Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Thursday 26 May 2011

Ungu - Percaya padaku




Aku mmg minat lagu ungu. One of the latest is this. Personally aku rase lagu ni sweet sbb bukan senang nk convince kn org yg kita bersungguh nk kat org tu. Kalau la ade org dedicate kt aku, alamatnyer cair *melting suda* haha.enjoy! 


Anniversary Mommy n Daddy



Anniversary mak dan ayah aku dah lepas tapi saja nk share. 13 april last month adalah anniversary yg ke 26 mak dgn ayah. Congrats mommy n daddy. We lurve u always. *hugs* Ni gambar kek secret resepi. Mula2 plan nk beli cupcakes mcm thn lepas tapi last minute plan so xsempat nk order sudahnyer beli je. Malang nyer kek perasa strawberry dari secret resepi ni rase xsedap sgt. Akhirnyer keras kt dalam peti ais sebelum landing dalam tong sampah *mbazir je* kalo kek indulgence ke komfom habis.  



 ni pulak present ayah kat mak. kira 1st time la ayah beli present sbb selama ni beli kek je. oleh kerana anak2 dh beso dan boleh belikan kek dia dh xtau nk beli ape agaknyer.haha. neway cte pasal bunga pulak mengikut cerita adik aku, ayah ajak keluar pergi beli makanan lepas tu dia beli bunga kt auntie bunga tepi jalan sebelum singgah 7 eleven beli riben, kad, gunting dengan pembalut. adik aku cte lagi, ayah buat sendiri gubahan tu sampai jadi camtu. kagum jap dgn ayah aku yg rajin bebenor gubah bunga nk bagi kat mak. yela dh pukul 10 mlm, kedai bunga mana ade bukak lagi kan nk beli. *cayalah ayah*

we love you forever mak and ayah <from along, angah, achik, awie and adik> *muax*


Monday 23 May 2011

Fitness


Semenjak disahkan ade PCOS ni aku cuba untuk mengurangkan berat badan yg agak berlebihan. So antara cara yg dilakukan adalah mengamalkan cara hidup yg sihat. *mcm iklan daaa* aku dh daftar kt fitness centre untuk control berat badan dan cara pemakanan yg tidak sihat <T_T> Susah gak beb masa mula2 nak start yela sbb dah lama tak buat senaman. Bila start balik rasa mcm nk pitam pon ade. Tapi lama2 dah rasa best pulak sbb stamina dah ada then nak buat ape pon dah tak susah.    
 Gorgeous fitness lebih kurang mcm celebrity fitness dan fitness center yang seangkatan dengan nyer. since ni 1st time aku join so tak boleh nk compare dengan fitness center yang lain. the reason aku pilih fitness center ni sbb dekat dengan opis aku. so after kerja boleh terus pergi buat exercise. 
harap2 la lepas ni aku boleh turunkan berat badan dengan cara yg berkesan. *selama ni tak berkesan sbb makan mcm tak hinggat dunia*    marilah bersama menjaga kesihatan. *kenduri kahwin dh dekat so kena diet sbb baju kebaya aku dh ketat.demm*

Wednesday 18 May 2011

My new fav drink


Tadaaa.. this is my new fav drink. Time lunch tadi tetiba rajin pulak nk jalan2.maka aku pon berjalan sambil berlengang kangkung ke kedai nasi kemudian singgah sebentar ke 7 eleven berhampiran. Lepas je nmpk air ni trus suka *actually sbb kaler fav aku - purple* balik opis tros minum sambil menikmati kesedapan nyer~ huhu~ <ala2 iklan sabun dettol> 

 lepas ni boleh beli selalu muahaha.~ *iklan ini adalah tajaan penuh oleh kerajaan malaysia*

PCOS = Polycystic Ovari Syndrome


Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

copy paste dari http://portal.alamhamil.com 

dah macam portal kesihatan plak aku rasa sbb tulis entri ni.haha.neway just nak share info untuk korang yang tak pernah dengar tentang syndrome ni. actually aku pon 1st time baru tau sbb aku antara org yg ade syndrome ni. last few month buat check up kat hospital then doctor bgtau aku ade syndrome ni. hurm terkejut gak masa mula2 tau tapi since doctor cakap xde ape yg serius so buat biasa jela kan. cuma aku kena kurangkan berat badan dan jaga pemakanan. ckp mmg senang kan tapi nk buat tu la yg payahnyer. sekarang ni aku try jaga pemakanan tapi kekadang terbabas gak.yela benda dh biasa makan kn. tetiba nk tukar mmg payah la.

banyakkan makan buah-buahan dan bersenam *part ni mmg aku liat nk ikot tahap gaban* kata doctor la. owh lagi satu dia pesan sila jaga berat badan anda jika mahu mempunyai zuriat <sape xnk oiii> baiklah doc, saya akan berusaha menuju kejayaan.*fuyooo kagum jap. pastu start balik malas*
marilah kita bersama menjaga kesihatan. hurm majulah sukan untuk negara kita. *hoorayyy* 


Monday 16 May 2011

Luahan Hati Part II


kau hadir dalam hidupku
tanpa kerelaanku namun tika hati ini
mula menerima kasih darimu
kau hilang membawa diri tanpa sebarang pesan
kau tinggalkan aku keseorangan terkapai-kapai
mencari sinar bahagia bersamamu

saat ini aku berduka
mengenangkan kau yang kini
membiarkan aku mencari kebenaran
disebalik kata-kata manismu
apakah aku yang silap mentafsir atau hati ini
yang tidak bisa menerima kahadiran insan lain setelahmu
namun mengapa tiap kali
kita bertemu
hati ini tidak berhenti menyebut namamu
mata ini tidak mampu mengalihkan perhatian darimu
hidung ini tidak dapat menghidu haruman selain harumanmu
telinga ini tidak mungkin terlepas dari menangkap deruan nafasmu

hanya kau yang sering bermain difikiran ini
hanya satu pintaku agar kau berbahagia disamping insan yang kau puja
walaupun aku terluka
doaku kau akan menemui kebahagian yang kau cari


Dah mcm luahan bersiri plak.haha.neway cakap pasal hati 7hari 7mlam pon belum tentu setel sbb byk sgt nk luahkan. Kesimpulan nyer aku lebih suka tulis tentang perasaan aku dari cte kt org sbb aku rasa org tak akan paham perasaan aku although dia ckp ‘aku paham perasaan ko’..maybe sometimes yes tapi kadang2 ssh nk paham sbb aku sendiri pon tak paham inikan org lain. Well this is me, nmpak je gatai mcm xcukup laki tapi hakikatnyer aku ni pamalu tahan gaban *aku rse mcm nk hantuk pale aku kt dinding baca ayat aku yg last ni.*