Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Thursday 22 September 2011

Helicobacter Pylori

Sebelum ni, aku pernah ade sakit gastrik tapi minor la.after buat check up dapat tau yang ada bakteria telah memenuhi perut aku.tidakkk..tapi lepas makan ubat dah ok. semalam buat test lagi sekali dan doctor confirm -ve.yeahhh.happy. =)  

Apekah helicobacter pylori itu? ia adalah sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit ulser dan kebanyakan kes gastriks. bakteria ini membiak dalam perut dan biasanya kita dapat masa kecik2 dulu.ala main pasir, ter - makan benda yang kotor, etc.biasa la budak2 kan..kebanyakan orang ada bakteria ini cuma beza nyer ada yang kronik akan dapat gastrik/ulser kalau tak tak de ape2 pon effect.
antara faktor yang sebabkan bakteria ni jadi ulser ialah merokok, minum kopi, minum minuman keras. kawasan membangun macam KL ni memang senang nak dapat penyakit tu, lagi-lagi kebersihan yang kurang dipraktikan oleh sesetengah orang. 
simptom orang ada bakteria ni
  1. abdominal pain - sakit perut selalu
  2. bloating/fullness - rasa kembung / kenyang
  3. dyspepsia or indigestion - senak atau masalah penghadaman
  4. rasa lapar walaupun baru 1-3 jam makan 
  5. rasa loya - muntah baru rasa lega
ujian akan diadakan bagi mengesahkan anda ada sakit tu antaranya ujian darah, ujian pernafasan dan ujian najis. aku buat pernafasan dengan darah.najis belum lagi.hahah.
sila dapatkan nasihat doktor jika terdapat darah dalam najis anda, sakit perut yang melampau, mengalami masalah penghadaman dan heartburn (sakit pedih ulu hati) dan muntah darah tu dah kronik sangat la kalau muntah darah. bakteria ni juga boleh sebabkan kanser perut dan penyakit ulser lain.maka marilah kita menjaga kesihatan kita.badan nak pakai lama kan.


Monday 19 September 2011

Raya 2011


Hari ni 21 syawal.tak sangka kan dah 20 hari kita raya.aku macam tak rasa sangat sebab tak dapat pergi open houz orang. raya kan kita kunjung-mengunjung antara satu sama lain. harap budak je datang rumah raya tu pon minum takat sekali teguk terus nak balik.cehh..komfom nk duit raya nih.buat penat den je bancuh air.baik bagi air kotak senang.boleh minum tengah jalan.hahahah.jahat betul aku nih kan. 

tahun ni kami sepakat memakai tema kaler biru.yeahh.ini adalah disebabkan tahun lepas dah kaler ungu maka tahun ni warna ala2 lembut gitu.<yuck>haha

tahun ni beraya di klang.kampung ayahanda tersayang. penuh jugak la rumah tu. cuma ada la 1-3 orang tak cukup. penuh kan..dan paling cumel baby khairina.welcome to the family.so far dia yang paling kecik.yang lain sume dah beso..hahaha.ohh. duit raya aku dah bagi.cuma yang ada depan mata la.yang tak de.hehe.sorry ye...limited edition je.

GateAway - PD


 Last 2 week merupakan minggu paling best.sebabnyer aku telah melarikan diri bersama kengkawan ke PD. 2 week in a row okie aku pegi.gila la..

date: 3rd september aku dan ila pergi lepas kerja.just nice sampai sebab check in pukul 3. kami stay kat The Legend Water Chalet. kira 4 star hotel la. nice view sebab duduk kat bangunan main on land. price noleh tahan la RM358 per night. 


masuk je terus jumpa bathroom.haha.kelakar kan ingat salah pintu tadi.besar jugak la bilik air.ade bath tub gitu.  

hurm ni katil king. ada 2 katil yakni katil king and queen. aku chop queen sbb dekat dengan tingkap.hahaha. 


ni balkoni dia. best la kalau nak honeymoon. cuma tu la breakfast dia tak best sgt.kurenggg..makan kt luar lagi sedap agaknyer.

date: 10 september 2011. aku, yasmin dan hanis kami bertiga decide nak pegi PD tapi hotel lain. nama hotel: The Legend International Water Homes. yang ini  5 star hotel sebab atas air dan every room ada swimming pool.wow! menarik kan. oleh sebab kami bertiga je so ambik yang murah suda.haha.rate dia RM512.70 per night.




bathroom yang sangat luas.boleh main sorok - sorok.hahah.

ni boleh tengok laut dari dalam bilik.scary!! kot2 la ade orang menghendap ke.tak ke naya.muahaha.


tadaa..ini lah pool yang ada dibilik.tapi kecik jela.nak beso ambik la bilik beso maka beso la juga poolnya.berendam best tapi tahan jap je sebab sejuk.haha.

hope dapat pegi lagi tapi seronok la kalau pegi ramai-ramai.nak tenangkan diri pon ok jugak.cuma harga agak mahal la.what to do.5 star hotel kan.

