Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Sunday 28 August 2011

Kau ditakdirkan untukku - Gee Muszisya

 Pengalaman pahit ditinggalkan tunang, Farah Hanim menjadikan akmal Ikram serik untuk jatuh cinta lagi. Namun kehadiran Nuranis Fatihah sebagai pegawai bawahanya menjadikan dia hilang arah. Wajah lembut dan kenakalan Nuranis Fatihah menjadikan Akmal Ikram gila bayang. Hasrat hati Akmal Ikram termakbul apabila ibu Akmal, Datin Kamariah berhajat menjodohkan mereka kerana ibu angkat Nuranis merupakan sahabat baik Datin Kamariah. Setelah berkahwin Akmal Ikram berusaha menawan hati isterinya sehingga Nuranis jatuh cinta kepada suaminya. Farah hanim kembali merebut cinta Akmal Ikram bila Hanif a.k.a boyfriend tersayang dah tak pedulikan dia. Fitnah yang ditabur membuatkan Nuranis berprasangka buruk terhadap suaminya. Kehadiran zulkarnain rakan sekerja Nuranis di kuantan menambahkan rasa cemburu dihati Akmal Ikram kerana lelaki itu menaruh hati terhadap Nuranis. Amran yang lama memendam perasaan terhadap Nuranis ketika dia mula bekerja  rupanya gunting dalam lipatan apabila menyelewangkan duit syarikat dan dapat dikesan oleh Nuranis. Bimbang kegiatannya terbongkar , Amran menculik Nuranis namun dapat diselamatkan setelah Farah Hanim memberikan maklumat. Hanif menyedari kesilapan nya dan berusaha mendapatkan Farah Hanim kembali. Farah Hanim menyesal atas perbuatan lalu dan meminta maaf kepada Nuranis dan Akmal. Happy Ending juga! 

“anis, kalau tidak ada rasa sayang kepada saya sekalipun sekurang-kurangnya hormatlah saya sebagai suami awak” – Akmal Ikram

“ abang jangan tinggalkan anis lagi” – Nuranis Fatihah


Hanya dia Sufi - Lili Norlaili


Sufi Najiha bekerja sebagai Pembantu Tadbir bahagian teknikal di Texin Instrument selepas tamat belajar SPM dan berkenalan dengan Sharullah a.k.a shah merangkap bos sufi. Walaupun sufi masih muda, akhirnya mereka berkahwin atas dasar cinta sebab ibu shah ingin menjodohkan shah dengan sepupunya. Sufi meletakan syarat agar perkahwinan dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa termasuk keluarga sufi dan dia sebagai isteri pertama. Tanpa pegetahun shah, sufi membawa diri ke perlis menyambung pengajian ketika shah pulang untuk bernikah dengan sepupunya. 10 tahun berlalu, adik sufi, nash bekerja di syarikat shah bekerja dan terjadilah pertemuan yang tak terduga.  Oleh sebab dah lama tak berjumpa sufi masih menyangka bahawa dia masih bermadu padahal madunya telah lama meninggal dunia akibat sakit. Rahsia akhirnya terbongkar sahabat baik sufi dan nash ternampak shah dirumah sufi. Kantoi la katakan. Mereka akhirnya berterus terang tentang status mereka kepada keluarga mereka. Happy ending! Sedih bila sufi terpaksa berahsia dengan keluarga dan keguguran ketika belajar sehingga dia dituduh rosak akhlak akibat mengandung anak luar nikah. Moral of the story, jangan buat keputusan terburu-buru sebab akhirnya akan menyusahkan diri dan orang lain. Namun cinta shah yang tidak pernah berubah menjadikan sufi wanita yang bertuah kerana menakluki hati lelaki bernama shahrullah. *ayat aku macam skema gila*  

"kenapa diam? tak ada apa-apa yang nak 'di-updatekan untuk one night husband awak ni?" - Shah

"puas sufi nak lari dari abang , abang tetap juga nak kejar sufi" - Sufi

Saturday 20 August 2011

Rossa Duet With UNGU - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Monday 15 August 2011

Pasrah Segalanya - De Hearty


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Tuesday 9 August 2011

Gamelan

yes!! akhirnya aku dapat jugak main gamelan setelah lama tak sentuh alat muzik tu. Dapat offer main kat Hilton PJ everyday sampai 26hb dalam bulan ramadhan ni. Tapi aku main bukan tiap2 hari la banyak kerja beb nak siapkan. Dekat 3 tahun jugak la tak buat ketuk gamelan tu. nervous suda..haha.


