulan jatuh ke riba dapat bertemu lelaki edisi terhad dewi yusra. Rancangan dirangka sebaik mungkin bagi mendapatkan perhatian raden amzar.  Hati raden amzar memang telah terpaut pada dewi yusra. Wanita itu mampu membuatkan degupan jantungnya pelik. Aura yang sangat kuat.  Sengaja beg dtinggalkan supaya lelaki itu berjumpa denganya namun terlupa kunci kereta juga ada didalam beg tersebut. Kalut mencari, raden amzar datang memulangkan begnya. Pelawaan makan ditawarkan oleh dewi yusra atas tanda terima kasih. Ternyata rancanganya menjadi. 
Kehadiran nurul fatiha dirumah raden amzar diatur oleh kak longnya bagi merapatkan hubungan mereka. Namun hati raden amzar langsung tidak terkesan. Umi pula kelihatan berkenan membuatkan raden amzar gusar. 

Pelawaan dewi yusra untuk belanja makna di restorean nasi ayam bonda dihadiri raden amzar dan azam sepupu raden amzar. Alangkah gembiranya dewi yusra bila mengetahui lelaki itu masih bujang. Rancangan giat diatur bagi mendapatkan perhatian lelaki itu. Pada pandangan azam, raden amzar seakan menyukai dewi yusra.  Lelaki itu murah dengan senyuman bila berhadapan dewi yusra. Ternyata raden amzar pandai mengelak bila ditanyakan tentang dewi yusra oleh azam.  

Rancangan diteruskan dengan menjejaki raden amzar hingga ke hutan belum di gerik perak. Diheret eda dan nina untuk mengikutinya dengan alasan pergi bercuti dan merasai suasana hutan padahal dewi yusra bukan wanita yang meminati alamsemulajadi. Ketika tertukar beg, dewi yusra sempat menyalin dan meneliti jadual pensyarah kacak itu. *stalker sangat*dan disebabkan itu dia mengekori lelaki itu hingga ke situ. Pertemuan sekali lagi bersama dewi yusra membuatkan jantung raden amzar tidak keruan. Wanita yang disukai ada didepan mata.

Dewi yusra megikuti kumpulan penyelidik universiti raden amzar mengkaji bunga rafflessia ke kawasan lapangan mereka. Taktik dewi yusra untuk mendekati lelaki itu. Raden amzar pula berlapang dada menerima kehadiran dewi yusra. Namun ada mata yang cemburu melihat kemesraan mereka. Pelajar master, Razita sudah lama memendam perasaan terhadap raden amzar. Anggerik liar menjadi hadiah buat dewi yusra sebgai tanda maaf dan terima kasih kerana menemani raden amzar ke hutan. Akibat cemburu , razita telah mengenakan dewi yusra hingga kakinya terseliuh. Mujur raden amzar membantu mengendong hingga ke tempat penginapan membuatkan razita berapi. Menyesal kerana membuka ruang bagi mereka. Ketika raden amzar menawarkan bantuan memandu ke KL hati dewi yusra berbunga kerana rancangannya berjalan lancar namun terbantut bila kamarul tiba. Raden amzar mengundur diri bila sedar bahawa dewi yusra telah berpunya. *alololo*

Dewi yusra menanti pangilan telefon dan sms dari raden amzar namun hampa. Lelaki itu seolah merajuk. Terasa hati mungkin kerana kehadiran kamarul. Gembira mula bertamu bila raden amzar menelefon bertanya khabar. Soalan berbaur cemburu dituju pada dewi yusra. Bila mengetahui keadaan sebenar, hati raden amzar kembali riang. Peluang terbuka untuk memikat cinta hatinya. 

Rancangan dewi yusra menyimpan organizer raden amzar ketika tertukar beg berjaya apabila raden amzar mengatur pertemuan untuk berjumpa. Akibat tayar kereta raden amzar yang pancit, dewi yusra menghantarkan organizer tersebut ke rumah raden amzar walaupun lewat malam kerana raden mazar memerlukannya. Peluang yang tiba direbut dewi yusra. Rancangan diatur bersama kamarul. *rancangan tangkap basah*

Dewi yusra dan raden amzar ditangkap berdua duan didalam rumah ketika dewi yusra meminta untuk ke bilik air. Seakan mahu pecah dadanya bila diserbu sekumpulan pegawai agama. Raden amzar kaget. Demi menjaga maruah, mereka berkahwin di London. Segala urusan dilakukan oleh raden amzar. Dewi yusra hanya mengikut. Dalam diam dewi yusra gembira namun terbit rasa bersalah menganiaya raden amzar. Demi zuriat, dewi yusra kuatkan hatinya. Niatnya selepas mendapat zuriat, lelaki itu akan ditinggalkan. Acapkali raden amzar memohon maaf atas kekhilafan diri hingga menyebabkan mereka terpaksa bernikah. Layanan dewi yusra dingin sedingin musim sejuk di London. 
Setelah selesai pernikahan, raden amzar membawa dewi yusra tinggal bersamanya. Segala keperluan dewi yusra diutamakan sehingga dewi yusra berasa janggal. Niat raden amzar ingin wanita itu selesa bersamanya hingga dia juga tidak memaksa dewi yusra untuk tidur sebilik dengannya. *baik sangat* 

Rancangan diatur dewi yusra untuk menjalankan projek zuriatnya. Satu perangai dewi yusra iaitu selalu mengigau ketika tidur. Trauma dengan pemgalaman ditinggalkan ayahnya hingga terbawa ke mimpi. Dan cara itu digunakan bagi memdekati raden mazar. Dewi yusra berpura-pura tidur berjalan hingga ke bilik raden mazar. Raden amzar sabar melayan kerenah dewi yusra. Raden amzar juga yang akan menenangkan dewi yusra bila kilat dan guruh tiba kerana trauma dengan kezaliman ayahnya dahulu sehingga dewi yusra akan menangis ketakutan. 

Raden amzar bersyukur akhirnya dewi yusra menjadi miliknya yang mutlak. Dilayan dan dijaga dewi yusra seperti menatang minyak yang penuh.  Namun dewi yusra pula berasa canggung selepas menggoda suami sendiri. rasa malu dan jijik dengan diri sendiri. tapi demi projek zuriatnya, dicekalkan hati hingga demam dibuatnya dewi yusra. Sudahnya  raden amzar membawa dewi yusra ke klinik kawan nya Dr Adibah. Kecewa kerana pilihan suri hati rakanya seorang wanita berambut perang, perwatakan sombong dan seksi dimatanya. Raden amzar hanya berlalu bila Dr Adibah meluahkan pendapatnya. Pada raden amzar, dewi yusra isterinya yang yang terbaik dan wanita sempurna dimatanya.setelah baik dari demam, dewi yusra tekad untuk melayan raden amzar sebaik mungkin demi membalas jasa menjaganya dan belajar  berkongi bilik bila lelaki itu memindahkan semua barangnya. 

Raden amzar berusaha memujuk dewi yusra untuk pulang ke kampung demi memohon restu umi. Pernikahan tanpa restu menyesakan dadanya. Dewi yusra bersetuju akhirnya dan merubah penampilan lebih sopan bila bertemu mertua. Demi menjaga hati umi.  
Umi terkejut raden amzar membawa wanita pulang dan ditempatkan dibiliknya. Kecewa dan hancur hatinya bila anak lelaki harapannya membelakangkanya dalam membuat keputusan untuk bernikah. Bagaimana penerimaan ahli kelurga yang lain terutama kak long zahra dan janji yang telah diberi pada keluarga nurul fatiha. Raden amzar berusaha memujuk umi yang sedih. Akhinya umi mengalah dan  berusaha menerima kenyataan namun sedikit sebanyak tidak dapat menerima penampilan menantunya. Hati umi tersentuh tatkala melihat dewi yusra yang ketakutan ketika guruh dan kilat. Diusap dan ditenangkan dewi yusra. Hubungan mereka semakin pulih dan perubahan ini menggembirakan raden amzar. 

Kak long Zahra datang kerumah raden amzar setelah mengetahui pernikahan adiknya. Ingin dihamburkan segala kemarahan kerana menipu dan membelakangkan kelurga. Hampir pitam kak long Zahra melihat dewi yusra yang baru pulang dari kerja. Sejujurnya raden amzar juga terkejut kerana dewi  yusra berniat untuk menggoda suaminya dengan skirt pendek namun lain pula yang jadinya. Pada umi diluahkan kekecewaan kerana pilihan adiknya yang tidak seperti yang diharapkan. Umi hanya mampu menasihati kak long Zahra untuk menerima ketentuan ilahi. Jodoh raden amzar bersama dewi yusra.

Dewi yusra pulang menjenguk eda dan nina dirumah. Sebenarnya perang dingin tercetus bila raden amzar menggosok baju kurung untuk dewi yusra. Geram kerana raden amzar ingin mengatur hidupnya. Eda memberitahu bahawa kamarul sering datang untuk mencari dewi yusra. Panggilan telefon dewi yusra diangkat oleh nina namun eda terkejut kerana raden amzar memberitahu kerisauan terhadap dewi yusra. Kedatanagan raden mazar memeranjatkan dewi yusra yang sedang tidur dan terjatuh ketika turun dari katil. Bergegas raden amzar membantu isterinya. Eda dan nina terkaku melihat aksi keduanya. Kamarul sampai dirumah eda apabila mendapat berita tentang dewi yusra. Rindu dan risau akan wanita itu. Namun hampa wanita itu tiada. Eda berusaha mengorek rahsia dari kamarul. Tidak menyangka dewi yusra merahsiakan sesuatu darinya.  Kamarul pula teragak-agak untuk menceritakan keadaan sebenar. 

Dewi yusra kecewa bila datang bulan bermakna usahanya tidak menjadi. Raden amzar yang perasaan perubahan dewi yusra memujuk isterinya. Gembira kerana suaminya memahami hasratnya yang ingin menjadi ibu. Kaka long zahra tetap ingin menjadikan nurul fatiha sebagai adik ipanya. Shariman iaitu suami kak long Zahra berusaha menyedarkan isterinya bahawa jodoh adik iparnya telah tertulis dengan dewi yusra namun kak long Zahra tidak mengalah. Diadukan segala kekurangan dewi yusra yang tidak menjaga rumah dan makanpakai raden amzar kepada umi. Hati ibu mana mampu menahan jika nasib anak tidak terbela. raden amzar hanya mampu bersabar bila kak long zahra mengadu pada umi. Pada umi raden amzar berjani akan membimbing dewi yusra. 

