Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Thursday 13 December 2012

Sepupuku Kahwin

tahniah diucapkan kepada pasangan sejoli syamzari + fara . moga bahagia hingga hujung nyawa. 

tamatlah sudah giliran cucu lelaki, kini semua mata memandang cucu perempuan hajah patiah dan haji mohd noor pulak. *perasan hot stuff*

"bila lagi nak menamatkan zaman bujang?" 

persoalan yang masih lagi menjadi persoalan.

bila sampai jodoh saya, insha allah saya jemput semua.doakan saya ye. =) 

Friday 30 November 2012

Baju

Tadaaa.baju beli kat jovian. ini adalah akibat pengaruh rakan sebaya. aku sangat mudah untuk digoda *wink wink* 


Thursday 22 November 2012

Sinar Pengharapan

kepergian diri ke johor atas sebab ingin mencari sinar pengharapan. moga dipermudahkan segalanya. andai ini terbaik untukku, mudahkan lah urusanku ini Ya Allah. 

disana bagaikan perjumpaan semula dengan kawan lama. hana, moshi dan pei ru. aktiviti kutuk mengutuk sesama sendiri dilakukan tanpa membuang masa dan mangsanya pastilah aku.demmit!

seronok jadi tetamu ni sebab semua orang akan layan macam tuan puteri. termasuklah dalam bab makanan. paling terharu pei ru sanggup turun dari pontian semata-mata nak jumpa dan makan dengan kami semua.*terharu sampai nak pengsan* dan sebagai balasan kami pula jumpa dia kat pontian untuk makan seafood mandella yang sangat sedap. 

gambar diatas lauk makan di seafood mandella - pontian dan dibawah pula nasi goreng seafood - lokasi aku tak ingat mana. depa yang bawak. 

kata orang kawan ketawa senang nak cari tapi kawan nak menangis bersama susah bebenor. moga persahabatan kami berkekalan hingga hujung nyawa hendaknya.


Kenduri Kahwin

tahniah buat abang hashim dan kak hana. moga bahagia hingga ke hujung nyawa. abang hashim mantan kelab gamelan masa kat ukm dulu. rindu sungguh nak main gamelan lagi. banyak show kena tolak atas alasan kesibukan kerja. namun antara kerja dan minat, kerja harus diutamakan. nak buat lagu mana kan. sobs sobs. harap-harap lepas ni dapat peluang untuk melepaskan gian bermain gamelan.

oh ya kenduri dihadiri oleh diri ini dan linda a.k.a bride to be juga. alhamdulillah, moga dipermudakan urusan ya sayangku. seronok dengar cerita orang buat persiapan untuk majlis sendiri. aku? tunggu ye =)

Wednesday 14 November 2012

New Toy

assalamualaikum

fuyoo lama sungguh tak meng-update belog ni. nak buat macam mana sibuk sungguh sampai nak cuci kereta pon tak sempat. *propa je lebih*

akibat tekanan kerja yang melampau, aku telah membeli ipod nano. *gedik* 


tu dia cinta hati baru aku. warna haruslah ungu. dan mengapa aku pilih dia dari ipod touch sebab hajat nak dengar lagu je.*motip nak beli beso*

maka sampai juga hajat nak beli mp3 yang boleh dengar lagu *sampai muntah* 

cuma tak tahu nak sangkut mana.takda tali la pulak nak gantung kat leher. asal nak bangun terjatuh plak benda tu.nasib tak calar. 


Wednesday 29 August 2012

Selamat Hari Raya 2012

Assalamualaikum wbt

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin ye kawan-kawan. Tahun ini aku agak bertuah sebab dapat cuti raya *selalu tak dapat tapi tahun ni dapat approve*

Maka bertolak pulang ke kampung jumaat malam lepas kerja. Sepatutnya boleh sampai dalam 3jam tapi ni 6 jam hokay.bertolak pukul 1.30am sampai 7am kat sana.giler apa. Hanya mampu drive dari rumah sampai karak je lepas tu surrender tukar driver. Kami sahur di hentian Lanchang dan nasib baik mak masak lauk.cadangnya nak sahur dikampung tapi tepi jalan jugak. Dah lama tak makan berjemaah. Kereta tak payah cakap berderet berhenti.

