Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Wednesday, 14 December 2011

Holiday at Penang

disebabkan cuti tahunan yang terlampau banyak, aku telah mengambil keputusan untuk clearkan cuti-cuti yang bertimbun-timbun tu maka pada awal bulan disember aku pon ambik la cuti 3 hari dengan harapan nak spend time kat rumah sebagai suri rumah yang berjaya namun panas disangka hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. sunguh mendalam perumpamaan aku.ahaks! 


aku terus menerima pelawaan jas jamal untuk turun ke penang atas alasan dah lama tak jumpa dia. *alasan la sangat* lepas setel bayar saman kat BDKL pagi rabu tu aku pon terus start enjin kereta dan bermula la perjalanan aku ke penang tanpa sebarang perancangan yang tepat. oh! keizinan ayahanda dan bonda dipohon melalui SMS akibat takut di-reject bulat-bulat =.=

ABC kat padang kota lama

pasembur - makanan wajib kalau datang penang
perjalanan memakan masa agak lama sebab kondisi kereta yang kurang memuaskan *sape suruh tak plan lagi* alhamdulillah sampai dalam pukul 6 petang dan disambut tuan rumah dengan senyuman hingga ke telinga. bermula hajat nak tumpang semalam jadik sampai 3 malam sebab banyak agenda yang ingin dilakukan. dari flea market di batu ferrenghi , naik ferry dengan kereta, kereta kabel bukit bendera, taman rama-rama sampai la pesta penang habis semua aku jelajah. seronok tak payah cakap macam coti-coti malaysia dah aku rasa.nasib la norhaslinda ada sekali.kami jalan berdua je guna GPS jas. cuma stress jalan kat penang asyik kena hon je al-maklum la kami bukan plat kereta no penang maka orang suka-suki nak hon kan.hampeh! sempat juga layan cerita ombak rindu disana.maaf ye jas sebab heret ko sekali.hahaha.





malam last tu paling best sebab teruja nak tengok pesta penang.bila sampai kagum jap sebab macam karnival jom heboh.meriah sangat.hampir nak borong semua barang sebab murah.namun hasrat dipendam kerana risau bajet lari.*ni pon dah OVER budget* 


harap maaf diatas aksi gaya yang agak mengedik kerana teruja dapat pegi pesta penang.hahahaha.apa-apa pun jutaan terima kasih diucapkan pada jas jamal sekeluarga kerana menerima kehadiran saya. *macam ucapan majlis terima menantu plak*ngehehe

p/s: nak cari penang boy for myself.ahaks! *gatai sungguh na*

0 comments:

Post a Comment