Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Friday 24 February 2012

Work Station

hokay saje je nak mengedik post benda nih.hahahha~okbai =)

Hantaran Kasih Tuhan - Noorfadzillah Omar


Nur wardah dilahirkan sempurna dan cukup sifat, namun kuasa tuhan tiada siapa boleh menduga. Nur wardah disahkan menghidapi polio ketika kecil dan mengakibatkan kecacatan pada kakinya. Namun kecacatannya tidak menjadi penghalang kepada kejayaannya sebagai penaung Yayasan Darul Wardah. Yayasan Darul Wardah dibina oleh ayah dan ibu nur wardah iaitu Haji Wahid and Wardina. Ibu nur wardah meninggal ketika melahirnya. Hanya kasih sayang ayah sahaja yang menjadi penawar kepada kehilangan ibu. 

puan norlin dan en amar membawa lamaran untuk anak terunanya engku ashraf kepada haji wahid. Oleh kerana ingin merapatkan ikatan persahabatan yang lama terpisah, mereka setuju. Nur wardah hanya menurut kerana pada pendapatnya pilihan keluarga adalah yang paling tepat sekali. engku ashraf mengalami kerugian dalam perniagaan kerana saham yang dibeli jatuh merundum dan hanya akan dibantu oleh puan norlin dan en amar jika engku ashraf bersetuju mengahwini nur wardah. Atas desakan puan suraya dan rasheedah, engku ashraf akur walawpun mencintai rasheedah, sepupunya. 

Nasib nur wardah malang kerana sering dihina kerana ketidaksempurnaanya namun dia tetap melayan engku ashraf dengan baik kerana tangungjawab dan cinta yang telah disemat ketika engku ashraf melafazkan akad. Hati wanita mana yang tidak terluka apabila suami sering melebihkan perempuan lain dari isteri sendiri. Namun layanan wardah tak pernah kurang malah sentiasa melebihkan engku ashraf dalam semua hal. 

Engku ashraf menyedari kesilapan dan berusaha ingin kembali kepada wardah selepas kemalangan yang dialaminya. Hanya wardah setia disisi dan berbakti kepadanya. Namun kuasa tuhan tiada siapa yang menduga. Wardah disahkan hamil namun akibat kandungan yang semakin membesar telah merosakkan tulang belakang wardah. Rahsia terbongkar apabila wardah dimasukkan ke hospital dan keadaannya tenat. Engku ashraf menyesal kerana tidak menghargai wardah. Anak mereka dibesarkan bersama keluarga haji wahid and en amar.

p/s: Novel ni lebih kepada islamik dan sangat ber-informasi *agak skema ayat aku* aku suka sebab ada selitkan surah-surah yang membawa maksud / berkaitan dengan situasi dalam novel. So secara tidak lansung dapat la menambahkan ilmu pengetahuan kan. Sila baca bagi yang inginkan cerita dari sisi islamik sebab aku teringin nak jadi wardah dalam cerita ni. Penyabar,penyayang,ikhlas,semua la.walaupun cerita agak cliche /stereotype macam cerita lain tapi ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada pembaca. *harap maaf ayat skema lagi*

Sunday 12 February 2012

Masa- dahulu & sekarang

Dulu selalu gaduh dengan adik aku. pada aku semua tak kena. dan paling sedih aku je yang selalu kalah sebab depa lelaki so otomatik aku dah surrender awal-awal takut kena belasah. sekarang rindu nak borak-borak sesama kami.dan bila adik sendiri men-suara-kan hajat nak merisik teman "istimewa" dia tahun depan, aku rasa macam tak percaya.pada aku dia masih adik kecik aku yang selalu aku cari bila nak gaduh, nak makan, nak gelak sama.
aku bertuah mempunyai empat adik lelaki yang gagah dan boleh diharap *gagah la sgt kan* alhamdulillah walaupun tak ada adik perempuan untuk berkongsi cerita, tapi aku ada adik lelaki untuk menyelesaikan masalah aku *tumbuk org yg sakitkan hati aku.hahaha*.semua boleh diharap dan menjadi bodyguard aku bila diperlukan untuk meng-eskot aku kemana-mana.Syukur Ya Allah kau titipkan mereka untuk aku.moga tali persaudaraan ini tidak akan putus walau badai taufan yang melanda.


lepas ni aku kena kongsi depa dengan orang lain.tetiba rasa sayu.dulu aku orang yang pertama depa cari bila nak mintak tolong*mintak duit* namun lepas ni mungkin aku bukan pilihan pertama mereka.*kecik hati* sobs sobs

p/s: semua permohonan adik ipar telah diluluskan sebab apply awal kat kakak dia.hahaha.*boleh gitu*

Saturday 11 February 2012

Buku Ilmiah


nak tunggu pesta buku lambat lagi maka jumaat lepas saja belek buku kat MPH Midval. Tetiba berkenan pulak tengok cover buku nih.dalam baru baca sikit.so far sangat ber-informasi untuk aku yang cetek ilmu ni.alhamdulillah dapat la top-up ilmu sikit yang se-memang kurang dalam diri ini.marilah kita bersama menyemai sifat membaca dalam diri kita.*iklan ini ditaja* >.< 

Monday 6 February 2012

Intezaar-Falak

sebab aku ni minat serial hindi "iss pyar ko kya naam doon" -what should i name this love *maaf la nak translate tak reti sangat* bila dok sibuk men-cari adegan hero-heroin iaitu Arnav dan Kushi terjumpa la lagu ni.sayu pula dengar.aku kan minat balada trus fall in love with this song *apekah - balada*senang cte slow song la.haishhh. so layan je.berikut adalah lirik lagu tersebut.*macam la korang paham.ngahaha*