Kak long Zahra bertindak membawa nurul fatiha ke rumah raden amzar dengan niat untuk memburukkan dewi yusra dimata nurul fatiha. Dilayan kak long Zahra dengan baik walaupun dewi yusra tidak sihat kerana keletihan. Terkejut apabila kak long Zahra memperkenalkan nurul fatiha sebagai bakal tunang raden amzar yang tidak kesampaian kerana telah bernikah dengan dewi yusra. Seteruk peragai dewi yusra, tidak sesekali akan merampas hak dan menyakitkan hati wanita lain. Raden amzar tiba dan terkejut dengan kehadiran dua wanita itu. Dewi yusra bertindak untuk pindah dari rumah raden azmar. Kalut raden amzar mencari dewi yusra hingga ke rumah eda. Dengan bantuan nina, raden amzar berjaya mencari kondo kediaman dewi yusra yang hanya diketahui nina. Terkejut raden amzar bila menemui dewi yusra dalam keadaan lemah dan memuntahkan semua isi perutnya pada raden amzar. Rupanya dia bakal bergelar bapa. Gembira tidak terkata bila keadaan dewi yusra semaki stabil. Dihospital dewi yusra meminta untuk pulang. Pelan nya menjadi dan sekarang masa untuk meninggaklan suami sementaranya. Perbincangan diantara raden amzar dan dewi yusra bertukar menjadi cemas bila dewi yusra dikejarkan ke hospital semula akibat kesakitan diperutnya. Dewi yusra mengambil keputusan untuk tinggal bersama raden amzar sementara tempoh kehamilannya. Semua syarat dewi yusra dipenuhi raden amzar demi menjaga hati isterinya. 

Raden amzar mengupah razita sebagai pembantu kepada dewi yusra sementara isterinya dirumah. Razita bertanggungjawab memasak dan membantu dalam urusan kerja direstoren dewi yusra. Dewi yusra hanya mengikut demi kesihatan anak yang dikandung. Sering dewi yusra bertindak menyusahkan raden amzar dengan harapan lelaki itu akan marah namun hanya senyuman yang diberikan kepada isterinya. Niat razita bekerja untuk membantu keluarga yang kesusahan namun disebalik itu hati raden amzar ingin dimiliki walau lelaki itu telah berkahwin. *jahat seyy* 
Seminggu ditinggalkan raden amzar yang bertugas diluar negara membuatkan hidup dewi yusra  huru hara. Rindu pada suami membuatkan dewi yusra tidak lalu makan dan sering bertanyakan razita tentang perihal suaminya. Razita cemburu kerana raden amzar juga sering bertanyakan  khabar dewi yusra melaluinya . menyesal dewi yusra berkasar dengan raden amzar dan menghalau lelaki itu sudahnya diri sendiri yang merana. 

 Siapa sangka nurul fatiha yang kecewa dengan raden amzar didekati shariman suami kak long Zahra. Simpati akan nasib gadis itu, shariman menawarkan bantuan dan mereka jatuh cinta. *habisla* pertemuan eda dan kamarul ketika makan menyedarkan kamarul tentang sikap sebenar eda. Wanita itu rupanya membenci dewi yusra. Hanya berpura menyebelahi dewi yusra demi kepentingan diri sendiri. 

kepulangan raden amzar dinantikan oleh dewi yusra. Tidak sanggup menanggung rindu. Dipeluk raden amzar dan dibiarkan raden amzar membelainya. Raden amzar gembira bila dewi yusra menerima dirinya. Setiap malam raden amzar akan mengaji dan menbacakan surah untuk dewi yusra dan anak yang dikandungnya. Dewi yusra hanya menurut. Ketika razita memberikan bunga anggerik liar kepada dewi yusra hadiah dari raden amzar, dewi yusra menawarkan suaminya kepada razita. Terkejut razita kerana isteri mana sanggup berkongsi kasih. Dijelaskan selepas bersalin, lelaki itu akan ditinggaklan dan razita perlu berusaha mengambil perhatian lelaki itu. Razita merasakan dewi yusra sungguh luarbiasa. 

Kepulangan dewi yusra kekampung disambut dingin oleh kak long zahra dan shariman. Umi yang memasakkan makanan kegemaran dewi yusra menambahkan kebencian kak long Zahra kepada dewi yusra. Shariman pula menasihati raden amzar untuk memperbetulkan keadaan. Pertengkaran mereka didengari dewi yusra sehingga dia menyakinan raden amzar bahawa dia rela jika lelaki itu ingin menikahi nurul fatiha. Cukuplah bayi yang dikandung untuk dirinya. Raden amzar terus berang dan bengang mendengar pengakuan dewi yusra. Diajak pulang tanpa berbincang. Pertama kali tiada kelembutan dalam diri raden amzar. Kecut dewi yusra sehingga bayinya juga tidak bergerak. Dewi yusra ditahan diwad kerana tekanan darah yang tinggi. Raden amzar memohon bantuann rakannya Dr rahmah untuk mengubati trauma yang dialami dewi yusra. Bermula lah projek membantu dewi yusra mengatasi masalah traumanya. Raden amzar dan azam pula menemui keluarga nurul fatiha untuk menjelaskan situasi dan hubugan mereka. Ternyata keluarga nuruk fatiha memandang harta bila ditawarkan wang sebagai permohonan maaf. 

Hati raden amzar berbunga riang bila dewi yusra seakan boleh menerima dirinya. Cukuplah jika dewi yusra berada disisnya. Cintanya hanya untuk dewi yusra. Kelahiran bayi perempauan raden dewi amani yang comel mengeratkan kasih sayang raden amzar terhadap isterinya. Bayi yang kecil itu sudah pandai bermanja dengan ayahnya. Hanya jika raden amzar berada disisi barulah susu ibu ditelanya. Sebak dewi yusra memikirkan akan meninggalkan lelaki itu. Bagaimana ingin dipisahkan anak dan ayahnya. 
Dewi yusra dijaga sebaik mungkin. Dihadiahkan set berlian dan bunga anggerik liar sebagai tanda penghargaan. Terharu dewi yusra. Ternyata hati wanitanya tersentuh denga layanan suaminya. Umi juga banyak juga membantu menjaga amani. Dewi yusra besryukur dikelilingi orang yang menyayangi dirinya. 

Perubahan layanan umi yg pulang dari rumah kak long Zahra dikesan dewi yusra. Rupanaya eda membawa cerita buruk tentang  perniagaan & perkahwinan dewi yusra yang disampaikan pada umi dengan bantuan kak long Zahra. Umi terkedu dengan kebenaran perkahwinan anaknya. Diperangkap oleh dewi yusra.  Sudahnya seharian raden amzar memujuk umi yang merajuk.  Perbualan mereka didengari dewi yusra dan perubahan sikap raden amzar menyakinkan bahawa dirinya akan ditinggalkan. Pada doktor akmawati tempat dewi yusra mengadu nasib, dibawa semua pakaian dan keperluan amani. Yakin diri tidak punya tempat dalam hati raden amzar lagi. Sepeninggalan raden amzar, amani seakan mogok tidak mahu susu ibunya hingga demam. Terbiasa kehadiran ayah yang sering bersama, membuatkan dewi yusra sebak. Anak yang kecil terasa kehilangan inikan pula dirinya yang telah menyerahkan hatinya pada lelaki itu. Kehadiran raden amzar dan kamarul dirumah kakak dr akmawati, adawiyah di taiping memeranjtakan dewi yusra. Rupanya raden amzar mencari dewi yusra setelah menenangkan umi. Kalut mencari mereka hingga menyerang kamarul di pejabat kerana menyangka menyembunyikan dewi yusra. Dr akmawati yang menyampaikn berita tentang amani pada raden amzar. 
Akhirnya dewi berterus-terang tentang rancangan tangkap khalwat untuk berkahwin express dengan raden  amzar. Menyesal kerana menjatuhkan maruah lelaki itu dan dirinya. Raden amzar memujuk cinta hatinya. Tidak menyalahkan malah kerana jodoh mereka bersama. *maness gitu* kamarul pula tumpang gembira pasangan tersebut berdamai. 

Umi mengajak kak long zahra bermalam dirumah eda bagi mendapatkan cerita selanjutnya tentang dewi yusra. Ketika disana terbongkar segala keburukan tentang eda.terlihat layanan eda terhadap nina anaknya yang dipukul kerana menyebelahi dewi yusra.  Rumah yang diduduki adalah milik dewi yusra yang diberi pada eda untuk menumpang. Nora pula teman serumah merangkap pekerja dewi yusra menceritakan segalanya. Rupanya semua pekerja yang tinggal dirumah tersebut wanita teraniaya yang ditolong dewi yusra. Malah restoren nasi ayam dewi yusra akan menghantar makanan ke orang gelandangan semingu sekali. dewi yusra juga membantu razita dengan memberikan cek untuk pembedahan ibunya yang sakit. Menitis air mata umi. Tersalah sangka dengan menantunya. 

Gembira hati raden amzar bila umi dan dewi yusra berbaik semula. Dua wanita yang istimewa dalam hidupnya. Kamarul pula meminta bantuan dewi yusra untuk mendapatkan dr akmawati. *amboii* dewi yusra amat kecewa  dengan kelakuan eda yang selami ini dianggap sebagai kelurga sendiri. kasihan dengan nasib nina yang dilayan teruk oleh eda. Restoren nasi ayam dewi yusra disabotaj hingga perniagaannya merosot. Dengan bantuan raden amzar, dewi yusra membuat laporan. Dalangnya tidak bukan kawanya eda. *homaii jahat* 

Kehadiran kak long Zahra dirumah memeranjatkan raden amzar. Penyesalan terbit dalam diri kak long Zahra kerana membenci iparnya. Rupa-rupanya suaminya shariman ingin berkahwin dengan nurul fatiha. Dibahu dewi yusra kak long Zahra menangis. Dewi yusra langsung tidak ambil hati terhadap kak long Zahra. Bertambah kasih sayang raden amzar terhadap isterinya. 