Tahun ni tema raya - merah menyala. Idea aku nak pakai merah. Tahun depan nak hijau pulak.hahaha. Agak2 depa nak tak.*komfom kena reject*



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 5 August 2012

Parcel 2012

tu dia beg kesayangan dah sampai. beg ini aku redeem dengan point juga macam jam yang aku pakai sekarang. tak sampai 2 minggu dah sampai laju giler. al-kisah beg lappy dah koyak rabak maka aku pon belek2 point tengok banyak lagi apa lagi terus rembak beg ni.

Gamelan 2012


macam biasa la bila tiba bulan ramadhan, undangan show datang dengan kadar yang sama.*macam le femes sgt* tahun ni kat mandarin oriental KL sebelah KLCC tu.oleh sebab jauh sangat aku main weekend je.weekdays pon hari jumaat bila tak cukup orang.seronok sebab kat sini takde buffett berbuka so tidak la ramai orang sangat. takat foreigner je yang stay kat hotel. boleh la main 'suka hati aku' sebab takde orang nak tengok.
 lepas main gamelan tempat lepak baru kami disini. environment yang sangat selesa dan menarik. boleh sape2 nak cuba. memang best! 

Birthday Ayah

selamat hari jadi ayah yang ke-53.anakanda ucapkan moga panjang umur dan murah rezeki hendaknya.memang tema kitaorang kalau birthday je musti potong kek aku pon taktau la.sinonim sangat.hahah.hadiah untuk ayahanda tersayang? harusla ada.*suprise* 

Nama Femes

akhirnya ada jugak nama aku untuk produk.muahahah. macam la dapat royalti bila guna nama aku kan.actually dari sekolah rendah semua nama kawan aku ada tajuk lagu la, nama buku la. teringin jugak nak nama sendiri terpampang kat dada majalah *tu dia statement retis* oh by the way tudung jual kat blog atas sangatla cantik. ni link dia scarfsweethoney sape2 nak tengok2 boleh la.


oh ya lagi satu iklan baru blacberry messanger - QR Code tu. alar yang pompuan tu pakai bracelet - ada code lepas tu lelaki dalam bas tu scan code dan add dalam friends list dia. nama Liyana tu.auwwww *gedik okay* terasa diri ini femes sebentar.ngahaha.

Kerja Aku

sejak dua menjak tiga menjak ni agak sibuk sebab banyak kapal masuk maka aku la yang kena pegi airport kutip anak2 ikan yang bergelimpangan *ayat drama giler* so masa kutip tu ada la yang tercicir flight. so tumpang sekaki rembat voucher *MAS bagi voucher untuk delayed flight* cuma limited la.aku ambik burger+air je sebab tak lalu nak makan.*sakit gigi time tu* 
ni pulak aku dapat masa uruskan crew dari france. sepanjang aku uruskan crew daah 4 tahun ni tak pernah dapat tips. tetiba mimpi ape ntah crew ni bagi aku.puas aku tolak sampai pakcik teksi dah sengih2 pandang aku. sudahnyer aku ambik jugak la.

Subhanallah

subhanallah cantik sunguh pemandangan dikala ini. *ayat skema*

Fiza's Wedding


alhamdulillah selamat sudah fiza & shaidil diijabkabul pada 29 june. perkenalan ketika dibangku matrik hingga ke jinjang pelamin *sweetkan* tahniah diucapkan moga berbahagia hingga ke anak cucu.

tema memang vogue the vasss.hahaha. aku sangat suka sebab kaler fav aku.purple.ngahahaha~ maka dengan rasminya fiza dah masuk kelab umai.tinggal aku dan hannan je dalam kelab single mingle.

moga persahabatan kami berkekalan hingga hujung nyawa.


