Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Friday 30 December 2011

Family Outing

ahad lepas merupakan cuti umum iaitu hari natal maka kami sekeluarga telah sepakat buat outing bersama ke Gambang Water Park.actually ni plan busu a.k.a urusetia keceriaan keluarga siti & hussin (family belah mak). so 6 keluarga berkumpul sebab dah lama tak buat gathering kan.

perjalanan kami dari KL bermula pukul 12 sebab tunggu mak dan ayah pulang dari kerja. oh ya lauk bekal mak order guna phone je "kak long tolong beli ayam lepas tu buat ayam masak cili api ye.buat pedas  sikit baru sedap" so bermula la kerja memasak didapur. kuih add on pon ade iaitu cream puff dan roti sosej yang disediakan bersama adik tersayang <sayang la sgt> =.=

hurm nasi ayam ni nampak menarik kan. kami singgah lunch di temerloh sebab lapo sangat. sampai je hotel (macam apartment la) bukak bekal yang dibawak habis sold out. aku tak sempat nak rasa kuih aku. by the way semua puji kuih aku sedap.ahaks! *mood gedik kembali* acara petang agak santai iaitu mandi di kolam renang hotel. hotel dia not bad for family sebab besar. lebih kepada aprtment. muat la 2 family besar. kesokan pagi baru main kat Gambang Water Park.
alhamdulillah semua ada.angah datang dari jerantut, acik balik cuti dari perak, awie balik cuti sem dari kuching so berkumpul la kami sekeluarga. orang lain semua anak kecik2 kami ni jela yang anak2 dah beso.hahaha. Water Park sana menarik cuma tak banyak permainan sangat.mostly untuk kanak2 je.haishh.kalau nak datang better sewa cabana (mcm khemah) awal2 sebab susah nak letak barang dan berehat. harga masuk rm21.90 dewasa dan rm14.90 untuk kanak2.
oh ya dalam tu tak pakai cash.segala jenis makanan, minuman, pelampung, hatta khemah (cabana) pon menggunakan gelang ni. anda dinasihatkan topup duit siap2 dalam rm50 ke masa beli tiket yakni gelang nih la. sebab kat dalam diaorang just scan je gelang ni dan boleh beli barang guna tag ni. cool kan~ tapi kami yang sengal ni tak tau so terkapai2 la nak topup ambik pelampung dan beli makanan guna tag nih. 

seronok sebab dah lama tak main pergi water park..tapi yang tak syok kulit aku gelap yakni sun burn. hampeh! *kurang lagi hantaran aku*

 

Saturday 24 December 2011

Kebersihan Wanita

Air wadi
Ia merupakan sejenis cecair putih kental yang keluar selepas membuang air kecil (kencing). Memandangkan ia keluar selepas kencing, maka hukumnya seperti air kencing, yakni ia membatalkan wuduk dan boleh dibersihkan dengan air.

Air mazi
Ia adalah sejenis cecair yang nipis, jernih (‘clear’) dan licin seperti pelincir. Ia keluar apabila timbulnya syahwat, seperti apabila suami-isteri memulakan hubungan seks, apabila seseorang itu melakukan onani atau berangan-angan sesuatu yang memberahikan. Air mazi membatalkan wuduk dan hendaklah dibersihkan dengan cara membasuh vagina dengan air. [Shahih al-Bukhari, no: 261]

Jika air mazi terkena pakaian, memadai dengan merenjis atau memercik dengan air. Rasulullah member tunjuk ajar: Cukuplah kamu mengambil air sepenuh telapak tanganmu, lalu percikkan pada bahagian pakaian yang kamu ketahui terkena mazi. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 210].

Memandangkan air mazi adalah jernih, agak sukar untuk mengetahui di bahagian mana ia mengenai pakaian. Maka memadailah memercikkan air pada bahagian pakaian yang kamu ketahui terkena mazi tanpa perlu membasuh keseluruhan pakaian.

Air mani
Ia merupakan cecair berbau yang keluar tatkala berlakunya kemuncak syahwat (klimaks). Bagi lelaki ia agak pekat sementara bagi wanita ia agak cair. Air mani keluar apabila suami isteri melakukan hubungan seks, apabila seseorang itu melakukan onani atau bermimpi, lazim disebut sebagai mimpi basah.

Berkenaan air mani, sebahagian orang berpendapat wanita tidak mengeluarkan air mani. Pendapat ini dijawab bahawa wanita juga mengeluarkan air mani, hanya air mani wanita tidak mengandungi sperma sebagaimana air mani lelaki. Dalilnya ialah hadis berikut, di mana Umm Sulaim telah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu dalam perkara yang hak. Apakah bagi wanita wajib mandi jika dia bermimpi?”

Rasulullah wasallam menjawab: “Ya, jika dia melihat air mani.” Umm Salamah (isteri Rasulullah yang turut hadir) menutupi wajahnya (kerana malu) seraya bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah seorang wanita itu bermimpi (basah)?” Baginda menjawab: “Ya.” [Sebahagian daripada hadis Shahih al-Bukhari, no: 127].

Apabila seorang wanita mengeluarkan air mani, dia berada di dalam keadaan junub dan hendaklah membersihkan dirinya dengan Mandi Wajib.

Jika Air Mani terkena pakaian, maka ia dibasuh dengan air jika masih basah [Shahih Muslim, no:436] atau dikerit (kikis dengan kuku) jika sudah kering [Shahih Muslim, no: 435]. Di antara tiga jenis cecair yang keluar ini, hendaklah dibezakan bahawa untuk air wadi dan air mazi, memadai membasuh dengan air, lalu berwuduk, sementara untuk air mani hendaklah melalui Mandi Wajib. Seperkara lain, apabila disebut onani (‘masturbate’), ia hanyalah untuk pengetahuan umum. Ia tidak bererti, Islam mahu pun penulis menganjurkan perbuatan tersebut.