Dewi yusra akhirnya mengambil keputusan bertemu nurul fatiha untuk bincang dari hati ke hati kerana shariman bertindak memukul kak long Zahra kerana keengganan wanita itu memberi keizinan untuk berkahwin lagi. Rupanya nurul fatiha nekad ingin bermadu kasih. Kak long Zahra berterima kasih kepada dewi yusra kerana membela nasibnya. Raden amzar yang mengekori dewi yusra ketika bertemu nurul fatiha menyoal tindakan isterinya namun tidak diendahkan dewi yusra. *majuk sudeyy* sudahnya raden amzar membawa diri ke kerja lapangan dalam hutan

Hampir luluh jantung dewi yusra bila mengetahui raden amzar koma di hospital kerana dipatuk ular. Dia belum bersedia untuk kehilangan lelaki itu. Dicurahkan segala isi hatinya pada raden amzar. Hanya lelaki itu yang dicintai. Terkejut bila raden amzar juga membalas ucapan cintanya. Rupanya dr akmawati berpakat bersama raden amzar untuk menguji hatinya. *maluuu* 
Pengakuan raden amzar mengejutkan dewi yusra. Rupanya rancangan tangkap khalwat itu dirancnag oleh raden amzar. Kamarul langsung tidak melaksanakan rancangannya dengan dewi yusra. Tidak menyangka bahawa lelaki sebaik raden amzar mampu bertindak sedemikian. 

Kak long zahra semakin akrab bersama dewi yusra. Mampu berdikari dengan anak-anak disisi. Bahagia walaupun shariman telah berkahwin lain. eda pula memohon maafa diatas keterlanjuran diri memfitnah dewi yusra. Nina dijaga dewi yusra setelah kematian eda. Perkahwinan shariman berantakan sehingga bercerai. Kamarul pula akan menamatkan zaman bujang bersama dr akmawati. Manakala azam pula bersama razita. *ewahh* 

Mahligai cinta dewi yusra dan raden amzar diserikan dengan kehadiran sicomel raden affan. Tersemat anggerik hutan dirambut dewi yusra mengingatkan raden amzar tentang amanat pak yus untuk menjaga anggeriknya. Rupanya lelaki itu adalah ayah dewi yusra yang pernah ditemui dihutan ketika membuat kajian. Yakin bahawa wanita yang luar biasa itu hanya untuknya. 

Itu sebabnya I sayang sangat pada you. tetiba muncul dengan penuh keajaiban merubah segala dalam hidup I – raden amzar

You kena tunaikan janji pada I, pada amani. I takboleh hidup tanpa you. you yang silap manjakan kami – dewi yusra

 


Wednesday, 11 March 2015

Hati Perempuan - Nur Ain Al-Abbas

Yuhanis anak keempat dari lima beradik dibesarkan oleh emak setelah kematian ayahnya. Bekerja sebagai arkitek di Izzu & co architecture dan mempunyai teman rapat Nizam juga bekerja sepejabat. Hanya kawan, tegas yuhanis pada yang bertanyakan status hubungan mereka. Namun siapa sangka nizam memendam rasa buat si gadis. Hanya yuhanis tidak merasakan rasa itu. Gossip mereka sebagai sepasang kekasih dibiarkan sepi. Padanya nizam teman yang baik dan memahami. 

Maisara teman serumah merangkap juga teman sepejabat yang dikenali sejak menuntut di Manchester London telah dianggap seperti keluarga sendiri. segalanya dikongikan bersama maisara. Malah jemputan makan oleh puan kalsom dan encik ilham, ibubapa nizam diajak maisara sekali. *segan kot*telahan miasara bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa ditolak yuhanis.

majikan yuhanis Tuan izuddin, telah melantiknya sebagai arkitek yang akan menguruskan projek terbaru dan pertemuan bersama klien memeranjatkanya. Lelaki itu adalah tengku zaril tengku hazimi. CEO paradigma group. Jutawan, bijak, ketampanan digilai, popular. Lengkap pakej lelaki idaman malaya. Kewujudan lelaki itu diketahui melalui maisara.*suci sangat* Majalah Times memaparkan tengku zaril sebagai cover majalah. 

Dingin dan sombong. Itu anggapan yuhanis terhadap tengku zaril. Lelaki itu mempersoalkan kebolehanya mengendalikan projek di sabah. Bukan mudah untuk yuhanis menilai orang namun berhadapan tengku zaril, lelaki itu dirasakan menyakitkan hati. Pada tengku zaril, yuhanis nampak lembut namun berani berkata-kata sehingga memerlinya.*tercabar lerr tu* 

Janji temu yang telah ditetapkan untuk membincangkan mengenai projek di sabah dimungkiri tengku zaril menyebalkan yuhanis. Tidak menghormati masa orang lain kerana menukar rancangan untuk bermain golf. Perbalahan berakhir apabila tengku zaril menyentuh soal peribadi yuhanis. melampau sungguh. Yuhanis dikatakan membosankan dan memerlukan lelaki dalam hidupnya. Hakikatnya tengku zaril juga kusut dengan hidupnya serta permintaan ayahanda dan bonda ingin melihatnya berumah tangga. Rasa bersalah terbit apabila melihat yuhanis berlalu pergi. Disuruh Jeffri PA nya membawa yuhanis ke kafe untuk perbincangan. Pertama kali tengku zaril kisah akan marah dan sakit hati yuhanis terhadapnya. Memang bukan dirinya yang sebenar. *sombong dan ego*

Persoalan yuhanis mengenai soal peribadi tengku zaril memerangkap dirinya apabila dilamar tengku zaril. Mungkin inilah jalan penyelesaian untuk tengku zaril. Bonda dan ayahanda mahukan menantu. Yuhanis dirasakan sesuai. Namun yuhanis menolak kerana hubungan perkahwinan terlalu suci untuk dibawa bergurau.  Siapa sangka syed amar, suami rakan serumah ketika belajar diluar negara, diana merupakan rakin baik tengku zaril. Pertemuan mereka direstoran ketika ingin makan tengah hari dimana tengku zaril turut serta. Mata syed amar dapat menangkap pandangan tengku zaril pada yuhanis. memang sepadan kalau digandingkan bersama. Doanya moga jodoh milik mereka.

Hubungan nizam dan yuhanis dingin gara-gara yuhanis ingin menolong nizam menyiapkan pelan yang diminta tuan izuddin. Sudahnya hanya bertegur bila perlu. Kehadiran kotak kecil dengan ikatan reben keemasan mengejutkan yuhanis. sebentuk cincin bersama kad dari tengku zaril melamar yuhanis* cairrr* tengku zaril ditemui bagi mendapatkan penjelasan. Sangkanya lelaki itu tersilap orang namun bila ditegaskan bahawa lamaran itu untuknya yuhanis mula berang. Dia juga mempunyai cita rasa lelaki yang diidamkan dan tengku zaril bukan lelaki itu. Kerja gila berkahwin dengan orang yang tidak dikenali namun  Tengku zaril tekad yuhanis akan dijadikan isteri walau apapun cara. *ada chemistry katanya*

Tengku durrahtul , bonda tengku zaril begitu mengambil berat akan tengku zaril. Sebagai abang long segala tanggungjawab terletak dibahunya mengemudi paradigam group. Perbincangan ketika makan malam menjadi hangat bila  wartawan hiburan dapat  menghidu lamaran tengku zaril pada wanita misteri. Penjelasan diberikan pada ayahandanya tegku hazimi dan bonda. Hanya yuhanis akan dijadikan suri dalam hidupnya. Hakikatnya perkahwinan ini hanya untuk memenuhi hasrat ayahanda dan bonda melihatnya berkahwin. Bukan kerana cinta bukan jua kerana sayang. 

Kehadiran yuhanis dimenara paradigma untuk temu janji perbincangan projek disambut mesra oleh suriani setiausaha tengku zaril. Mesyuarat tergempar secara tiba-tiba membuatkan yuhanis terpaksa menunggu lebih setengah jam hingga terlelap diruang lobi. Terkejut yuhanis bila disergah tengku zaril. Pertengkaran dan marah-marah sayang antara mereka seakan menguatkan dakwaan bahawa mereka mempunyai hubungan istemewa dikalangan staff paradigma. Selamba tengku zaril menarik tangan yuhanis untuk mengajak makan tengah hari dan ketika itu terserempak tengku hazimi dipejabat. Yuhanis malu dan segan apabila tengku hazimi melihat kemesraan tengku zaril padanya. Permintaan ayahanda dan bonda untuk makan bersama dituruti yuhanis. 

Pemergian yuhanis ke perak untuk melawat tapak projek diikuti tengku zaril. Setelah selesai, yuhanis dihantar ke rumah maisara untuk majlis kenduri kahwinnya. Tanpa duga, tengku zaril masih mahu berusaha mengajak yuhanis berkahwin. Bermacam alasan diberikan namun lelaki itu masih mahu mencuba. Akhirnya, yuhanis bersetuju. Kepada keluarga maisara, tengku zaril diperkenalkan sebagai tunang. Bermulalah episod lakonan mereka sebagai pasangan bahagia. Maisara terkejut kerana tidak menyangka yuhanis meyembunyikan rahsia darinya. Namun bersyukur rakanya menemui bahagia. 

Kepulangan yuhanis ke kampung disambut tegang oleh ahli keluarga. Berita pemergiannya ke majlis maisara bersama tengku zaril telah sampai ke telinga abang dan kakaknya. Rupanya bonda dan ayahanda tengku zaril telah datang meminang yuhanis. terkejut yuhanis bila diberitahu bahawa majlis pernikahan akan berlangsung tidak lama lagi. Emak terasa diri disisihkan dalam soal perkahwinan yuhanis. dijelaskan tujuan perkahwinan ini untuk memberi emak menantu yang diharapkan darinya. *bagus sangat la tu* berada dirumah seakan mengimbau memori silam. Kisah cinta yuhanis dan daniel idrus. Lelaki pertama yang dicintai ketika menuntut diluar negara. Namun dia ditinggalkan tanpa penjelasan. 

