Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Friday 25 November 2011

Suami yang Kubenci - E-man Sufi


Uwais ukasyah dan Hannah Maryam berkahwin kerana tunang Hannah ditangkap basah bersama budak bawah umur padahal masa tu kenduri dah dekat. Kebetulan uwais pernah menyelamatkan datuk Hannah maka diaorang dinikahkan sebab nak selamatkan air muka keluarga Hannah. Hannah, CEO company keluarga hannah dan uwais seorang penjual burger. Memang besar jurang antara mereka namun siapa kata penjual burger dan CEO tak boleh berkahwin. Walaupun Hannah sombong dan berlagak akhirnya dia mengakui menyayangi uwais *aku pon nak hubby macam uwais boleh tak*. Dan uwais penyabar sangat dalam melayan kerenah Hannah. Cikgu batrisya kawan uwais pernah dipadankan dengan uwais oleh mak uwais tapi dah takde jodoh kan. Hannah tiba-tiba cemburu bila cikgu batrisya membantu uwais mendapatkan kerja sebagai guru ganti disekolah dia mengajar. Uwais pula berang apabila kehadiran abg fawaz a.k.a sepupu Hannah seperti ingin merampas Hannah daripadanya. Kebetulan fawaz pernah meluahkan hasrat untuk memperisterikan Hannah tetapi ditolak Hannah kerana menganggap fawaz tidak lebih sekadar abang. Akhirnya mereka sedar yang masing-masing mempunyai rasa yang sama dan akhirnya hidup bahagia. Kehamilan hanah menggembirakan semua namun tidak lama kerana anak mereka meninggal dunia akibat lahir tidak cukup bulan. Uwais dan Hannah pasrah atas kejadian yang berlaku. Namun mereka dikurniakan sepasang kembar selepas itu. Fawaz dan cikgu batrisya juga bertemu jodoh.

Tumbs up kepada penulis sebab berjaya membuatkan aku ketawa berdekah-dekah *nyaris mengalir airmata sebab ketawa kuat sangat* dalam bilik.aku tak pernah baca novel yang humor dan sangat santai. Gaya bahasa juga dekat dengan pembaca. Aku suka scene bila uwais dan Hannah berdating  tepi tingkap sebab mak uwais larang mereka berjumpa. Lawak sungguh bila uwais pengsan sebab tengok muka mak dia pakai bedak sejuk.dan paling aku suka bila fawaz angaukan cikgu batrisya.sumpah lawak. Aku juga berjaya menghabiskan novel tu dalam masa 5 jam. marathon punye pasal sampai tak makan ape.teruja nak habiskan.sila la baca pada sesiapa yang sukakan happy ending. Selamat membaca!

"dalam hati abg hanya hannah maryam yg abg cinta dan syg. sampai jasad dimamah tanah sekalipun hanya hannah pilihan abg - uwais ukasyah"

"inilah hadiah yg paling baik saya pernah saya terima sebab awak sendiri yang dapatkan ikan ni - hannah maryam"

Wednesday 23 November 2011

Skill Masak

untuk pengetahuan umum aku sangat la tidak pandai memasak *hantaran dpt diskaun* boleh kira dengan jari je berapa kali aku masak untuk family. maka atas kesedaran ini *mcm karangan daa* aku pon mengambil langkah mencuba skill membuat kuih.hahaha. resepi dapat daripada yasmin. nama kuih ini cream puff with custard so ape lagi bahan-bahan beli kat Giant balik je rumah terus buat. biasa la percubaan pertama gagal dengan cemerlang sebab tak pernah masuk dapur kan.hahaha. inilah hasil percubaan pertama



okay aku tau ape korang nak cakap.hodoh kan.muahahha.takpe aku redha *ayat pasrah* setelah diteliti ade 2 kesalahan yang dilakukan iaitu terlupa letak baking powder sebab tu kuih tu tak naik dan api masak kuat sangat sebab tu custard dia jadi ketul-ketul. usaha tangga kejayaan maka aku pon buat lagi sekali dengan keazaman yang tinggi. Hasilnya amat memuaskan walaupun tak seberapa.



tadaaa.inilah dia hasil air tangan cik liyana.muahaha.cuma rupa dia agak kureng sikit.ala janji boleh makan kan.sambutan sangat menggalakkan sampai ayah ambik gambar sebab rupa dia yang pelik.hadoi..so lepas ni nak asah skill memasak supaya hantaran boleh kasi 'up' lagi.muahhaha.