Cairan lain daripada diri sendiri
Kadangkala ada cairan yang keluar namun sudah dikenal pasti ia bukan darah haid, bukan cairan kuning, putih, coklat yang berkaitan dengan haid, bukan darah nifas, bukan darah istihadhah dan bukanjuga air kencing, air wadi, air mazi mahu pun air mani. Lalu apakah hukum cairan ini?

Di antara ilmuwan Islam, ada yang berpendapat cairan tersebut adalah najis. Ia membatalkan wuduk dan hendaklah vagina serta pakaian yang mengenainya dibasuh dengan air. Mereka berhujah bahawa semua yang keluar melalui qubul dan dubur adalah najis. Walau bagaimanapun ada juga yang berpendapat, cairan tersebut bukan najis dan tidak membatalkan wuduk.

Ini kerana manusia pada asalnya adalah suci dan apa yang dianggap sebagai najis dan/atau membatalkan wuduk hendaklah berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Memandangkan dalam hal ini tiada dalil, maka ia bukan najis dan tidak membatalkan wuduk. Namun boleh saja bagi seseorang itu membersihkan vaginanya dan mengambil wuduk apabila hendak solat, sebagai langkah kebersihan tambahan. Saya cenderung pendapat kedua ini.

Cairan dari sumber lain
Ada kalanya keluar cairan vagina dari sumber yang lain. Misalnya, air mani suami yang mengalir keluar dari vagina isterinya setelah mereka melakukan hubungan seks. Contoh lain, setelah membasuh vagina daripada air mazi, darah haid atau lain-lain, ada air basuhan yang mengalir keluar. Dalam kes ini, memadai bagi wanita tersebut mengelap kering cairan tersebut tanpa perlu mengambil wuduk, mengulangi wuduk atau Mandi Wajib.

Cairan kerana penyakit
Dalam kes terpencil, ada wanita yang vaginanya sentiasa lembap dengan cairan, umpama air mazi. Sudah dipastikan oleh para doktor bahawa ia adalah sejenis penyakit dan bukan disengajakan oleh wanita tersebut. Dalam kes ini, ia diqiyaskan kepada darah istihadhah di mana cairan tersebut tidak membatalkan wuduk kerana ia adalah penyakit yang dimaafkan.

copy paste dari Karangkraf

Wednesday 14 December 2011

Syeera Engagement

congrats my dear syeera!

Holiday at Penang

disebabkan cuti tahunan yang terlampau banyak, aku telah mengambil keputusan untuk clearkan cuti-cuti yang bertimbun-timbun tu maka pada awal bulan disember aku pon ambik la cuti 3 hari dengan harapan nak spend time kat rumah sebagai suri rumah yang berjaya namun panas disangka hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. sunguh mendalam perumpamaan aku.ahaks! 


aku terus menerima pelawaan jas jamal untuk turun ke penang atas alasan dah lama tak jumpa dia. *alasan la sangat* lepas setel bayar saman kat BDKL pagi rabu tu aku pon terus start enjin kereta dan bermula la perjalanan aku ke penang tanpa sebarang perancangan yang tepat. oh! keizinan ayahanda dan bonda dipohon melalui SMS akibat takut di-reject bulat-bulat =.=

ABC kat padang kota lama

pasembur - makanan wajib kalau datang penang
perjalanan memakan masa agak lama sebab kondisi kereta yang kurang memuaskan *sape suruh tak plan lagi* alhamdulillah sampai dalam pukul 6 petang dan disambut tuan rumah dengan senyuman hingga ke telinga. bermula hajat nak tumpang semalam jadik sampai 3 malam sebab banyak agenda yang ingin dilakukan. dari flea market di batu ferrenghi , naik ferry dengan kereta, kereta kabel bukit bendera, taman rama-rama sampai la pesta penang habis semua aku jelajah. seronok tak payah cakap macam coti-coti malaysia dah aku rasa.nasib la norhaslinda ada sekali.kami jalan berdua je guna GPS jas. cuma stress jalan kat penang asyik kena hon je al-maklum la kami bukan plat kereta no penang maka orang suka-suki nak hon kan.hampeh! sempat juga layan cerita ombak rindu disana.maaf ye jas sebab heret ko sekali.hahaha.





malam last tu paling best sebab teruja nak tengok pesta penang.bila sampai kagum jap sebab macam karnival jom heboh.meriah sangat.hampir nak borong semua barang sebab murah.namun hasrat dipendam kerana risau bajet lari.*ni pon dah OVER budget* 


harap maaf diatas aksi gaya yang agak mengedik kerana teruja dapat pegi pesta penang.hahahaha.apa-apa pun jutaan terima kasih diucapkan pada jas jamal sekeluarga kerana menerima kehadiran saya. *macam ucapan majlis terima menantu plak*ngehehe

p/s: nak cari penang boy for myself.ahaks! *gatai sungguh na*

Parcel

akhirnya penantian selama 3 minggu membuahkan hasil.yeay! parcel ditunggu telah tiba *suria telah tiba membawa cahaya -lagu dlm ahmad albab* hokey excited sebab barang tiba tanpa pembelian cuma redeem sahaja.

inilah pertama kali redeem menggunakan point yang telah dikumpul selama 3 tahun*poyos je ayat* walaupun taklah cantik mana cuma berharap ketahanan jam ini lebih lama kerana akan menggunakan lebih kerap sebab jam sebelum ni dah sampai tahap kronik *mati dengan sendiri* kira berbaloi-baloi la.