Hati yuhanis berbelah bagi. Takut dengan janji dipatri. Nizam dicari bagi menagih simpati. Setelah yuhanis melumatkan perasaanya, nizam enggan menerimanya kembali. Yuhanis terlewat menghargai orang yang menyayanginya. Azamnya perhubungan bersama tengku zaril akan dilalui dengan hati terbuka dan belajar menerima lelaki itu. 
Hanya yuhanis dan tengku zaril mengetahui sebab perhwinan mereka. Malah tengku zaril juga tidak berkongsi bersama rakan baiknya, syed amar. Tengku badli, amirul dan fikry. *BFF la katakan* 

Majlis pernikahan dan persandingan berlangsung meriah. Tengku zaril melayan yuhanis sebaik mungkin walau tiada rasa cinta. Hanya yuhanis masih belum mampu melupakan Daniel idrus sepenuhnya. Majlis resepsi dihadiri orang kenamaan. Adik lelaki tengku zaril iaitu tengku zaqif dan tengku zarul juga menghadiri majlis abang mereka. Adik-adiknya disuruh untuk bekerja di paradigma group bagi membantu tengku zaril. perhubungan Yuhanis dan tengku zaril masih dalam proses mengenali hatibudi walau selepas kahwin. Namun Tengku zaril masih workaholic dan pulang lewat manakala yuhanis cuba memahami tengku zaril yang sensitif dan seringkli berubah mood. Rahsia yuhanis mengambil pil pencegahan kehamilan diketahui tengku zaril dan menaikkan kemarahannya. Selama ini tengku zaril mempercayai yuhanis dan kecewa yuhanis mengambil tindakan membelakangkannya. Yuhanis cuba menjelaskan namun tidak dipedulikan oleh suaminya. Majlis ulang tahun paradigma group membuka peluang untuk yuhanis mencuba memujuk tengku zaril. Ajakan tengku zaril ke majlis disertakan syarat oleh yuhanis agar kesalahannya dimaafkan,tengku zaril masih belum bersedia memaafkan yuhanis. pertemuan yuhanis bersama Daniel idrus dimajlis tersebut menggetarkan yuhanis. sindiran menjadi mainan yuhanis. hati mana mampu menahan sakit bertemu kekasih lama. Rupanya majlis tersebut bagi meraikan ulangtahun tengku zaril. Terbit rasa terkilan kerana tidak mengambil tahu akan peribadi suaminya. 

Teguran bonda mengenai sikap gila kerja tengku zaril merunsingkan tengku zaril. Bimbang bonda menghidu perhubunganya dengan yuhanis yang bukan seperti pasangan lain. Yuhanis muncul menyelamatkn tengku zaril. 

Tan sri idris, ayah Daniel idrus menentang perhubungan anaknya dengan yuhanis. hinaan dan kejian dilemparkan kepada yuhanis serta keluarga namun tidak dapat meruntuhkan tugu cinta yuhanis dan Daniel idrus. Akhirnya, Daniel idrus bertindak meninggalkan yuhanis demi permintaan emak yuhanis yang tidak mahu melihat anaknya menderita. Pengorbanan Daniel  idrus hanya diketahui oleh emak yuhanis *rahsia besar giler* sejak pertemuan mereka di majlis ulangtahun paradigma group, Daniel idrus tekad ingin merebut kembali cinta yuhanis walau ditegah ayahnya. Pertengkaran tengku zaril dan Daniel idrus di pusat ekustrrian merupakan muslihat Daniel idrus bagi mendapatkan perhatian tengku zaril. Teman rapat tengku zaril cuba meleraikan pertelingkahan mereka. 

Berita kematian tan sri idris CEO medivaal corp mengejutkan dunia koprat. Yuhanis cuba mengawal perasaan. Lelaki yang pernah menghina keluarganya dan meludah kemiskinananya. Pertemuan bersama keluarga tan sri idris menguraikan sejarah silam yuhanis. Puan sri khadijah ibu daniel idrus memohon maaf diatas keterlanjuran mereka sekeluarga selama ini. Yuhanis kaget manakala tengku zaril tertanya hubungan yuhanis dan keluarga tan sri idris. 

Projek kerjasama antara medival corp terpaksa ditolak yuhanis walau diminta oleh tuan izzudin. Tidak mahu mencetuskan rasa tidak selesa kelak. Dalam diam, tengku zaril menyuruh orang kepercayaanya zulhamdy melakukan siastan terhadap Daniel idrus. Kecewa kerana yuhanis tidak mahu berterus terang mengenai masa silamnya. ternyata hati tengku zaril telah dimiliki yuhanis dalam diam. 

Pertemuan antara Daniel idrus dan yuhanis di pejabat yuhanis dilihat oleh nizam. Dinasihati yuhanis agar belajar menerima dan menyatakan perasaan terhadap suaminya. Kerana wanita itu tidak mudah meluahkan perasanya tanpa dipinta.yuhanis masih dibayangi kedukaan silam. 

Kehadiran Daniel idrus yang kerap merimaskan yuhanis. sesak dengan rasa yang ada untuk lelaki itu dan janji ikrar mempertahankan perkahwinan terhadaptengku zaril. Dijelaskan rasa sayang yang masih ada pada Daniel idrus. Namun rasa itu tidak lagi penting kerana maruah suaminya yang perlu dipertahankan. 

Tengku zaril berkelakuan pelik meminta yuhanis memasakkan bubur jagung walhal maklum bahawa yuhanis tidak pandai memasak. Yuhans tekad akan cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina. Selera tengku zaril bertambah manakala yuhanis mual bila bersua makanan. Malah mood tengku zaril juga berubah apabila seringkali marah atas sebab tidak munasabah. Kemuncak bila yuhanis demam panas dan dikerjarkan ke hospital *yuhaniss preggyyyyy*tengku zaril amat teruja akan bergelar ayah. Kegembiraan dikongsi bersama ahli keluarga.Tengk zaril telah merancang untuk berbulan madu bagi mengeratkan hubungannya denga yuhanis. cadangannya disokong oleh  DBF nya *damn best friends*

Daniel idrus berterusan cuba mendampingi yuhanis. dirasakan wanita itu tidak bersedia menerima penjelasan darinya. Tekad Daniel idrus, yuhanis harus dimiliki dengan apa jua cara. 

Perangai tengku zaqif yang suka berpoya-poya mendapat perhatian tengku zaril. Dihambur segala amarah dan nasihat agar berubah namun lelaki itu masih tidak mahu berubah. Tengku zarul pula hanya mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur urusan abangnya. 
Kepulangan tengku amalin sepupu tengku zaril dari luar negara merimaskan dan menjengkelkan  yuhanis. walaupun tidak ditunjukkan pada tengku zaril, dalam diam yuhanis merana sendirian. Tambahan bila mengetahui bahawa wanita itu menyimpan perasaan terhadap tengku zaril.  Rupanya tengku amalin mempunyai agenda untuk memisahkan tengku zaril dan yuhanis. diracuni fikiran yuhanis dengan syak wasangka terhadap tengku zaril dengan memberikan gambar mesranya bersama zaril. Hati yuhanis terluka. Diana dan maisara menjadi tempat mengadu nasib. 

Sehingga percutian bulan madu tengku zaril dan yuhanis di London, hati yuhanis masih berprasangka terhadap tengku zaril. Walhal tengku zaril berusaha memenangi hati yuhanis. lelaki itu telah jatuh cinta terhadpa isteri sendiri. sepeninggalan tengku zaril bercuti, tengku zaqif mengambil alih paradigma group. Ternyata dia lebih bersedia dan matang dalam mengendalikan perniagaan ayahandanya. Pengumuman dilakukan oleh tengku zaqif bagi menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya. 

Sekembali dari bercuti, yuhanis terbang ke JB melawat emaknya. Ditinggalkan tengku zaril keseorangan dan restu dipohon setelah berangkat ke lapangan terbang. tengku zaril kecewa dengan keputusan yuhanis. rakan ayahandanya tan sri Sulaiman hadir ke rumah bersama anaknya nadia seorang artis terkenal tanahair. Pandangan mata nadia tidak disukai tengku zaril kerana wanita itu seperti mahu menarik perhatiannya, *hot stuff* setelah mengetahui pemergian yuhanis ke JB seorang diri, bonda telah mengarahkan tengku zaril agar memujuk yuhanis dan membawanya pulang. Kepulangan yuhanis disambut gembira oleh ahli keluarga. Terkejut yuhanis bila tengku zaril juga pulang menyusulnya. Dibekalkan makanan dimasak oleh bonda membuatkan yuhanis terharu. 

Yuhanis tersentak bila emaknya menasihatinya agar melupakan masa silam dan belajar menghormati tengku zaril. Lebih memeritkan Daniel idrus dibenarkan menjejakan kaki ke rumah itu setelah keluarganya dihina. Pertengkaran berlaku dan yuhanis pengsan akibat tertekan. Yuhanis dikejarkan ke hospital dan bernasib baik bayi didalam kandungan dapat diselamatkan. Yuhanis masih tidak berterus terang mengenai perasaan marahnya terhadap tengku zaril. 

Berita skandal yuhanis dan Daniel idrus terpampang didada akhbar dan majalah membuatkan tengku zaril diburu wartawanbagi mendapatkan penjelasan. Bonda dan ayahanda pula meminta penjelasan mengenai perhubungannya dengan tengku amalin kerana gambar mesranya tersebar diinternet. Setelah penjelasan diberikan, yuhanis cuba mempercayai tengku zaril. Pertengkaran timbul.  ternyata hati yuhanis sukar untuk diduga tengku zaril. Majlis makan malam Modzari Corp dihadiri seisi keluarga tengku hazimi dan tengku durrahtul. Pertemuan yuhanis dan Daniel idrus seperti sahabat lama. Tiada dendam mahupun benci. Dijemput yuhanis kemajlis pernikahannya tanda hatinya telah belajar menyayangi yang lain. 

Emak yuhanis bertemu yuhanis bagi menjelaskan rahsia yang disimpan lama dimana bukan Daniel idrus yang meninggalkan yuhanis tetapi emaknya yang meminta perhubungan diputuskan. Terkejut yuhanis kerana ternyata selama ini segala kesalahan dan kebencian diletakkan dibahu Daniel idrus tidak benar. Namun yuhanis redha jodohnya bukan dengan daniel idrus tapi tengku zaril. 