Teater - Badai Semalam Istana Budaya

Last week dapat la menonton teater badai semalam lakonan Aaron Aziz dan Erra Fazira. Sungguh teruja sebab dah lama tak tengok teater. Last teater yang tengok kat istana budaya tu Cuci The Musical. Memang terbaik la sebab Hans Issac ade kan.hahaha. so berbalik kepada cerita Badai Semalam ni, aku tak baca novel dia maka tak dapat nak bajet ending macam mana tapi lepas tengok je rasa puas hati juga sebab memang pasal realiti kan. Kehidupan Mazni yang susah dan ingin meneruskan pengajian ke menara gading namun ditentang kerana status isteri. Namun akhirnya mazni mengejar cita-cita kerana pengorbanan dan cinta yang dilakukan mazni semata-mata untuk mencapai cita-cita yang diingini. *maaf la bahasa agak kucar kacir* 


Harap maaf sebab gambar semua tak cantik sebab faktor ketinggian *aku pendek* dan posisi *kena lenyek*memainkan peranan agak penting disini. hahahah. Layan jela.



oh ya mak jugak peminat novel ini sebab masa dia sekolah, novel ni masuk exam.Tapi bila tanya pasal ending dia dah tak ingat sebab dah lama.hehehe. Hajat hati mak nak join tengok sekali tapi sebab kerja maka tak dapatlah tengok Aaron Aziz berlakon.  

Antara Hati dan Akal

Antara kehendak dan keperluan. Mana yang akan didahulukan. Pada orang lain mungkin akan memilih keperluan kerana dalam hidup ini keperluan diutamakan dalam segala aspek. Dan aku turut tidak terkecuali. Tapi kalau dalam soal hati pulak macam mana. Kehendak hati dan keperluan hati. *aku dah merepek plak* kalau hati berkehendak tapi akal menyangkal macam mana. Nak pilih yang mana. Ikut kata hati atau akal. *merepek lagi*



Berterus terang langkah paling terbaik dalam menyelesaikan masalah. 



Aku bukan mencari kesempurnaan kerana aku jua tidak sempurna namun aku bimbang diri ini dihina akibat ketidaksempurnaan aku. Mungkin aku patut berhenti memberi harapan pada diri kerana semua yang terjadi ada hikmahnya dan aku sebagai hamba-Nya tetap bersyukur atas apa yang aku perolehi.  



Hati mengingini tapi akal melarang. Lantas aku mengambil keputusan untuk memilih akal walau hati tetap memberontak. 

p/s:tema kaler merah pulak. asyik purple je.heheh.

Hasrat Hati

Kagum dan bangga! Itulah perasaan aku bila dapat tahu yang kawan zaman belajar dulu dah bukak kedai sendiri. Businesswoman yang berjaya. Congrats my dear. You deserve it. Aku pon ada jugak cita-cita nak bukak kedai sendiri tapi bidang laundry. Macam cliché je kan sebab orang dah bukak berlambak kat KL ni tapi nape aku still nak jugak bukak laundry. Sebab aku rasa zaman aku belajar dulu laundry ni sangat la penting bagi student-student yang tak de masa nak basuh baju dan yang penting jimat masa sebab kita buat sendiri laundy tu dan terus kering boleh lipat dah. Tak payah nk jemur bagai. Well itu hanya angan-angan aku la sebab modalnyer agak besar.  Insyaallah kalu ada rezeki memang nak ada business sendiri.   

 kejayaan tidak datang bergolek, hanya diiringi usaha dan doa insyaallah membuahkan hasil