Monday 18 June 2012

Kenduri Kendara

harap maklum aku lambat update semua kenduri kendara yang aku attend. maka disini aku rangkumkan semua majlis yang dihadiri.


majlis pertunangan opismate kak juliana.kenduri kahwin tahun depan insyaallah.saya tumpang happy untuk akak :)


majlis pertunangan jiran satu taman syahida. tahniah adik. akak doakan moga dipermudahkan segala urusan. 


majlis resepsi kawan sekolah syafrina dan suaminya anan amri.tahniah dear =)


majlis resepsi liana iaitu kawan masa belajar UKM dulu.sebenarnya kawan roomate aku je.saje sibuk2 nak jumpa.hahaha.
majlis pika yang ditunggu-tunggu. sebab aku jadi pengiring.eleh~ jap je pon.baju sponsor kan.hahah.harusla hadirkan diri.tahniah dear =)
yes.akhir sekali nikah syeera my schoolmate. tahniah syeera. you look gorgeous! 

Sunday 17 June 2012

Selamat Hari Bapa


selamat hari bapa buat ayahanda zairudin mohd noor. moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. amin.tiada apa yang anakanda mohon cuma kesejahteraan dan kesihatan ayahanda dikala ini. *teringin nak peluk macam kecik2 dulu tapi malu*

Sunday 15 April 2012

Anniversary Mommy & Daddy

Tahun ni hajat nak sambut anniversary mak dan ayah di luar.nak belanja makan.adik-adik juga semua ada.agak susah ye nak berkumpul sebab semua sibuk.maka setelah dikaji tempat yang paling seswai nak celeb kat istana bambu, ampang. 


sebelum datang dah booking awal siap order makan sebab takmo lambat. al-kisah dari survey dijalankan service disini agak lambat berbanding biasa maka atas kesedaran ini aku buat booking awal berserta makanan sekali. makanan sampai on time jugak la. takde la lama sangat menunggu. 


alhamdulillah kami kenyang menjamu selera disini. lauk juga sedap.*lidah tak reti nak beza* hahah. neway hajat hati nak bawak family makan luar terlaksana. sungguh aku happy dapat spend time dengan family sebab keluarga je yang mampu buat aku teruskan hidup yang mencabar ni *sangat la emo* LOL =)

ini lah cinta hati beta =) susah gila nak ambik gambar ni sebab takde orang nak tolong ambikkan. camera aku masuk tom yam gara-gara nak ambik gambar ni. *bau tomyam sebulan tak hilang* 

andai ingin makan disini dinasihatkan buat booking dulu ye. oh ya diet aku juga terpaksa dilupakan sebab takkan nak makan salad je.nghahaha.penat datang jauh makan salad je.ceh! alrite selamat menjamu selera =)

Thursday 5 April 2012

Temporary Office

sejak minggu lepas aku telah berpindah ke CGGVeritas sebab depa nak secretary untuk buat petronas safety passport (OSP) maka aku jua telah dilantik menjadi secretary itu. disinilah aku bertugas buat sementara waktu sampai projek siap. setiap hari aku kena redah KL sebab opis depa ni kat bangunan bank islam kat jalan perak *parking rm10 per entry*  yelah manja kan dah biasa opis kat puchong tak jammed tetiba kena masuk KL pulak. best sebab dapat tengok opis orang dan tempat baru. *cliche okay*
 ni pas nak masuk opis beso depa. seronok campur penat. seronok dapat jumpa ramai orang dan penat nak kena ulang alik dari opis puchong ke sini pastu balik rumah. tapi ini yang dinama kan pengalaman kan. 

Buku

buku diatas telah dibelanja oleh adik tersayang sebab ada baki voucher 1 malaysia tu. aku hanya mampu pilih ape adanya sebab tak banyak pilihan kat popular ioi mall nih. terima kasih adikku diatas pemberian ini. *perasan tak byk tajuk isteri* - apekah ini petanda *panggggg*


bulan ini agak istimewa sebab pesta buku akan berlangsung. harapan agar dapat ambil leave macam tahun lepas dan bershopping sakan.*sebulan ikat perut sebab nak beli buku*

Cousin's Wedding

last week, 31 march bertempat crystal crown pelabuhan klang majlis menyambut menantu pihak lelaki yakni cousin aku telah berlangsung. sebelum ni majlis nikah dan sanding belah perempuan diadakan di melaka. tema kaler seperti diatas - oren. amacam kelas tak.oh ya aku juga dilantik menjadi pengapit *ambik berkat mana tau lepas ni aku* so macam biasa la aku kena mengikut tema. 