Tengku zaqif memperkenalkan edrina sbagai teman wanitanya kepada kelurga. Yuhanis pula selamat melahirkan tengku aryan ziqri.  Yuhanis telah belajar menerima dan menyayangi tengku zaril. Ayahanda mahukan yuhanis mengemudi paradigcar. *untungla kahwin orang kaya* tengku Amalin kembali dalam hidup yuhanis dan tengku zaril. Agenda diteruskan dengan menunjukkan bukti kecurangan tengku zaril. Surat lahir anak tengku amalin dan tengku zaril. Terpempam yuhanis saat kebenaran diluahkan. Tengku zaril hadir menjelaskan namun ditolak mentah yuhanis. Pada rakan baiknya diluahkan kekecewaan tengku zaril. Nasihat mereka agar berterus terang  supaya masalah selesai. Pertengkaran berlarutan sehingga majlis memperkenalkan anak mereka pada pihak media. Tengku zaril tidak hadir kerana urusan kerja membuatkan yuhanis kecewa. Hampir yuhanis berputus asa dan saat itu tengku zaril menjelaskan segalanya. Rupanya tengku zaril hanya membantu tengku amalin kerana keluarga telah mengamanahkannya untuk menjaga tengku amalin. Namun perangai tengku amalin yang liar menyebabkan dia terlanjur dan menuduh tengku zaril menidurinya walhal tengku amalin yang telah meletakkan ubat tidur didalam minuman tengku zaril. Tengku zaril diperangkap. Anak yang dilahirkan meninggal dunia kerana masalah kegagalan fungsi hati. Tengku zaril tidak bersalah. Lega hatinya disaat semua nya telah terlerai. Yuhanis percaya bahawa tengku zaril menyintainya begitu juga dengan hatinya terhadap tengku zaril. 

Perkahwinan tengku zaqif dan edrina berlangsung meriah. Selang beberapa bulan kemudian majlis abang yuhanis, iaitu umar. Sungguh yuhanis bersyukur atas kebahagiaan yang dirasinya kini. Tengku amalin masih berdendam dengan yuhanis. diugut tengku zaril jika tidak mahu menerima cintanya, yuhanis dan anaknya akan menjadi mangsa. Risau dengan keselamatan keluarganya, tengku aryan ziqri diserahkan pada ayahanda dan bonda untuk dibawa bercuti ke itali. Tengku amalin telah mengupah orang untuk membunuh yuhanis. ketika pergelutan berlaku, yuhanis keguguran. *dia tak tahu dia preggy* Tengku zaril tiba menyelamatkan isterinya dari niat jahat tengku amalin. Selepas peristiwa hitam tersebut tengku zaril telah memfailkan kes  terhadap tengku amalin dan diserahkan pada peguamnya. Tidak mahu tengku amalin mendekati keluarganya.

Yuhanis bahagia disamping tengku zaril dan anak-anaknya, tengku aryan ziqri dan tengku airis Zahra. Cinta yuhanis hanya untuk tengku zaril untuk selamanya. Yakin bahawan hati perempuannya milik tengku zaril. 

abang tak pernah cintakan perempuan lain seperti abang cintakan  anis. abang boleh reka beribu alasan untuk jadikan diri abang hebat dimata perempuan tapi bila depan anis abang cuma boleh minta maaf - tengku zaril 

saya kahwin dengan awak untuk jadi isteri awak. tak harap lebih dari itu. tapi semakin hari saya semakin tamak - yuhanis



Monday, 9 February 2015

Asam Pedas Untuk Dia - Nureen Mirza

Sekelip mata Ainin Sofiya kehilangan tempat bergantung apabila suami tercinta meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Mujur mak ipah ada menjadi penguat semangat Ainin. Tugas mencari rezeki kini terletak dibahunya. Ainin perlu menjaga Faiz, adik yang mengalami penyakit disleksia dan Arisha permata hati hasil perkongsian hidup dengan arwah hairi. Pendapatan menjual nasi lemak dan kuih diwarung tidak mampu menampung keperluan mereka sekeluarga. Ainin tekad untuk bekerja sebagai orang gaji separuh masa demi menambah pendapatan.

Peluang bekerja dirumah hajah fauziah dan haji marzuki dimanfaatkan sepenuhnya. Ainin hanya datang untuk memasak dan membersihkan rumah pada awal pagi dan pulang setelah selesai kerja pada lewat petang. Hasil air tangan AInin mendapat tempat dihati keluarga hajah fauziah dan haji marzuki. Dalam diam anak sulung hajah fauziah, Ahmad Ziyad turut meminati masakan Ainin terutama asam pedas *feveret la katakan* 

Ahmad Ziyad mempunyai pilihan hati iaitu syafinaz, anak datuk majid  yang memiliki syarikat pembinaan majujaya permai holdings. Bibit percintaan mereka terjalin setelah firma arkitek Ziyad dilantik menjadi juru runding untuk syarikat datuk majid. Kerap Ziyad meluahkan hasrat ingin menyunting syafinaz menjadi suri namun sering ditolak kerana ingin membina kerjaya. Risau seandai ikatan perkahwinan membataskan segala pergerakannya. Ziyad hanya mampu bersabar demi cinta hati yang disayangi.    

Ketika menghantarkan Ainin ke rumah apabila motorsikalnya meragam, timbul simpati terhadap Ainin yang bekerja keras demi keluarganya. Hati ziyad tersentuh melihat Faiz yang kurang upaya dan Arisha yatim pada usia 6 bulan. Tuan rumah, Hisyam datang meminta hutang sewa tertunggak. Diugut untuk dihalau keluar jika tidak menjelaskan secepat mungkin. Hisyam yang juga menaruh hati pada Ainin turut mengajak Ainin berkahwin demi melangsaikan hutangnya namun ditolak mentah oleh Ainin. Hati Ziyad memberontak  ingin mengetahui kisah Ainin setelah terdengar perbualan Ainin dan Hisyam.

Ainin terkejut apabila sejumlah wang dimasukkan kedalam akaun bank nya. Setahunya gaji bekerja sebagai pembantu rumah hanya rm500 tetapi jumlah yang diterima hampir rm5000. Ketika dipulangkan kepada Ziyad lelaki itu menyuruh Ainin membayar  hutang tertunggak kepada hisyam. Ainin menolak tidak mahu terhutang budi *nanti tergadai body* Ziyad tegas mengatakan bahawa dia ikhlas ingin membantu Ainin sekeluarga. 
Setelah pemberiannya kerap ditolak, Ziyad telah bertekad ingin mengajak Ainin berkahwin demi meringankan beban yang ditanggung Ainin sekeluarga. Terkejut Ainin tatkala Ziyad menyuarakan hasrat hatinya. Pada mak ipah jua diluahkan segalanya. Padanya Ainin berhak menentukan kehidupannya. 

Setelah persetujuaan diberikan Ainin, mereka bernikah di rumah kak Anida, kakak Ainin dan hanya dihadiri keluarga terdekat Ainin. Ziyad meletakkan syarat setelah bernikah,panggilan encik ziyad perlu dikekalkan bagi mengelakkan sebarang masalah. Surat nikah pula perlu disimpan ditempat yang selamat. Ainin juga perlu bekerja di rumah hajah fauziah dan haji marzuki kerana mereka memerlukan pembantu rumah. Pernikahan ini perlu dirahsiakan dari pengetahuan semua dan segala tindak tanduk ziyad waima dengan perempuan mana ziyad keluar, Ainin tidak berhak bersuara atau menegur. Diluahkan kegusaran jika berita pernikahan mereka sampai ke telinga syafinaz. Tidak mahu membuatkan cinta hatinya itu kecewa. Ainin akur dengan pesanan ziyad supaya menjaga rahsia pernikahan mereka. usai majlis, mereka pulang keesokkan harinya kerana ziyad perlu bekerja. Dikhabarkan pada umi bahawa outstation ke tanjung karang dan pada syafinaz menghadiri kenduri kahwin rakan di muar.  

Hisyam terkejut apabila ainin menjelaskan hutang sewa termasuk sewa terkini rumah yang diduduki. Masa kan pembantu rumah mempunyai gaji sebanyak itu. Hisyam menuduh Ainin mempunyai hubungan sulit dengan ziyad kerana pernah terserempak kereta ziyad dilaman rumah Ainin. 

Ziyad menyuruh ainin agar menyediakan masakan istimewa nasi biryani kambing dan ayam kerana kehadiran syafinaz yang berkenalan dengan keluarga ziyad. Ainin hanya menurut. Padanya telah termaktub dalam perjanjian bahawa dia tidak berhak mempersoalkan tindak tanduk ziyad. Syafinaz yang hadir berbaju kurung  dilayan baik oleh keluarga ziyad termasuk farhana adik bongsu ziyad yang belajar di UKM.apabila ainin keluar untuk menghidang maknan, syafinaz terkejut kerana ziyad tidak pernah memberitahu bahawa pembantu rumah ziyad wanita muda dan cantik. Namun lega kembali bertamu bila ziyad menyakinkan bahawa ainin hanya pembantu rumah sambilan *cuak kau* 

Ketika ainin bersembang dengan iqram iaitu sepupu arwah hairi ditelefon, terdetik cemburu dihati ziyad. Tidak mahu iqram menaruh  hati pada isterinya. Disuruh agar ainin menjelaskan status sebenarnya pada iqram. *jelly lerr tu* 

Kehadiran khairil anwar, anak rakan papanya  menjengkilkan syafinaz. Pemuda tersebut tidak jemu mengharap kasih darinya. Pertemuan hanya dilakukan atas dasar professional. Namun pendapat kharil anwar tentang menerima pasangan seadanya membuatkan hati syafinaz terdetik cintakah ziyad padanya jika lelaki itu sering menegur penampilannya yang agak seksi. Bukankah cinta adalah menerima kekurangan dan kelebihan pasangan.namun Khairil tetap sabar menanti hati syafinaz terbuka untuknya. 

Ziyad tepaksa pulang untuk mengambil pendrive yang tertinggal kerana perlu menghadiri mesyuarat penting pada sebelah petang. Hati ziyad berdetak hebat tatkala melihat ainin yang keluar berkemban dari bilik air. Cantik sungguh ciptaan tuhan. Ainin yang terkejut terus melarikan diri ke dalam bilik. Ziyad penasaran namun cuba berlagak tenang. Hidangan tengah hari Ainin memikat selera ziyad.  *coverline la tuh*

Tanpa ziyad sedari, hatinya mula merindui Ainin. Pelbagai alasan dicipta untuk bertemu isterinya. Telefon bertanya khabar , datang melawat arisha dan menawarkan khidmat menghantar ke klinik sehingga ziyad mengambil tindakan nekad meminta haknya sebagai suami dari ainin. Namun ainin dilarang untuk mengandung demi menjaga rahsia perkahwinan mereka. Ainin perlu mengambil pil perancang, arahan dari ziyad. 