Tere pyar mein jal raha hoon
Teri yaad mein ro raha hoon
Teri neend ko sun raha hoon
Tere khwab mein so gaya hoon
Intezar tha tere pyar ka
Beqarar tha tere pyar ka
Dil ki lagan kuch yun lagi
Rangeen ye shaam dhalne lagi
Tere pyar mein jal raha hoon
Teri yaad mein ro raha hoon
Teri neend ko sun raha hoon
Tere khwab mein so gaya hoon
Meri sanson mein in nigahon mein dil ki rahon mein
Tum hi tum to ho
Meri khamoshi meri guftagu meri rubaru
Tum hi tum to ho
Judaa kyun hue sochta hoon
Tujhe raahon mein dhoondta hun
Tere pyar mein jal raha hoon
Teri yaad mein ro raha hoon


copy paste from samragi.wordpress.com

oh ada translate juga.nak harapkan aku buat tunggang terbalik la jawabnyer.

I burn in love of you
I sob as your memories flood through
I listen to you silently sleep
I sleep deep within your restless dreams
I have waited for your love an eternity
I have been restless aching for your love
My heart has ensnared itself thus
This evening sparkles in a thousand colours of you
I burn in love of you
I sob as your memories flood through
I listen to you silently sleep
I sleep deep within your restless dreams
In every breath, in my eyes, in the ways of my foolish heart
There lies only one, only you
In my silence, in my spoken words, in the depths of my soul
There lies only one, only you
I wonder why we have been torn apart
I seek you in every path I travel across
I burn in love of you
I sob as your memories flood through…

Twitter dan Blog

sejak dah tau pasal twitter ni aku dah lama tak update blog.dulu pantang ada apa je mesti nak hupdate sini tapi sejak den dah ade twitter ni malas sungguh nak update.ngahahah.yela twitter ko taip pastu tekan je trus update. blog kena bukak lappy pastu nak taip lagi.adehh.susah plak rasa. Tapi rasa blog lagi best sebab boleh story panjang lebar kat twitter ciput je. lagi pon blog macam diary aku sebab semua perkara aku nak luah perasaan walaupun tak ramai baca.*ade aku kisah* hahaha.sengal aku dah sampai.sambung nanti.chiow.

Sekolah Tersayang

yeay! sekolah aku masuk surat khabar.*baru perasan da* dah lama tak jenguk sekolah lepas tamat belajar.yela aku mana adik perempuan.kalau ada boleh je daftar masuk sekolah ni. banyak kenangan tersimpan kat sekolah - kawan-kawan, cikgu, suasana, perasaan kena denda, buku sekolah. sungguh aku rindu saat semua tu.

Koleksi Cerita Hindi

berikut adalah koleksi peribadi cerita hindi yang aku ada.sape-sape nak pinjam boleh.ada subtitle sekali. actually ada banyak lagi tapi dah hilang dan ada yang pinjam tak pulangkan.my fav story vivah sebab sangat la sweet ceritanyer.perjalanan dua orang asing dari alam pertunangan hingga ke gerbang perkahwinan serta tragedi yang melanda mereka.auwww.*nak nanges*
cd hum saath-saath hain tu cd pertama aku beli sejak minat hindi.lama tu dari darjah enam kot.dulu minat hindi ada je cerita baru trus serbu mydin sebab sana je harga murah. tempat lain semua mahal.sekarang tak payah beli cd sebab online dah berlambak.boleh download je.cuma agak susah sikit sebab tak ada subtitle. masalah aku ni, drama - serial hindi aku boleh paham tapi movie aku susah nak paham sebab cakap laju sangat.*hahah boleh plak camtu* yela drama kan cakap sepatah-sepatah so boleh la paham maksud dia. tapi bila tengok movie depa dok cakap laju sangat sampai aku tak paham point dia.*gila kot aku ni*oh ya  sekarang tengok cerita hindi tak payah subs sebab dah paham *berlagak hokay* kalau la dulu ada subjek hindi (movie) aku komfom lulus dengan cemerlang aku rasa la.ngahaha.*perasan tetiba*

Increment 2012

hurm cerita dah basi tapi nak story jugak la. minggu lepas kena panggil dengan bos.aku neves tahap cipan sebab dah lama tak kena panggil.biasa kena panggil sebab ada buat salah, maka otomatik pale aku dah pikir -ve je. masuk je dia dah start mukadimah pasal kerja. aku pon pandang bawah jela.bila dia suruh tengok kertas atas meja terkezut aku.surat increment daa..hua hua.senyum sampai telinga woooo.sampaikan sign sendiri pon lupa.lawak kan.alhamdulillah syukur. selama aku kerja belum pernah la kena potong gaji, lagi tambah ada la.tapi bila bertambah tu, kerja pon bertambah sama la.hahahaa.okay terima +ve semua ni insyaallah semua akan okay.

Ain's Wedding

congrats my dear ain and her hubby azizi. Moga berbahagia hingga ke anak cucu. Amin.. lagi sorang kawan sekolah yang menamatkan zaman bujang tahun ni. Dan untuk tahun ni je aku rasa penuh dah kalender aku dengan wedding kawan-kawan. Harap maaf jika tak dapat hadir sebab mengkin 'clash' dengan wedding orang lain tapi aku akan berusaha sedaya upaya untuk meng-hadir-kan diri ini. Thanks sebab invite!  


p/s: agak2 aku punye bila plak kan.ahaks! *gedik*