tahniah kepada abg hafiz dan kak ida.moga kekal hingga anak cucu. tahun depan tambah ahli keluarga baru.untung jadi pengapit sebab dapat tido hotel. *mak pengantin bagi bilik sebab dia nak tido rumah* 


dan semestinya bila dah berkumpul ramai-ramai, aku akan menjadi tumpuan sebab cucu  sulung perempuan hj mohd noor and hjh patiah belum ada tanda-tanda nak menamatkan zaman bujang. *pengsan nk tepis soklan cepumas*


hujung tahun ni insyaallah cousin aku juga akan menamatkan zaman bujang so tinggal aku yang paling tua belum ada desas desus nak kawin. seronok sebab semua sibuk nak tau bila aku nak kawin tapi tak syok sebab penat nak jawab satu-satu. rasa nak buat press conference je.senang semua boleh tau sekaligus.  


ape-ape pon aku suka wedding!   ^_^

Monday 19 March 2012

Diet

Bermula bulan ni aku kena start diet sebab bulan june aku kena attend wedding pika yakni menjadi pengiring.baju dah hantar tailor.kalau aku kembang lagi habis la tak muat nanti.apesal orang lain yang nak kahwin aku pulak yang kena diet.tak patot kan. Maka bermula la diet aku malam ni dgn makan oat je.majulah sukan untuk negara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Zikir Penyejuk Hati

tahukah anda, jika anda mengalami tekanan ditempat kerja ataupon mengalami masalah peribadi dan selepas mendengar zikir-zikir, terasa ringan beban yang ditanggung hati dan fikiran. *tatabahasa agak celaru akibat kecelaruan fikiran penulis* 

lepas ni nak simpan cd zikir dalam kereta so bila stress je pasang zikir. okay selamat beramal.


Annual Leave

untuk pengetahuan umum, aku telah meng-clear-kan cuti annual leave aku yang baki 9 hari. bulan march expired so aku pon ambik la 7-17 march.dan untuk pengetahuan umum jua, selama itu aku dok rumah tak pegi mana-mana pon.hahahha.sengal kan. aku telah mengambil packages suri rumah sepenuh masa selama 1 minggu dirumah sendiri. tiap-tiap hari bangun masak dan kemas rumah. sampai adik aku cakap tak payah masak sebab takde orang nak makan. abes dah aku dok umah takde buat ape, masak jela kan.muahahah.

tahun ni ada 18 hari untuk digunakan sebaik mungkin. cadangnya nak bercuti ke luar negara melihat negara orang. harap impian dapat ditunaikan.aminnn.

hajat hati nak tengok taj mahal dengan Eiffel tower.hooomaiiii.tak boleh blah kan impian. insyaallah kalau ade rezeki nak buat umrah juga sambil melihat piramid.  

My Baby

minggu lepas my baby masuk clinic a.k.a workshop sebab mengalami kecederaan ringan ketika cubaan memasuki parking. kejadian berlaku ketika aku cuba nak masuk parking disebelah storm yang panjang lagi la lebar punggung-nya dari aku. walaupun tak kronik sedey jugak la sebab nak kena baiki jua. 
maka isnin lepas my baby admit ke workshop berhampiran.lama jugak nak siap sebab cuaca kat malaysia ni tak menentu so nak tunggu cat kering agak lama ye kawan-kawan. moral of the story: aku pangkah storm lepas ni. takmo parking sebelah diaorang lagi.blueks!

oh ya lepas je aku langgar storm tu aku larikkkkk.hahahha.komfom dia bengang sebab bontot storm dia calar.hahaha.

Birthday Ella

happy birthday ella. moga panjang umur dan murah rezeki. ella ni budak baru masuk bahagian operation. dok sebelah aku jela. 


kami tiap-tiap tahun memang celebrate birthday semua staff. tapi perempuan je.hahaha.kaum hawa sikit so senang la nak ingat kan. moga persahabatan kita akan berkekalan hingga hujung nyawa.