Bulan madu di tanjung karang dirancang oleh ziyad bagi menghabiskan masa bersama ainin. Rupanya ziyad telah membina rumah dinamakan villa cinta pertama ditengah sawah dan ainin orang pertama dibawa kesana. Hajatnya ingin ainin mengerti bahawa dia telah mempunyai ruang dalam hati ziyad. Pertengkaran mereka sering kali timbul akibat cemburu ziyad pada iqram yang kerap menefon ainin dan pastinya ainin mencemburui syafinaz yang sering mendapat perhatian dari ziyad. Hakikatnya ainin telah jatuh hati dengan suami sendiri *Auww*

Hajah fauziah menyedari perubahan sikap ziyad. Seakan tidak peduli dengan perhubungannya dengan syafinaz bila disuarakan hajat ingin masuk meminang suri hatinya itu. Rancangan keluarga haji marzuki dan hajah fauziah ke London untuk melawat zarul, adiknya yang belajar diluar negara disambut gembira oleh ziyad. Sudah dirancang untuk berbulan madu bersama ainin dan keluarga ke sabah. Dapatlah ziyad meluangkan masa bersama ainin tanpa gangguan sesiapa. ziyad juga telah membeli rumah dikawasan berhampiran bagi memudahkan ziyad untuk bertemu ainin. Sehari hanya dapat berjumpa ketika pagi tidak cukup bagi ziyad. Peraturan baru, selepas waktu bekerja ainin perlu datang ke rumah tersebut dan pulang selepas pukul 10. Hujung minggu juga tidak terkecuali. 

Syafinaz seakan dapat menghidu perubahan ziyad. Masa ziyad bukan lagi milik syafinaz namun semuanya hilang bila ziyad mengkhabarkan rombongan meminang akan hadir dalam masa 2 bulan. Ziyad terus mendapatkan ainin dirumah apabila ainin memberitahu dia sakit dan mual. Kerisauan jelas terpancar, ditinggalkan syafinaz dengan alasan klien telah menunggu ditapak projek. Sampai dirumah  kelihatan Ainin terlelap disofa,disuakan ubat agar kurang sakitnya. Tanpa berlengah soalan panas diajukan ziyad. Adakah ainin mengandung. Ainin menidakkan kerana sakitnya hanya sakit kepala akibat kurang tidur kerana arisha tidak sihat dan meragam sepanjang malam.   Lega ziyad mendengar penjelasan ainin. 

Setelah pemergian keluarga ke London, ziyad telah membawa Ainin sekeluarga ke sabah. Bulanmadu ke-2 mereka. Bezanya faiz, arisha dan mak ipah turut serta. Masa yang ada digunakan ziyad sebaik mungkin bagi mencipta kenanagan terindah bersama isteri tersayang. Mood Ainin terganggu apabila panggilan syafinaz disambut ziyad. Walaupun sedar diri bukan pilihan ziyad namun rasa yang mula tumbuh menyesakkannya. Ziyad berusaha memujuk isterinya. Ingin melihat cinta hatinya senyum dan bahagia. 
Kepulangan zarul dari London disambut oleh syafinaz dan ziyad. Pertemuan pertama kali dengan ainin membuatkan hati zarul terpaut. Pembantu rumah yang comel. Zarul yang terkenal dengan sikap berfoya-foya merisaukan ziyad. Setiap masa zarul mencari peluang untuk beramah dan bersembang dengan ainin. Ashri rakan pejabat ziyad, ternampak ziyad bersama ainin ketika membeli barang ditesco. 

Cemburu ziyad memuncak apabila mengetahui iqram masih menghubungi ainin serta zarul yang cuba bermesra dengan ainin ketika mereka sekeluarga keluar untuk membeli barang hantaran. Panas hati ziyad memikirkan ainin melayan lelaki-lelaki tersebut walau ditegah ziyad. 

Pertunangan ziyad dan syafinaz berlangsung meriah namun ziyad terkejut kerana syafinaz terlebih dahulu mengambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan mereka. Ziyad marah dengan diri sendiri kerana tidak berterus terang tentang status dirinya. Tenyata hatinya kini milik ainin bukan syafinaz. Namun janji yang dipatri mana mungkin dimungkiri. 

Apabila panggilan ziyad tidak dijawab ainin, ziyad sanggup mencari sehingga ke rumah kerana geram dan rindu untuk mendengar suara isteriya. Sungguh, cinta pada ainin mengatasi segalanya. Ainin tertidur kepenatan kerana membantu majlis pertunangan ziyad. Wajah ainin mendamaikan hati ziyad.  Hati ainin terluka dengan pertunangan ziyad sehingga merajuk tidak datang ke rumah ziyad keesokannya. Ziyad lantas mencari ainin untuk memujuk isterinya. Sudahnya mereka ke tanjung karang, villa cinta mereka. Ketika pulang, mereka terserempak dengan syafinaz. Lantas ziyad mencipta alasan. Pertengkaran berlaku, Isunya ziyad mempunyai hubugan dengan pembantu rumah dan dikuatkan dengan saksi ashri yang pernah melihat kemesraan mereka suatu ketika dahulu.   

Ziyad mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari ainin, keputusan perlu dibuat. Sama ada ainin atau syafinaz. Dikhabarkan pada ainin agar tidak menghubungi dirinya. Hati isteri mana mampu menaggung rindu jika suami menjauhkan diri. Akhirnya ainin pasrah, mungkin ini jalan pengakhiranya. Zarul seakan tidak mengerti penolakan ainin. Kerap pemuda itu datang kerumah dan akhirnya ainin terpaksa keluar makan bersama untuk tidak menimbulkan kekecohan. Pertemuan mereka di restoran yang sama dimana ziyad dan syafinaz makan menaikkan kemarahan ziyad.  Lantas ainin dicari bagi mendapatkan penjelasan. Rumah persinggahan mereka menjadi tumpuan. Ainin sedia mengundur diri namun ziyad tidak rela melepaskan ainin. 

Ainin jatuh pengsan dirumah hajah fauziah ketika keluarga syafnaz ingin hadir menetapkan majlis pernikahan mereka. Kalut ziyad membawa ainin ke hospital. Zarul juga turut serta untuk melihat kekasih hatinya. Berita ainin berbadan dua mengejutkan semua pihak. Semua mencemuh dan mencaci ainin kecuali hajah fauziah dan suami. Pada mereka mesti ada alasan mengapa ainin merahsiakan dari mereka. Ziyad menyerang ainin dihospital denga soalan –soalan yang mengguris hati ainin. Dituduh ainin sengaja mengandung demi memusnahkan keluarganya dan hubungannya denga syafinaz. Hancur luluh hati ainin bila dituduh sebegitu. 

Ziyad mendesak agar ainin berhenti kerja dan berpindah ke tanjung karang sehingga selamat melahirkan bayi mereka demi mengelakkan sebarang masalah. Kehadiran ainin kerumah hajah fauziah untuk mengambil barang disambut dengan pelbagai riak. Hanya Hajah fauziah dan haji marzuki masih melayan ainin dengan baik. ketika ainin bersedia untuk ke tanjung karang, iqram datang menjemput mereka sekeluarga untuk menghadiri majlis pernikahannya di perak. Tanpa membuang masa, ainin mengikut iqram. Sudah lama tidak bertemu keluarga bekas mertuanya. 

Seminggu kehilangan ainin, membuatkan ziyad hilang semangat. Cinta hatinya hilang tanpa dikesan. Ternyata hati ziyad hanya untuk ainin tiada yang lain. Hampir kesemua tempat dilawati ziyad demi mencari isterinya, tanjung karang, rumah persinggahan mereka hingga ke rumah kak anida di muar. 

Akhirnya ziyad mengambil keputusan berterus terang mengenai status hubungan nya denga ainin. Hajah fauziah dan haji marzuki ternyata gembira dengan berita tersebut. Hanya farhana dan zarul seakan tidak percaya. Syafinaz mengamuk bila mengetahui cerita sebenar. Pertunangan diputuskan secara rasmi. Misi ziyad kini mencari isterinya. Ketika singgah minum diwarung, ziyad mendapat berita bahawa ainin telah ke kuala kangsar menghadiri kenduri.terkejut ainin melihat ziyad dimajlis iqram. Dijelaskan segala-galanya. Tentang rahsia pernikahan mereka kepada keluarga dan pertunangannya yang putus. Keluarga hajah fauziah dan haji marzuki menyambut kehadiran menantu mereka. Ternyata pilihan ziyad amat tepat kerana telah lama mereka berkenan  dengan ainin, zarul dan farhana memohon maaf diatas keterlanjuran mereka .

Bahagia milik ziyad dan ainin. Diluahkan rasa hati yang terpendm untuk ainin.ternyata hidupnya gelap tanpa ainin. Ainin bersyukur ziyad juga membalas rasa yang ada didalam hatinya. Kehadiran si kecil ahmad zikry aiman menyempurnakan hidup ziyad dan ainin. 
Syafinaz dan khairil anwar bersatu dijinjang pelamin. Jodoh telah tertulis buat mereka. 


Allah dah takdirkan kita bersama, jodoh abang dah disuratkan memang dengan ainin – ahmad ziyad

Ainin takkan tinggalkan abang lagi, abanglah hidup ainin sekarang tempat ainin menumpang kasih – ainin sofiya  
  



Tuesday, 4 November 2014

Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

Walaupun medina izwani hanya anak angkat namun itu tidak pernah menjadi penghalang kepada dato’ Abdullah dan datin aliyah melayan seperti anak sendiri. Kasih sayang yang dicurahkan kepada medina izwani membuatkan nazrin shah cemburu. manakan sama anak sendiri dengan orang luar. Hingga neneknya juga menyayangi medina izwani seperti cucu sendiri. Hati bertambah benci apabila medina membawa cerita pernah menyaksikan kecurangan zita a.k.a teman wanita nazrin menyebabkan pilihan hatinya itu ditolak mentah oleh dato Abdullah dan datin aliyah.

Rasa hormat pada nazrin shah tetap ada walaupun medina izwani dibenci dan dilayan teruk. Kehadiran Megat Shazril sebagai rakan sekelas mengubat sedikit sebanyak kekecewaan medina izwani. Rupanya megat juga menyimpan perasaan padanya namun harus dipendam kerana masih belajar dibangku sekolah.

Hidup medina izwani dan nazrin shah berubah 100% bila nazrin ingin melanjutkan pelajaran ke UK. Nenek menyatakan hasrat hati ingin melihat nazrin berkahwin sebelum ke UK kerana bimbang kisah lama berulang. Pakcik nazrin a.k.a uncle aidil pernah berkahwin diluar negara bersama wanita berdarah Irish ketika menyambung pengajian diluar negara. Namun tidak kekal kerana kecurangan isterinya. Sehingga kini uncle Aidil menduda dan tiffa sepupunya membesar tanpa kasih sayag seorang ibu.