Alat ade 4 buah je sebab ada show lain kat mandrin oriental jugak.maka bila tengak alat sah2 aku kena main gendang sebab tu je la yang aku terror sikit main. yang lain buleh je kecuali bonang huh keras mcm kayu daa aku main bonang dah lama tak praktis kan.

ni ala2  busy cari note.muahaha.sungguh aku segan gila nak pukul gendang macam 1st time buat show. >.< yikes!

Saturday 6 August 2011

M.A.I.D - Suri Ryana


Noorul yang sering gagal mendapatkan pekerjaan, akhirnya menerima tawaran kerja sebagai pembantu rumah penthouse kepada harris a.k.a mr fussy sedangkan dia tak cekap memasak tapi takat kemas2 tu boleh la. Harris mempunyai adik, Haikal yang dalam diam meminati noorul dan sering menemani ketika dia dalam kesedihan akibat dimarahi harris. Akhirnya mereka disatukan untuk menjaga nama baik keluarga harris kerana gambar noorul dan harris tersebar di-internet disebabkan niat jahat asyraf a.k.a mamat yg nak dijodohkan dengan noorul tapi tak mahu sebab dah ade calon. Noorul menyimpan perasaan terhadap harris sejak bekerja sebagai pembantu rumah manakala harris jatuh cinta kepada noorul ketika mereka bertemu pertama kali di lift rumah harris. Nak jadi cerita mak mertua noorul puan sri kirana memang tak berkenan dengan dia sebab dia dah ade calon untuk harris iaitu elisa. ketika harris dan noorul baru nk bahagia dia difitnah oleh faziah semata2 kerana diupah elisa. Tapi last2 noorul diterima mak mertuanya sebab puan sri kirana dapat tau perangai sebenar elisa. Ending mcm biasa la.happy ending! Selamat membaca!

,

Jangan Bilang Benci - Muna Mahira

Orang cakap jangan benci pada seseorang sebab nanti akan jatuh sayang. Begitulah situasi yang dihadapi Kimrie Natasya Ayue apabila dia membenci Hafriz kerana  lelaki itu mendapat kedudukan sebagai CEO di syarikat Leopard tanpa berusaha sedangkan dia bermati-matian bekerja untuk membuktikan bahawa dia layak menyandang gelaran itu. Hafriz pula terasa tercabar kerana kimrie tidak pernah memandang dia seperti kebanyakkan wanita yang mengejarnya. Bermula la adegan laser men -laser dan cabar mencabar antara mereka. Sudahnyer  fall in love tapi since kimrie ni hati keras, lama jugak la nak pujuk dia. Reen,best friend kimrie suka pada zafrey  namun lelaki itu dijodohkan dengan kimrie sebab kedudukan family diaorg. Last2 kimrie dapat terima hafriz dan hidup dia.reen dan zafrey hidup bersama. 


Thursday 4 August 2011

Puasa Raya 2011


Sungguh aku rasa dugaan bulan puasa tahun ni sangat mencabar. Kelmarin aku dapat tahu yang tahun ni aku tak dapat cuti raya yakni tahun ni aku raya kat airport sebab kena kerja pagi raya. Agak sedih sebab ni kira pertama kali la aku kerja di pagi raya. Kalau sebelum ni aku tak rasa sangat walaupun kena kerja petang nak raya tapi sungguh bila tahun ni aku dapat tau kena kerja aku rasa tak semangat lansung. Agaknya macam ni la kot ye perassan orang yang kena kerja masa raya. Wahai hati tabahlah engkau ye~



Secara tiba-tiba rasa macam nak pergi bercuti yang panjang sebab sebelum ni aku tak pernah ambik cuti lagi. Cuti aku ada dalam 18 hari lagi. ada la terpikir nak pergi jalan-jalan seoul ke, beijing ke, sydney ke. ala mcm dalam movie tu.haha.membawa hati yang lara mencari secebis ketenangan yang selama ini tersangat la diharapkan.


aku berkelana mencari ketenangan 
dikala hati dilanda badai
biarkanlah kepedihan ini menjadi kenangan
agar jiwa ini tidak longlai 
dalam menempuh liku kehidupan.