Setelah kematian tunang tersayang dalam kemalangan jalan
raya, zill faezrul telah menutup rapat hatinya untuk bercinta lagi. Padanya
tiada perempuan sebaik Esyana. pertemuan iqbal, ayah zill faezrul bersama rakan
baik iaitu pasangan zahirin dan raziqah membuka lembaran baru buat zill
faezrul. Hasrat iqbal ingin melihat zill faezrul berumah tangga sebelum menutup
mata. Dipujuk zill faezrul agar bertemu armel aisya yang baru tamat belajar di
Chicago iaitu anak kepada zahirin dan raziqah. Sebagai anak, zill faezrul turutkan
jua hasrat ayahnya kerana hanya iqbal nadi hidupnya setelah kematian
ibu.
Armel aisya tidak menduga kepulangannya setelah 5 tahun akan
disambut dengan berita perkahwinannya bersama anak rakan baik papa dan mamanya.
Kusut fikiran armel aisya bila memikirkan perlu sehidup sebumbung dengan lelaki
pilihan keluarga. Pada Daria juga tempat dia meluahkan perasaan, rakan baik
ketika belajar di Chicago. Tanpa pengetahuan keluarga armel aisya mempunyai
kekasih hati raizil dillen namun panas disangka hingga kepetang rupanya hujan
ditengah hari. Raizil hanya menganggap armel aisya sebagai teman biasa tidak
lebih dari itu.
Zill faezrul telah menghantar rombongan meminang setelah
melakukan solat istikharah. Padanya mungkin ini jodoh yang telah ditetapkan
untuk dirinya. Pertemuan zill faezrul dan armel aisya membangkitkan rasa marah
dan benci dalam diri armel aisya kerana sikap zill faezrul yang tenang. Padanya zill faezrul hanya
lelaki kampung yang tidak punya kelulusan serta terdesak untuk berkahwin.
Hinaan serta tuduhan dilemparkan sehingga membuatkan zill faezrul mengambil
keputusan untuk membatalkan pertunangan mereka. Armel aisya bersorak gembira
kerana rancanganya berjaya. Namun pertemuan antara Raizil dan tunangnya
mencetuskan rasa tidak puas hati kerana melihat raizil bahagia. Sengaja Armel
mencipta alasan bahawa dia akan berkahwin dan menjemput raizil serta tunangnya.
Armel aisya merasakan kemenangan berpihak padanya kerana berjaya menunjukkan
bahawa dia juga boleh bahagia tanpa raizil.
Perkahwinan diteruskan dan ternyata armel menyesal atas
persetujuan yang telah diberikan. Lafaz cerai dipohon dari zill faezrul 2 hari
selepas majlis berlangsung. Namun zill faezrul tetap dengan keputusan untuk
tidak menceraikan armel aisya. Hatinya kuat menyatakan bahawa keputusan yang
dilakukan adalah tepat.azad, rakan seperjuangan juga menyokong tindakan zill
faezrul. Kehilangan zill faezrul selama beberapa hari membuatkan armel aisya
tertanya tentang pekerjaan zill faezrul. Sangkanya zill faezrul hanyalah
juruteknik di KLIA namun sebenarnya zill faezrul merupakan juruterbang a.k.a
pilot *wuuuu I loike*
Armel aisya menerima tawaran bekerja di bangsar namun tidak
menduga raizil juga merupakan staff disitu. Puas armel aisya mengelak dari
bertemu namun raizil tetap mendekat memohon kemaafan atas kekhilafan yang lalu.
Namun benteng marah akhirnya reda dan armel aisya kembali meluangkan masa
bersama raizil setelah terserempak zill faezrul bersama jaslieyatul iaitu teman
serumah arwah esyana. niat zill faezrul ingin membantu jaslieyatul membeli
barangan perkahwinan namun disalah erti oleh armel aisya.
Perang dingin meletus
dan armel aisya mengambil tindakan untuk keluar bersama raizil bagi
menghilangkan rasa marah terhadap zill faezrul. Armel aisya kerap pulang lewat
dan zill faezrul pernah menyaksikan kemesraan raizil menghantar armel aisya
pulang.