Leen's Wed

okay another schoolmate telah menamatkan zaman bujang nyer. kami dulu sekolah agama sama kat madrasah an-najah taman mawar. dulu satu kelas ada 4 orang perempuan je.yang lain semua lelaki. aku, leen, nisha dan baya. 
oh ya.Leen ni cousin dengan scha al-yahya sebab ayah dia syed sobri penyanyi tu. masa tu ada la nampak scha tapi tak nampak pulak awal ashaari. busy kot. neway selamat pengantin baru my friend.

Monday 5 March 2012

Al-Fatihah

semua yang hidup pasti akan mati. yang membezakan hanyalah cepat atau lambat. kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan. semalam 4 march 2012, aku kehilangan seorang teman persekolahan akibat barah otak peringkat 3 pada usia 26 tahun. 


walaupun aku tak rapat dengan arwah namun kami bertegur sapa jika bertemu. paling aku tak percaya tahun lepas aku jumpa dia masa wedding dia dan tahun ni dia dah pergi buat selama-lamanya. hanya al-fatihah yang mampu aku titipkan buat arwah. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.amin ya rabbal alamin.

Update Blog guna Phone

Hoooray! Aku berjaya menemui cara untuk hupdate blog ni menggunakan phone.terima kasih kepada pakcik google kerana membantu. Hahaha.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 24 February 2012

Work Station

hokay saje je nak mengedik post benda nih.hahahha~okbai =)

Hantaran Kasih Tuhan - Noorfadzillah Omar


Nur wardah dilahirkan sempurna dan cukup sifat, namun kuasa tuhan tiada siapa boleh menduga. Nur wardah disahkan menghidapi polio ketika kecil dan mengakibatkan kecacatan pada kakinya. Namun kecacatannya tidak menjadi penghalang kepada kejayaannya sebagai penaung Yayasan Darul Wardah. Yayasan Darul Wardah dibina oleh ayah dan ibu nur wardah iaitu Haji Wahid and Wardina. Ibu nur wardah meninggal ketika melahirnya. Hanya kasih sayang ayah sahaja yang menjadi penawar kepada kehilangan ibu. 

puan norlin dan en amar membawa lamaran untuk anak terunanya engku ashraf kepada haji wahid. Oleh kerana ingin merapatkan ikatan persahabatan yang lama terpisah, mereka setuju. Nur wardah hanya menurut kerana pada pendapatnya pilihan keluarga adalah yang paling tepat sekali. engku ashraf mengalami kerugian dalam perniagaan kerana saham yang dibeli jatuh merundum dan hanya akan dibantu oleh puan norlin dan en amar jika engku ashraf bersetuju mengahwini nur wardah. Atas desakan puan suraya dan rasheedah, engku ashraf akur walawpun mencintai rasheedah, sepupunya. 

Nasib nur wardah malang kerana sering dihina kerana ketidaksempurnaanya namun dia tetap melayan engku ashraf dengan baik kerana tangungjawab dan cinta yang telah disemat ketika engku ashraf melafazkan akad. Hati wanita mana yang tidak terluka apabila suami sering melebihkan perempuan lain dari isteri sendiri. Namun layanan wardah tak pernah kurang malah sentiasa melebihkan engku ashraf dalam semua hal. 

Engku ashraf menyedari kesilapan dan berusaha ingin kembali kepada wardah selepas kemalangan yang dialaminya. Hanya wardah setia disisi dan berbakti kepadanya. Namun kuasa tuhan tiada siapa yang menduga. Wardah disahkan hamil namun akibat kandungan yang semakin membesar telah merosakkan tulang belakang wardah. Rahsia terbongkar apabila wardah dimasukkan ke hospital dan keadaannya tenat. Engku ashraf menyesal kerana tidak menghargai wardah. Anak mereka dibesarkan bersama keluarga haji wahid and en amar.

p/s: Novel ni lebih kepada islamik dan sangat ber-informasi *agak skema ayat aku* aku suka sebab ada selitkan surah-surah yang membawa maksud / berkaitan dengan situasi dalam novel. So secara tidak lansung dapat la menambahkan ilmu pengetahuan kan. Sila baca bagi yang inginkan cerita dari sisi islamik sebab aku teringin nak jadi wardah dalam cerita ni. Penyabar,penyayang,ikhlas,semua la.walaupun cerita agak cliche /stereotype macam cerita lain tapi ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada pembaca. *harap maaf ayat skema lagi*

Sunday 12 February 2012

Masa- dahulu & sekarang

Dulu selalu gaduh dengan adik aku. pada aku semua tak kena. dan paling sedih aku je yang selalu kalah sebab depa lelaki so otomatik aku dah surrender awal-awal takut kena belasah. sekarang rindu nak borak-borak sesama kami.dan bila adik sendiri men-suara-kan hajat nak merisik teman "istimewa" dia tahun depan, aku rasa macam tak percaya.pada aku dia masih adik kecik aku yang selalu aku cari bila nak gaduh, nak makan, nak gelak sama.
aku bertuah mempunyai empat adik lelaki yang gagah dan boleh diharap *gagah la sgt kan* alhamdulillah walaupun tak ada adik perempuan untuk berkongsi cerita, tapi aku ada adik lelaki untuk menyelesaikan masalah aku *tumbuk org yg sakitkan hati aku.hahaha*.semua boleh diharap dan menjadi bodyguard aku bila diperlukan untuk meng-eskot aku kemana-mana.Syukur Ya Allah kau titipkan mereka untuk aku.moga tali persaudaraan ini tidak akan putus walau badai taufan yang melanda.


lepas ni aku kena kongsi depa dengan orang lain.tetiba rasa sayu.dulu aku orang yang pertama depa cari bila nak mintak tolong*mintak duit* namun lepas ni mungkin aku bukan pilihan pertama mereka.*kecik hati* sobs sobs

p/s: semua permohonan adik ipar telah diluluskan sebab apply awal kat kakak dia.hahaha.*boleh gitu*

Saturday 11 February 2012

Buku Ilmiah


nak tunggu pesta buku lambat lagi maka jumaat lepas saja belek buku kat MPH Midval. Tetiba berkenan pulak tengok cover buku nih.dalam baru baca sikit.so far sangat ber-informasi untuk aku yang cetek ilmu ni.alhamdulillah dapat la top-up ilmu sikit yang se-memang kurang dalam diri ini.marilah kita bersama menyemai sifat membaca dalam diri kita.*iklan ini ditaja* >.< 

Monday 6 February 2012

Intezaar-Falak

sebab aku ni minat serial hindi "iss pyar ko kya naam doon" -what should i name this love *maaf la nak translate tak reti sangat* bila dok sibuk men-cari adegan hero-heroin iaitu Arnav dan Kushi terjumpa la lagu ni.sayu pula dengar.aku kan minat balada trus fall in love with this song *apekah - balada*senang cte slow song la.haishhh. so layan je.berikut adalah lirik lagu tersebut.*macam la korang paham.ngahaha*


Tere pyar mein jal raha hoon
Teri yaad mein ro raha hoon
Teri neend ko sun raha hoon
Tere khwab mein so gaya hoon
Intezar tha tere pyar ka
Beqarar tha tere pyar ka
Dil ki lagan kuch yun lagi
Rangeen ye shaam dhalne lagi
Tere pyar mein jal raha hoon
Teri yaad mein ro raha hoon
Teri neend ko sun raha hoon
Tere khwab mein so gaya hoon
Meri sanson mein in nigahon mein dil ki rahon mein
Tum hi tum to ho
Meri khamoshi meri guftagu meri rubaru
Tum hi tum to ho
Judaa kyun hue sochta hoon
Tujhe raahon mein dhoondta hun
Tere pyar mein jal raha hoon
Teri yaad mein ro raha hoon


copy paste from samragi.wordpress.com

oh ada translate juga.nak harapkan aku buat tunggang terbalik la jawabnyer.

I burn in love of you
I sob as your memories flood through
I listen to you silently sleep
I sleep deep within your restless dreams
I have waited for your love an eternity
I have been restless aching for your love
My heart has ensnared itself thus
This evening sparkles in a thousand colours of you
I burn in love of you
I sob as your memories flood through
I listen to you silently sleep
I sleep deep within your restless dreams
In every breath, in my eyes, in the ways of my foolish heart
There lies only one, only you
In my silence, in my spoken words, in the depths of my soul
There lies only one, only you
I wonder why we have been torn apart
I seek you in every path I travel across
I burn in love of you
I sob as your memories flood through…

Twitter dan Blog

sejak dah tau pasal twitter ni aku dah lama tak update blog.dulu pantang ada apa je mesti nak hupdate sini tapi sejak den dah ade twitter ni malas sungguh nak update.ngahahah.yela twitter ko taip pastu tekan je trus update. blog kena bukak lappy pastu nak taip lagi.adehh.susah plak rasa. Tapi rasa blog lagi best sebab boleh story panjang lebar kat twitter ciput je. lagi pon blog macam diary aku sebab semua perkara aku nak luah perasaan walaupun tak ramai baca.*ade aku kisah* hahaha.sengal aku dah sampai.sambung nanti.chiow.

Sekolah Tersayang

yeay! sekolah aku masuk surat khabar.*baru perasan da* dah lama tak jenguk sekolah lepas tamat belajar.yela aku mana adik perempuan.kalau ada boleh je daftar masuk sekolah ni. banyak kenangan tersimpan kat sekolah - kawan-kawan, cikgu, suasana, perasaan kena denda, buku sekolah. sungguh aku rindu saat semua tu.

Koleksi Cerita Hindi

berikut adalah koleksi peribadi cerita hindi yang aku ada.sape-sape nak pinjam boleh.ada subtitle sekali. actually ada banyak lagi tapi dah hilang dan ada yang pinjam tak pulangkan.my fav story vivah sebab sangat la sweet ceritanyer.perjalanan dua orang asing dari alam pertunangan hingga ke gerbang perkahwinan serta tragedi yang melanda mereka.auwww.*nak nanges*
cd hum saath-saath hain tu cd pertama aku beli sejak minat hindi.lama tu dari darjah enam kot.dulu minat hindi ada je cerita baru trus serbu mydin sebab sana je harga murah. tempat lain semua mahal.sekarang tak payah beli cd sebab online dah berlambak.boleh download je.cuma agak susah sikit sebab tak ada subtitle. masalah aku ni, drama - serial hindi aku boleh paham tapi movie aku susah nak paham sebab cakap laju sangat.*hahah boleh plak camtu* yela drama kan cakap sepatah-sepatah so boleh la paham maksud dia. tapi bila tengok movie depa dok cakap laju sangat sampai aku tak paham point dia.*gila kot aku ni*oh ya  sekarang tengok cerita hindi tak payah subs sebab dah paham *berlagak hokay* kalau la dulu ada subjek hindi (movie) aku komfom lulus dengan cemerlang aku rasa la.ngahaha.*perasan tetiba*

Increment 2012

hurm cerita dah basi tapi nak story jugak la. minggu lepas kena panggil dengan bos.aku neves tahap cipan sebab dah lama tak kena panggil.biasa kena panggil sebab ada buat salah, maka otomatik pale aku dah pikir -ve je. masuk je dia dah start mukadimah pasal kerja. aku pon pandang bawah jela.bila dia suruh tengok kertas atas meja terkezut aku.surat increment daa..hua hua.senyum sampai telinga woooo.sampaikan sign sendiri pon lupa.lawak kan.alhamdulillah syukur. selama aku kerja belum pernah la kena potong gaji, lagi tambah ada la.tapi bila bertambah tu, kerja pon bertambah sama la.hahahaa.okay terima +ve semua ni insyaallah semua akan okay.

Ain's Wedding

congrats my dear ain and her hubby azizi. Moga berbahagia hingga ke anak cucu. Amin.. lagi sorang kawan sekolah yang menamatkan zaman bujang tahun ni. Dan untuk tahun ni je aku rasa penuh dah kalender aku dengan wedding kawan-kawan. Harap maaf jika tak dapat hadir sebab mengkin 'clash' dengan wedding orang lain tapi aku akan berusaha sedaya upaya untuk meng-hadir-kan diri ini. Thanks sebab invite!  


p/s: agak2 aku punye bila plak kan.ahaks! *gedik*