ahad lepas merupakan cuti umum iaitu hari natal maka kami sekeluarga telah sepakat buat outing bersama ke Gambang Water Park.actually ni plan busu a.k.a urusetia keceriaan keluarga siti & hussin (family belah mak). so 6 keluarga berkumpul sebab dah lama tak buat gathering kan.
perjalanan kami dari KL bermula pukul 12 sebab tunggu mak dan ayah pulang dari kerja. oh ya lauk bekal mak order guna phone je "kak long tolong beli ayam lepas tu buat ayam masak cili api ye.buat pedas sikit baru sedap" so bermula la kerja memasak didapur. kuih add on pon ade iaitu cream puff dan roti sosej yang disediakan bersama adik tersayang <sayang la sgt> =.=
hurm nasi ayam ni nampak menarik kan. kami singgah lunch di temerloh sebab lapo sangat. sampai je hotel (macam apartment la) bukak bekal yang dibawak habis sold out. aku tak sempat nak rasa kuih aku. by the way semua puji kuih aku sedap.ahaks! *mood gedik kembali* acara petang agak santai iaitu mandi di kolam renang hotel. hotel dia not bad for family sebab besar. lebih kepada aprtment. muat la 2 family besar. kesokan pagi baru main kat Gambang Water Park.
alhamdulillah semua ada.angah datang dari jerantut, acik balik cuti dari perak, awie balik cuti sem dari kuching so berkumpul la kami sekeluarga. orang lain semua anak kecik2 kami ni jela yang anak2 dah beso.hahaha. Water Park sana menarik cuma tak banyak permainan sangat.mostly untuk kanak2 je.haishh.kalau nak datang better sewa cabana (mcm khemah) awal2 sebab susah nak letak barang dan berehat. harga masuk rm21.90 dewasa dan rm14.90 untuk kanak2.
oh ya dalam tu tak pakai cash.segala jenis makanan, minuman, pelampung, hatta khemah (cabana) pon menggunakan gelang ni. anda dinasihatkan topup duit siap2 dalam rm50 ke masa beli tiket yakni gelang nih la. sebab kat dalam diaorang just scan je gelang ni dan boleh beli barang guna tag ni. cool kan~ tapi kami yang sengal ni tak tau so terkapai2 la nak topup ambik pelampung dan beli makanan guna tag nih.
seronok sebab dah lama tak main pergi water park..tapi yang tak syok kulit aku gelap yakni sun burn. hampeh! *kurang lagi hantaran aku*
0 comments:
Post a Comment