Kemuncak kesabaran zill faezrul apabila armel aisya keluar lewat malam
mengikut raizil ke bangi setelah dihalau keluar rumah oleh zahirin dan raziqah.
nasib armel aisya tidak menyebelahi apabila sebenarnya raizil hanya ingin
mengambil kesempatan keatas dirinya. Maruah armel aisya diselamatkan oleh daria
dan zill faezrul. Terbit kekesalan dalam diri armel aisya setelah nyawa dan
maruahnya hampir hilang akibat kedegilannya. Namun tika hati armel mula terbuka
luas untuk zill faezrul, dugaan datang menuntut ketabahan dan kesungguhan armel
aisya. iqbal meninggal dunia sebelum sempat armel aisya pulang untuk meminta maaf
atas kekhilafan diri. Hanya pusara yang menjadi tanda. Ternyata air mata darah
tidak mampu mengembalikan iqbal dan secara tidak langsung telah memusnahkan
kepercayaan zill faezrul kepada armel aisya. padanya armel aisya tegar
melumatkan perasaan iqbal walhal lelaki itu hanya ingin bertemu dengan
menantunya. Ego seorang suami dan anak membuatkan zill faezrul dingin terhadap
armel aisya. hati yang terluka sukar diubati.
Bukan mudah untuk armel aisya mendapatkan kemaafan dari zill
faezrul. Perubahan sikap armel aisya akhirnya membuka pintu hati zill faezrul
untuk melupakan segalanya. Diari hijau zill faezrul membuka mata armel aisya
tentang soal jodoh. Rupanya zill faezrul dan esyana pernah bertemu denganya
ketika armel aisya membuat kerja sambilan mengambil gambar. Dan istikharah zill
faezrul membawa kepada armel aisya, perempuan yang ditemui 7 tahun lalu. Sesungguhnya
perancangan allah itu mendahului segalanya. Akhirnya armel mengetahui pekerjaan
zill faezrul.
Kejutan dilakukan armel aisya apabila menyambut kepulangan
zill faezrul di lapangan terbang. Tergamam zill faezrul tatkala melihat kelibat
armel aisya. niatnya mahu berterus terang selepas kepulangan dari london namun
ternyata armel aisya mendahuhuinya.
Luahan hati ke hati dilakukan oleh armel aisya dan zill
faezrul. Diterangkan pada zill faezrul
keterlanjurannya membaca diari dan alasan untuk berkahwin. Ternyata keikhlasan
zill faezrul menerima dirinya membuatkan armel aisya sebak. Hanya armel aisya
untuk zill faezrul. Noktah.
Percutiaan bulan madu ke turki diganggu oleh kehadiran Irene
teman sekerja zill faezrul yang memendam perasaan padanya. Diluahkan perasan
kurang senang dengan sikap Irene yang menjengkelkan kepada zill faezrul. Namun tidak diendahkan oleh
suaminya. Armel aisya menerima tawaran bekerja semula ditempat lama setelah
diberhentikan akibat mengambil cuti tanpa kelulusan CEO *alasan tak logik nak
buang orang* namun ditolak atas alasan mahu membuka perniagaan sendiri. Rupa-rupanya CEO tempat armel bekerja
merupakan rakan baik zill faezrul. Segala perancangan dilakukan bagi memastikan
armel aisya sentiasa dalam pengetahuannya. *auwww manis sungguh* dengan bantuan
zill faezrul, armel aisya berjaya membuka butik online “armelaceaisya”
Kepada zill faezrul diluahkan perasaan kekesalan dan
kekasaran yang dilakukan william a.k.a teman lelaki Irene. Hakikatnya kekasaran
yang dialami Irene dibuat olehnya sendiri *pompuan psycho* demi meraih perhatian zill faezrul. Kata-kata
armel dahulu ternyata memang benar. Dirahsiakan dari pengetahuan armel aisya oleh
zill faezrul. Fitnah dilemparkan Irene pada zill faezrul apabila memulangkan
jaket kepunyaan zill faezrul kepada armel aisya. Pertengkaran berlaku antara
armel aisya dan zill faezrul.
Irene bertindak nekad menikam zill faezrul apabila merasakan
zill faezrul tidak memahami perasaanya. Hanya
tuhan yang tahu perasaan armel aisya ketika mengetahui suami tercinta di
masukkan ke hospital. Zill faezrul hanya
cedera ringan. Irene ditahan polis untuk siasatan lanjut. Esyan hadir sebagai
penyeri dalam kehidupan mereka.
Rahsia Daria terbongkar apabila armel melihat kereta Ezril
a.k.a sepupu armel yang kacak. *aummm* di rumah Daria. rupanya mereka ada
hubungan tanpa pengetahuan armel. Akhirnya bahagia milik rakan baiknya.
Demi Allah walau macam mana sekalipun abang tetap akan ada
di sisi mel – zill faezrul
Saya akan tunggu awak – armel aisya
0 comments:
Post a Comment