Hancur hati medina izwani bila mengenangkan perlu berkahwin ada usia yang muda- 17 tahun. Banyak yang ingin digapai namun harapan tinggal harapan. Kesihatan nenek yang merosot menjadikan nazrin dan medina tersepit antara kemahuan hati dan kasih pada nenek. Pertunangan dilangsungkan sebelum nazrin bertolak ke UK dan perkahwinan setahun kemudian.  Bayangan Megat shazril dibuang jauh bila sah lafaz menjadi isteri nazrin shah. Janji medina ingin belajar menyintai nazrin sebagai suami namun hati mana yang tidak terluka apabila diberitahu akan diceraikan pada hari pertama menjadi isteri.

4 tahun berlalu, medina menyambung pelajaran dalam bidang sains fizik di universiti pilihanya di penang. Namun disitu juga nazrin memulakan perkhidmatan sebagai pensyarah setelah pulang dari luar negara. Dapat dirasakn semester seterusnya akan menjadi sukar kerana nazrin akan mencari kesalahanya demi menyakitkan hatinya. Tambah haru bila nazrin menjadi pensyarah tutorial subjek yang susah. Makin kelam dirasakan dunianya. Pada teman kuliah niza, husna,  mai dan jue tempat mengadu nasib namun dirahsiakan status isterinya. Pada mereka nazrin adalah abang angkat medina merangkap pensyarah tutorial mereka.

Kehadiran nenek dan keluarga ke penang memaksa mereka tinggal serumah agar pembohongan mereka tidak terbongkar. Lakonan dipersembahka sebaik mungkin. Perancangan mereka  akan berpisah apabila kesihatan nenek beransur pulih. Keputusan nenek dan mak timah a.k.a orang gaji keluarga  menetap di rumah mereka memeranjatkan nazrin dan medina.

Telah medina serahkan hati sepenuhnya untuk nazrin namun apa daya jika zita juga menjadi pilihan hati nazrin. Sedaya upaya dipujuk hati agar tidak terus mencintai  lelaki bernama suami kerana akhirnya akan kecewa jua akhirnya.

Kehadiran zafril mengingtkan medina kepada megat shazril. Lelaki itu menghulurkan salam perkenalan namun disambut dingin oleh medina kerana tahu batasan diri. Suara dan perlakuannya seakan megat shazril. Namun bayangan lelaki itu telah lama dilupakan sejak menjadi isteri nazrin.

Kemahuan nenek yang ingin bercuti ke Cameron highland bersama diturutkan medina dan nazrin. Hanya kesihatan nenek yang menjadi nadi dan keutamaan mereka. Perubahan sikap nazrin yang mula berlembut merunsingkan medina. Jika dahulu ada sahaja yang ingin dibalahkan namun kini nazrin lebih suka menyakat dari menyalahkan dirinya. Perancangan bertukar saat akhir tatkala medina terdengar nazrin berbincang mengenai zita. Sangkanya nazrin ingin bertemu zita ketika mereka bercuti bersama nenek. Hancur luluh hati mengenangkan ikatan yang selama ini dipertahankn hampir ke hujung. Rupanya nazrin ingin menemui zita yang sedang bercuti bersama kekasih hatinya di bali. Maklumat diterima dari alif rakan baik membawa nazrin yang secara senyap menemui zita di dalam pelukan lelaki lain. 

Terbongkar muslihat  zita selama ini yang hanya mempermainkan nazrin. Diluahkan perasaan pada medina. Hati medina lega dan gembira tatkala nazrin melamar diri menjadi isteri sepenuh masa. Hanya tuhan yang tahu betapa cinta dan hati telah diberikan pada lelaki bergelar suami itu.

Panggilan telefon dan kehadiran orkid dihalaman rumah dari megat shazril merimaskan medina. Telah dikhabarkan diri hanya milik nazrin namun lelaki itu seakan tidak mengerti. Dirahsiakan segala dari pengetahuan nazrin agar lelaki itu tidak risau akan dirinya.   

Rahsia bahawa nazrin suami medina terbongkar apabila mereka terserempak ketika makan tengah hari di queensbay mall. Dijelaskan segala-galanya dari mereka bergelar adik beradik angkat hingga menjadi suami isteri.

Hati medina merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena bila niza dan zafril menjalin hubungan. Kelakuan niza seakan berubah dan tidak mementingkan pelajaranya. Segalanya terjawab apabila sebenarnya zafril menggunakan niza untuk mendapatkan medina. Rupanya megat shazril adalah abang kepada zafril yang telah mengambil tindakan nekad menelan pil akibat kecewa ditolak medina. Akibatnya megat shazril meninggal dunia dan disebabkan kelam kabut ingin melihat keadaan megat shazril, kedua ibubapanya terlibat dalam kemalangan. Dendam kesumat zafril pada medina kerana telah merenggut nyawa ahli keluarganya. Niza dan medina dikurung dibanglo kosong dan ketika ingin membawa medina berkahwin ke Thailand, pihak polis telah menyerbu kawasan tersebut atas bantuan alif yang terlihat kereta medina di banglo usang.

Bahagia milik nazrin dan medina bila dikurniakan nawra marissa sebagai penyeri rumah tangga mereka. Majlis konvokesyen penuh bermakna buat medina dan rakan-rakan kerana berjaya mendapat segulung ijazah. Rupanya alif dan niza diam-diam menyimpan perasaan. Happy ending

"medina izwani, sudi tak jadi isteri sepenuh masa aku" - nazrin shah

"setiap hari wani berdoa supaya cinta kita bersatu dan alhamdulillah doa wani dimakbulkan allah" - medina izwani

Friday, 8 August 2014

Rindu Awak 200% - Liyana Zahim


Setelah kematian tunang tersayang dalam kemalangan jalan raya, zill faezrul telah menutup rapat hatinya untuk bercinta lagi. Padanya tiada perempuan sebaik Esyana. pertemuan iqbal, ayah zill faezrul bersama rakan baik iaitu pasangan zahirin dan raziqah membuka lembaran baru buat zill faezrul. Hasrat iqbal ingin melihat zill faezrul berumah tangga sebelum menutup mata. Dipujuk zill faezrul agar bertemu armel aisya yang baru tamat belajar di Chicago iaitu anak kepada zahirin dan raziqah. Sebagai anak, zill faezrul turutkan jua hasrat ayahnya  kerana  hanya iqbal nadi hidupnya setelah kematian ibu.

Armel aisya tidak menduga kepulangannya setelah 5 tahun akan disambut dengan berita perkahwinannya bersama anak rakan baik papa dan mamanya. Kusut fikiran armel aisya bila memikirkan perlu sehidup sebumbung dengan lelaki pilihan keluarga. Pada Daria juga tempat dia meluahkan perasaan, rakan baik ketika belajar di Chicago. Tanpa pengetahuan keluarga armel aisya mempunyai kekasih hati raizil dillen namun panas disangka hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Raizil hanya menganggap armel aisya sebagai teman biasa tidak lebih dari itu.

Zill faezrul telah menghantar rombongan meminang setelah melakukan solat istikharah. Padanya mungkin ini jodoh yang telah ditetapkan untuk dirinya. Pertemuan zill faezrul dan armel aisya membangkitkan rasa marah dan benci dalam diri armel aisya kerana sikap zill faezrul  yang tenang. Padanya zill faezrul hanya lelaki kampung yang tidak punya kelulusan serta terdesak untuk berkahwin. Hinaan serta tuduhan dilemparkan sehingga membuatkan zill faezrul mengambil keputusan untuk membatalkan pertunangan mereka. Armel aisya bersorak gembira kerana rancanganya berjaya. Namun pertemuan antara Raizil dan tunangnya mencetuskan rasa tidak puas hati kerana melihat raizil bahagia. Sengaja Armel mencipta alasan bahawa dia akan berkahwin dan menjemput raizil serta tunangnya. Armel aisya merasakan kemenangan berpihak padanya kerana berjaya menunjukkan bahawa dia juga boleh bahagia tanpa raizil.

Perkahwinan diteruskan dan ternyata armel menyesal atas persetujuan yang telah diberikan. Lafaz cerai dipohon dari zill faezrul 2 hari selepas majlis berlangsung. Namun zill faezrul tetap dengan keputusan untuk tidak menceraikan armel aisya. Hatinya kuat menyatakan bahawa keputusan yang dilakukan adalah tepat.azad, rakan seperjuangan juga menyokong tindakan zill faezrul. Kehilangan zill faezrul selama beberapa hari membuatkan armel aisya tertanya tentang pekerjaan zill faezrul. Sangkanya zill faezrul hanyalah juruteknik di KLIA namun sebenarnya zill faezrul merupakan juruterbang a.k.a pilot *wuuuu I loike*

Armel aisya menerima tawaran bekerja di bangsar namun tidak menduga raizil juga merupakan staff disitu. Puas armel aisya mengelak dari bertemu namun raizil tetap mendekat memohon kemaafan atas kekhilafan yang lalu. Namun benteng marah akhirnya reda dan armel aisya kembali meluangkan masa bersama raizil setelah terserempak zill faezrul bersama jaslieyatul iaitu teman serumah arwah esyana. niat zill faezrul ingin membantu jaslieyatul membeli barangan perkahwinan namun disalah erti oleh armel aisya. 
Perang dingin meletus dan armel aisya mengambil tindakan untuk keluar bersama raizil bagi menghilangkan rasa marah terhadap zill faezrul. Armel aisya kerap pulang lewat dan zill faezrul pernah menyaksikan kemesraan raizil menghantar armel aisya pulang.

Kemuncak kesabaran zill faezrul apabila armel aisya keluar lewat malam mengikut raizil ke bangi setelah dihalau keluar rumah oleh zahirin dan raziqah. nasib armel aisya tidak menyebelahi apabila sebenarnya raizil hanya ingin mengambil kesempatan keatas dirinya. Maruah armel aisya diselamatkan oleh daria dan zill faezrul. Terbit kekesalan dalam diri armel aisya setelah nyawa dan maruahnya hampir hilang akibat kedegilannya. Namun tika hati armel mula terbuka luas untuk zill faezrul, dugaan datang menuntut ketabahan dan kesungguhan armel aisya. iqbal meninggal dunia sebelum sempat armel aisya pulang untuk meminta maaf atas kekhilafan diri. Hanya pusara yang menjadi tanda. Ternyata air mata darah tidak mampu mengembalikan iqbal dan secara tidak langsung telah memusnahkan kepercayaan zill faezrul kepada armel aisya. padanya armel aisya tegar melumatkan perasaan iqbal walhal lelaki itu hanya ingin bertemu dengan menantunya. Ego seorang suami dan anak membuatkan zill faezrul dingin terhadap armel aisya. hati yang terluka sukar diubati.

Bukan mudah untuk armel aisya mendapatkan kemaafan dari zill faezrul. Perubahan sikap armel aisya akhirnya membuka pintu hati zill faezrul untuk melupakan segalanya. Diari hijau zill faezrul membuka mata armel aisya tentang soal jodoh. Rupanya zill faezrul dan esyana pernah bertemu denganya ketika armel aisya membuat kerja sambilan mengambil gambar. Dan istikharah zill faezrul membawa kepada armel aisya, perempuan yang ditemui 7 tahun lalu. Sesungguhnya perancangan allah itu mendahului segalanya. Akhirnya armel mengetahui pekerjaan zill faezrul.

Kejutan dilakukan armel aisya apabila menyambut kepulangan zill faezrul di lapangan terbang. Tergamam zill faezrul tatkala melihat kelibat armel aisya. niatnya mahu berterus terang selepas kepulangan dari london namun ternyata armel aisya mendahuhuinya.
Luahan hati ke hati dilakukan oleh armel aisya dan zill faezrul. Diterangkan  pada zill faezrul keterlanjurannya membaca diari dan alasan untuk berkahwin. Ternyata keikhlasan zill faezrul menerima dirinya membuatkan armel aisya sebak. Hanya armel aisya untuk zill faezrul. Noktah.

Percutiaan bulan madu ke turki diganggu oleh kehadiran Irene teman sekerja zill faezrul yang memendam perasaan padanya. Diluahkan perasan kurang senang dengan sikap Irene yang menjengkelkan kepada  zill faezrul. Namun tidak diendahkan oleh suaminya. Armel aisya menerima tawaran bekerja semula ditempat lama setelah diberhentikan akibat mengambil cuti tanpa kelulusan CEO *alasan tak logik nak buang orang* namun ditolak atas alasan mahu membuka perniagaan sendiri.  Rupa-rupanya CEO tempat armel bekerja merupakan rakan baik zill faezrul. Segala perancangan dilakukan bagi memastikan armel aisya sentiasa dalam pengetahuannya. *auwww manis sungguh* dengan bantuan zill faezrul, armel aisya berjaya membuka butik online “armelaceaisya”   

Kepada zill faezrul diluahkan perasaan kekesalan dan kekasaran yang dilakukan william a.k.a teman lelaki Irene. Hakikatnya kekasaran yang dialami Irene dibuat olehnya sendiri *pompuan psycho*  demi meraih perhatian zill faezrul. Kata-kata armel dahulu ternyata memang benar. Dirahsiakan dari pengetahuan armel aisya oleh zill faezrul. Fitnah dilemparkan Irene pada zill faezrul apabila memulangkan jaket kepunyaan zill faezrul kepada armel aisya. Pertengkaran berlaku antara armel aisya dan zill faezrul.

Irene bertindak nekad menikam zill faezrul apabila merasakan zill  faezrul tidak memahami perasaanya. Hanya tuhan yang tahu perasaan armel aisya ketika mengetahui suami tercinta di masukkan ke hospital. Zill  faezrul hanya cedera ringan. Irene ditahan polis untuk siasatan lanjut. Esyan hadir sebagai penyeri dalam kehidupan mereka.

Rahsia Daria terbongkar apabila armel melihat kereta Ezril a.k.a sepupu armel yang kacak. *aummm* di rumah Daria. rupanya mereka ada hubungan tanpa pengetahuan armel. Akhirnya bahagia milik rakan baiknya.

Demi Allah walau macam mana sekalipun abang tetap akan ada di sisi mel – zill faezrul

Saya akan tunggu awak – armel aisya


Sunday, 1 December 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi


Ahmad ziyad a.k.a jebat kehilangan abah dan ibunya apabila mereka dibunuh oleh kongsi gelap yang mengejar uncle kwan dalam satu insiden. Abah jebat pernah terlibat dalam kumpulan kongsi gelap bersama bujang dan uncle kwan namun selepa berkahwin ibu jebat semua itu ditinggalkan. Jebat mempunyai abg tiri, wahab (berlainan bapa). Hidup bersama pakcik Khalid (adik ibunya) ibarat neraka apabila dimaki dan dipukul kerana khalid gagal mendapatkan keris pusaka dan mewarisi ilmu persilatan daripada ayahnya (datuk jebat). Kesemuanya diwariskan pada ayah jebat walaupun dia berdarah cina. Uncle kwan datang mengambil jebat dan wahab tinggal bersama pakck Khalid.

Masa berlalu, jebat membesar sebagai ketua gangster kumpulan double dragon *bad boy aummmm* dan berjaya memiliki kemewahan ketika umurnya masih remaja. Tiger  a.k.a anak uncle kwan merupakan orang kanannya. Jebat juga mempunya koleksi wanita yang sering bertukar ganti namun airen a.k.a anak uncle bujang tetap setia menanti di villa mewahnya.

Pintu hati jebat terbuka untuk bertaubat ketika singgah di masjid berhampiran selepas pulang mabuk. Ditinggalkan segala kemewahan dan keluarga uncke kwan demi mencari keredhaan ilahi. Dikampung, jebat bekerja dikolam ikan milik uwais rakan abangnya wahab. Tekad jebat untuk melupakan segalnya dan memulakan kehidupan baru.

Namun pertemuan dengan Hannah mastura merubah hidup jebat. Mastura pula jatuh cinta pada jebat dan berusaha untuk memiliki jebat. *meroyan a.k.a obsess* bermacam cara dilakukan bagi memiliki sekeping hati jebat. Tercabar kerana belum pernah ada lelaki menolak dirinya *hot sangat* namun jebat masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak menyimpan apa-apa harapan kerana sedar akan kekurangan diri.

Akhirnya mereka bernikah setelah mastura membuat acara mogok lapar sambil pengsan kerana enggan ditunangkan dengan sepupunya aryan aiman seorang cif inspektor di bukit aman. Terpaksalah Hannah maryam, a.k.a kakak mastura turutkan juga kalau adiknya mahukan jebat walaupun sebenarnya dia tidak yakin dengan piliham adiknya itu kerana jebat tidak mempunyai apa-apa untuk membahagiakan mastura. Uwais yang juga suami Hannah menyokong jebat kerana padanya jebat sudah berubah dan berusaha memperbaiki kesilapan diri.*uwais tahu kisah silam jebat.wuuuuu*

Rumah tangga mereka bahagia namun semuanya hampir musnah apabila kebenaran jebat terbongkar. Mastura hilang arah kerana suami yang disanjung dan puja selama ini bukanlah seperti yang diharapkan. Kedinginan mastura menyesakkan jebat kerana masturalah cinta hatinya. Hanya mastura mampu membuatkan dia terbakar cemburu dan merasa kehangatan cinta dalam masa yang sama.

Cinta mereka kembali bertaut dengan janji tiada rahsia antara mereka namun ada rahsia yang disembunyikan jebat dari pengetahuan mastura. Rupanya jebat dan tiger pernah diupah untuk menggugurkan kandungan Hannah namun jebat menarik diri disaat akhir apabila mengetahui persahabatan antara abangnya dan uwais. Tiger tidak mempedulikan arahan jebat dan melaksanakan rancangan demi tamakkan wang dan Hannah kehilangan kandunganya.

Setelah mengetahui kebenaran jebat, Hannah berpakat dengan aryan untuk mendakwa jebat atas kesalahan cubaan menbunuh hannah. Pada aryan ini merupakan peluangnya untuk membalas dendam setelah gagal memiliki mastura. Airen menjadi alibi dan tiger mengaku melakukan kesalahan untuk menyelamatkan jebat. Setelah dibebaskan, jebat mencari mastura yang dikurung oleh tan sri idris yakni datuk mastura.

Tan sri idris terkedu apabila bujang memberitahu bahawa jebat pernah meminta dia dan uncle kwan menyelamatkan Hannah yang terlibat dalam kemalangan yang dialami ketika kecil sehingga mendapat parut dimuka bujang. Bagi bujang setiap orang yang melakukan kesalahan pasti ada kebaikan yang pernah dilakukan. *moral of the story* 

Hidup jebat bahagia apabila mastura disahkan hamil dan ketika bahagia mula dirasai, airen datang merenggut rasa itu. Airen enggan menerima hakikat mastura pilihan jebat dan bertindak menembak jebat. *part ni sedih tahap gaban T_T* jebat berusaha untuk menemui mastura kerana ingin menghadiahkan cincin yang dibeli kepada mastura. *airmata dah berjurai macam paip* jebat terkulai layu dipangkuan mastura setelah menyarungkan cincin.
Diari jebat pengubat rindu mastura. Diluahkan segala perasaan yang terbuku kerana jebat bukanlah lelaki romantik yang mampu meluah rasa tanpa dipinta. Esak tangis mastura dikejutkan kehadiran jebat. *ahaks nampak tak permainannya disitu* bahagia akhirnya singgah dan menetap dimahligai cinta mastura dan jebat. *happy ending mah*

Sesak dada aku baca novel ni. Walau jebat tak romatik macam hero pujaan lain tapi dia ada aura yang mampu buat wanita jatuh cinta padanya *homaiii melted*  perempuan nak lelaki yang baik tapi nakal dengan dia je*muntah hijau*

Lucu bila mak uwais marah Hannah menantu kesayangan dia kerana nak jaga hati mastura dan aksi- aksi mastura untuk menarik perhatian jebat. *daring kiah oiii habaq hang*

Tersentuh dengan keikhlasan jebat dan cinta yang mendalam buat mastura. Tiada yang lain hanya dia yang bertakhta*macam lirik lagu daaa.saya kunci lirik itu. ahahah*  

Terima kasih sayang. Kau tahu kenapa aku cintakan kau? Sebab kau selalu buat lelaki yang banyak kekurangan ni rasa diri dia terlalu istimewa – Jebat

Mas sanggup buat apa saja untuk abang - Mastura