Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Monday 27 June 2011

No Limit To Success

Whatever you can do
or think you can..
Just Do It!

There are no limit 
to what you believe
you can achieve
create passion to your dream 
always seek and discover new challenges 


embrace the richness 
of each experience
believe in yourself
put your uniqueness
talents and dedication 
in everything you do
never settle for less than what you can be
you will always find success
in all that you pursue!



Berserabut & Kusut

Sejak dua menjak tiga menjak ni aku rasa buhsan yang amat sangat. buhsan dengan ape yang aku buat. memang semua orang akan rasa macam tu jugak ke kalau buat benda yang sama atau environment yang sama dalam masa 3 tahun ni. sampai aku rasa serabut dan kusut sangat. aku sangat memerlukan ruang untuk bernafas dan melakukan sesuatu yang aku suka. orang cakap benda tak kan datang bergolek kalau kita tak berusaha dan kalau kita dah berusaha kita kena percaya qada dan qadar kan. *mood +ve sila dtg dengan kadar segera*


kerja satu ibadat. kalau tak ikhlas, benda yang kita buat tu tak berkat. yeke..hurm mindset kena lebih positive lagi lepas ni. ok yana you can do it.. =)



Sunday 26 June 2011

Ku Rela Cinta Ini Bertamu - Nuril Bahanudin


Tatkala cinta mengetuk hati ,
Aku masih dalam terpinga,
Perlukah kuterima takdir ini,
Yang aku dank au perlu bersama..


Novel yang aku beli minggu ni. Dah mcm bulan membaca aku rasa.ahah..well membaca kan amalan mulia.*yeke mcm pelik je aku dengar*  Kesilapan Daniel Muaz yang mabuk memasuki bilik Qistina Balqish yang lupa mengunci pintu menyebabkan mereka disatukan atas sebab sudah terlanjur. *mcm cte Taiwan ‘fated to love you’* Selepas Qistina disahkan hamil, Daniel mengambil keputusan untuk menjaga qistina. Cinta mula berputik antara mereka tanpa disedari.standard la ade org ketiga suhail iaitu anak kawan ibu Daniel yang ingin dijodohkan dengan Daniel tapi tak jadi. Haizam bos tempat qistina bekerja yang memendam perasaan pada qistina.Ending of coz la happy kan..*spoil kan aku nih.muahahha* Cuma anak mereka tak panjang umur dan meninggal akibat sakit. Selamat membaca!   

Friday 24 June 2011

Stanza Cinta

yesss!!! akhirnya dah sampai jugak buku yang di'order' dari penulis. lambat sikit sampai sebab copy tak banyak dengan penulis. tak pe biar lmbt asal selamat.hahah...

Thursday 23 June 2011

Hatimu Milikmu - Nera AF9


Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini


Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku


Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini



Monday 20 June 2011

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

Ini lah penyebab aku berkurung dalam bilik masa weekend lepas. Beli hari jumaat , semalam dh khatam. Secara keseluruhan aku mmg suka jalan cerita dia. Dan inilah juga novel yang membuatkan aku menangis di petang yang syahdu.adoiii..komfom esk mata aku bengkak dan ini terbukti bila aku bangun pagi nih mata sakit.demn.. Novel pertama yang buat aku menangis ialah Lili buat Najah by Nazurah Aisyah. Selama aku baca novel aku xpernah mengalir airmata macam air terjun tapi lepas baca je uishhh xpayah ckp la dah mcm paip bocor.asyik mengalir je..thanks to jasjamal kerana meminjamkan novel beliau.


Novel “ 7 hari mencintai ku” sarat dengan konflik dan kasih sayang antara kelurga, sahabat dan masyarakat sekeliling. Jalan cerita mcm kebanyakkan cerita novel , anak orang kaya kahwin dengan orang kampong sebab nak selamatkan maruah keluarga orang kaya. Dalam masa yang sama aku konpius ade lagi ke species lelaki mcm “khuzairi” a.k.a hero dalam cerita sekarang ni. Ni kira version “seth “ dalam nora Elena tapi lagi extreme dia sayang kat Mia Adriana sbb dari sekolah sampai la dah jadi isteri dia sanggup sabar layan kerenah yang sombong dan kurang ajar.kalau den la dah lama makan penampar.tapi tu la kuasa cinta agaknyer sampai sanggup buat apa saja asalkan orang yang disayang tak pergi jauh dari dia.. and of course happy ending.





Thursday 16 June 2011

Quote - Love

 Hari ni aku terima quote yg diposkan ke wall aku oleh my bestie..agak sweet bunyi nyer~
 
Hope is the most exciting thing in life and if you honestly believe that love is out there, it will come. And even if it doesn't come straight away there is still that chance all through your life that it will... ~~by Josh Hartnett~~
 
well my dear i don't want to put any expectation in love anymore.. Yesterday is memory, today is reality and future is hope *betul ke aku ckp ni.haha*

Malaysian International Dive Expo 2011 (MIDE)


Tahun ni Malaysian International Dive Expo 2011 (MIDE) akan diadakan di PWTC mcm tahun lepas jugak. Tarikh pada 1-3 Julai 2011. Dalam 2 minggu lagik la. So company aku ada masuk sekali dan ada bukak booth jugak. Aku pon mcm kena pergi je utk meramaikan lagik. So sape2 yg berminat boleh la bukak page ni utk info MIDE www.mide.com.my
Kebanyakkan company yang join adalah berkaitan dalam bidang2 :
  •    Dive Operator
  •   Dive Professional
  •   Commercial Diver
  •   Military Divers
  •   Dive Association / Institutions
  •   Island / Resorts
  •   Dive & Water Sports Equipment
  •   Manufacturers / Distributors / Importers
  •   Wholesalers / Retailer  
  •   Marina Services Providers  
  •   Dive & Adventure Travel Retailer & Agents
  •   Boat Builders & Boat Charter Operators
  •   Live aboard Dive Operators
  •   Dive Accessory’s Manufacturers / Retailer
  •   Water Sports & Dive Insurance Provider  
  •   Vacation Clubs
  •   Diving & Water Sports Apparel
  •   Manufacture / Retailers / Wholesaler  
  •   Dive Media
  •   Tourism Boards
  •   Government Organization & others related to dive industry
Dah lama aku tak pergi diving. Dekat 2 tahun jugak. Tahun lepas pon xdpt join pergi pulau sipadan.ultimate dream tu nak dive sana.tapi nak buat mcm mana xde rezeki kan. Tahun ni pon harapan jela. Kalau ade trip boleh la rembat wet suit ke, BA set ke, goggle ke.tapi dah xde sape nk plan so xde la join..harap dapat la pegi dive lagi.huhu..T_T

Tuesday 14 June 2011

Teater - Badai Semalam


Dah lama tak tengok teater, last aku tgk teater Natrah dengan Norhanis Nai. Tu pon masa cte Nur Kasih tgh hot so secara tidak langung hero pon howtt jugak. Sape lagi kalau bukan Remy Ishak yg jadi hero utk teater Natrah jugak. So lately ade la bukak website  istanabudaya nk tgk ade show best ke tak. tetiba ade pulak terlihat poster gambar erra fazira dgn aaron aziz.wow! menarik ni.rasa mcm nk pegi tgk je. tapi lambat lagi la sbb bulan november..haha.lama lagi oiii. neway ada baca sinopsis pasal teater ni so nk share. actually teater ni berdasarkan novel jugak. skrg ni trend agaknyer buat drama, filem, teater sumer nak based on novel.

Sinopsis:
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.

copy paste dari:  Sinopsis Badai Semalam