Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Wednesday 29 July 2015

Raya 2015


salam aidilfitri buat semua. tangan dihulur memohon kemaafan atas salah silap terdahulu. tahun ini tema kami merah bata. ketahuilah bahawa tema tahun ini hanya diberitahu 2 hari sebelum raya. *urut kepala* mulanya sepakat tiada warna hatta tema untuk tahun ini maka dengan gembiranya pilihan warna dilakukan mengikut hati nurani ini. namun bila mak menghantar pesanan bertanyakan status baju raya berserta tema warna, mula hati pening memikirkan seleksi baju yang ada. mujur ada baju mengikut tema. *urut dada* tahun ini kami beraya di meru klang. hanya angah tidak turut serta kerana giliran beraya dirumah mertuanya.

alhamdulillah kami dapat berkumpul. kebetulan semua sanak saudara pulang juga.meriah sungguh. bermalam dirumah tokwan dan tokji. 

petang raya, kami bertolak ke perlok untuk beraya disana. oh ya cuti raya tahun ini sampai raya ke-3 kerana sudah mula bekerja raya ke-4. berkorban demi rakan yang balik jauh. cuti diluluskan raya ke-7. masih dalam mood raya kan. 

p/s:  nurul selamat melahirkan bayi perempuan dalam raya ke-8. tak sabar nak tengok mak dan anak. hujung minggu ini insha allah.