Tuesday 22 November 2011

Usai Aku Terima Nikahnya - Umie Nadzimah

Puteri Nur Aina menjadi anak yatim piatu apabila ayah dan ibunya meninggal dunia dan dijaga oleh pak ngah angkat a.k.a anak angkat datuknya. Nak dijadikan cerita puteri ni mewarisi harta oleh datuknya dan sesiapa yang menjaga puteri akan diberi tanah. So berebut la orang nak jaga dia. last-last mak long angkat dia kahwinkan anak dia Iskandar Hafiz dengan puteri sebab tamakkan harta. Harapan puteri dapat pergi jauh dari orang yang sentiasa sakitkan hati dia termasuklah mak long dan pak ngah angkatnya itu.. Bermula la kehidupan puteri dan iskandar  untuk mengenali satu sama lain. Iskandar mempunyai kekasih hati wan marini yang dikenali sejak universiti. Kebahagiaan iskandar dan puteri hanya sementara apabila wan marini pulang dan menagih janji. Disinilah bermula episod duka dalam hidup puteri. Namun kehadiran Khalif, BFF iskandar sedikit sebanyak membantu puteri menghadapi masalah yang melanda hidupnya. Ternyata kehadiran puteri merenggut ketenangan khalif apabila bayangan gadis tersebut sentiasa menemani ketika bersendirian. Khalif telah jatuh cinta pada isteri teman baiknya sendiri. 

Konflik terjadi apabila mak long berang kerana iskandar sentiasa menyebelahi puteri, wan marini yang menagih janji, dan masalah kerja yang menggangu hidup iskandar. Maka disinilah kesalahan iskandar yang paling besar apabila meninggalkan puteri tanpa khabar berita dan menghilangkan diri ke Frankfurt Amsterdam.* tindakan paling sengal dia buat* kesian kat puteri yang mengandungkan zuriat iskandar ketika itu. Tapi nak buat macam mana walau setia mana pon puteri tunggu iskandar, dia tetap tak pernah menjenguk puteri sampai 5 tahun. *ego nak mampus*     

Selama iskandar meninggalkan puteri selama itulah khalif menjaga dan melindungi puteri dari semua orang yang ingin menyakiti puteri namum dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap puteri.*aku dh fall in love with him* Anak iskandar telah dianggap sebagai anak sendiri. *sweet + protective = romantic ^_^* lepas 5 tahun iskandar kembali untuk meminta maaf namun terlambat apabila puteri tawar hati dan minta dilepaskan dengan cara baik. Pintu hati puteri telah terbuka untuk khalif kerana cinta khalif yang tak pernah padam telah membuatkann puteri percaya bahawa cinta khalif tulus dan suci. *hero ada 2 la plak* puteri hidup bahagia bersama khalif namun tuhan lebih menyayanginya dan pergi setelah kehadiran puteri tanda cinta mereka. 

Pertemuan bersama bekas suami kembali mengimbas memori lama. Rupanya khalif telah meminta anak2nya menyatukan mereka jika dia pergi dahulu *macam cite Kuch2 hota Hai plak* iskandar yang masih menyendiri mengambil keputusan untuk menjaga puteri dan anak2 selepas ketidaan khalif. Akhirnya mak long yang jahat insaf selepas menerima balasan atas segala perbuatan jahatnya. Dia juga menyatukan puteri dan iskandar atas dasar sayangkan puteri kerana puteri telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit di rumah orang-orang tua. Happy ending la kan.

First time aku baca cerita ade 2 hero pulak. sesungguhnya puteri sangat bertuah kerana dicintai oleh 2 lelaki yang sangat sweet and caring. *apekah yang aku cakap ni* Semua yang terjadi ada hikmahnya dan kita sebagai manusia and insan biasa harus redha dengan ketentuan –Nya tapi sungguh aku tersentap bila khalif sanggup menunggu puteri *masa tu isteri orang* sehingga pintu hati puteri terbuka untuknya. ada la dekat 7 tahun.*ada lagi ke orang macam ni*


Sebab selepas selasai abg melafazkan kalimah “aku terima nikahnya” buat kali pertama kali dahulu, hati abg tiba-tiba terdetik dan berjanji pada diri sendiri tidak akan melafazkan kalimah ini utk wanita lain kecuali utk Puteri Nur Aina binti Megat Azami sahaja – Iskandar 


Puteri tahu siapa diri puteri jadi izinkan puteri pergi ya? Puteri tak akan ganggu hidup abg lagi. Puteri doakan abg bahagia – Puteri Nur Aina


Abg akan berada disamping puteri hingga nafas yang terakhir.abg janji hanya maut yg memisahkan kita – Khalif