Saturday 17 September 2011

Dia atau Diriku - Ungu


sungguh tak mungkin dalam kisah ini kita kan bersatu
bila tak pernah ada perasaan cinta seutuhnya
kini akhirnya kau harus memilih dia atau diriku
yang pantas mendapatkanmu, pantas menjadi kekasihmu

sampai kapankah kita akan bersama
bila tak pernah ada perasaan cinta antara kita
perasaan saling menyayangi
sampai kapankah kita akan bersama
bila kau hanya bisa mencintaiku separuh hatimu
separuh kau mencintainya
sungguh tak mungkin, sungguh tak bisa
kita kan bersama bila kau masih membagi cinta

Wednesday 7 September 2011

Tarikh Lahir Aku

Saya dilahirkan pada hari khamis, 29 mei 1986 bersamaan 20 ramadan 1406.


.

Aku Bukan Mistress - Acik Lana


Mya Arlissa menjadi perempuan simpanan selama 2 tahun setelah mikail membeli dia daripada david dengan harga rm50 ribu. Mya dijual oleh murad a.k.a pak ngah tiri sebab hutang.Namun  perasaan sayang dan cinta mula terbit apabila mya meminta ‘dilepaskan’. Haru biru hidup mikail sebab tidak dapat menerima kenyataan bahawa mya tidak mahu ‘disentuh’ lagi dan ingin meninggalkan dirinya. Adam, sahabat mikail menaruh minat terhadap mya dan akhirnya memperkosa gadis tersebut bagi memuaskan nafsunya. Mya hanya mendiamkan diri kerana khuatir dituduh menggoda adam. Shamil kekasih mya ketika dikampung kembali menagih cinta setelah bertemu mya ketika dia pulang melihat neneknya yang telah meninggal dunia. Api cemburu mikail memuncak bila mengetahui bahawa shamil masuk melamar mya dan menebus tanah pusaka keluarga mya dikampung. Mikail mengambil keputusan menelefon jabatan agama islam agar mya dan dia ditangkap dan berkahwin supaya tidak lagi melakukan dosa. Hidup mereka bahagia sehingga ibu mikail datin adiba mengetahui kedudukan mya dirumah mikail kerana pada pengetahuannya mya hanyalah pembantu rumah dan bukanya perempuan simpanan mikail. Suzanne sepupu mikail meracun pemikiran datin adiba sehingga membawa datin adiba menyerang mya dirumah. Mya hampir keguguran akibat diserang datin adiba dan Suzanne. Terkedu datin adiba apabila mengetahui mikail telah bernikah kerana dia diketepikan anaknya sama seperti ayah mikail, datuk lutfi yang bernikah dengan kekasih anaknya, mikail iaitu lisa secara senyap2. Sebab tu la mikail kecewa bercinta bila ayah sendiri kebas awek dia.*jodoh kan* namun lepas jumpa mya cinta yang hilang kembali menghiasi hidup mikail. Akhirnya rahsia adam merogol mya dan rancangan Suzanne mendapatkan mikail diketahui mikail dan bertindak membelasah adam.*padan muka ko* Suzanne lari meninggalkan bumi Malaysia. Pengujung yang gembira bila anak mikail dan mya menyatukan keluarga datin adiba dan datuk lutfi.  

‘saya tak akan lepaskan awak walau apa pun terjadi’ – mikail

‘mika, saya percayakan awak tapi saya takut….’ – mya arlissa

Thursday 1 September 2011

Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila


Ersalina Imani gadis berusia 18 tahun anak kepada puan Haliza dan encik Badri. akibat terlanjur bersama iqram,  ersalina didapati hamil namun hanya diketahui oleh Dr. suria dan puan haliza. Apabila lamaran datin adibah dan dato hafsam yang menginginkan calon untuk menggantikan  sofea, pengantin yang lari untuk majlis anaknya bagaikan mengantuk disorongkan bantal oleh puan haliza. Zain hakimi berkahwin dengan ersalina tanpa rasa cinta dan bermulalah episod duka ersalina. Ketika zain dan ersalina hampir mencapai kebahagian, ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya. Kecewa dengan penipuan yang dialami kerana padanya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina. Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut sehingga zain melayan ersalina seperti orang gaji dan mencaci hina ersalina namun isterinya tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana disitulah syurganya.  Hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri. Akhirnya ersalina disahkan hamil dan ini mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Rahsia terbongkar apabila datin adibah mendengar perbualan mereka dan menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan anak rakanya tetapi zain tetap mencintai isterinya. “perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending! 

“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi