Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Thursday 22 September 2011

Helicobacter Pylori

Sebelum ni, aku pernah ade sakit gastrik tapi minor la.after buat check up dapat tau yang ada bakteria telah memenuhi perut aku.tidakkk..tapi lepas makan ubat dah ok. semalam buat test lagi sekali dan doctor confirm -ve.yeahhh.happy. =)  

Apekah helicobacter pylori itu? ia adalah sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit ulser dan kebanyakan kes gastriks. bakteria ini membiak dalam perut dan biasanya kita dapat masa kecik2 dulu.ala main pasir, ter - makan benda yang kotor, etc.biasa la budak2 kan..kebanyakan orang ada bakteria ini cuma beza nyer ada yang kronik akan dapat gastrik/ulser kalau tak tak de ape2 pon effect.
antara faktor yang sebabkan bakteria ni jadi ulser ialah merokok, minum kopi, minum minuman keras. kawasan membangun macam KL ni memang senang nak dapat penyakit tu, lagi-lagi kebersihan yang kurang dipraktikan oleh sesetengah orang. 
simptom orang ada bakteria ni
  1. abdominal pain - sakit perut selalu
  2. bloating/fullness - rasa kembung / kenyang
  3. dyspepsia or indigestion - senak atau masalah penghadaman
  4. rasa lapar walaupun baru 1-3 jam makan 
  5. rasa loya - muntah baru rasa lega
ujian akan diadakan bagi mengesahkan anda ada sakit tu antaranya ujian darah, ujian pernafasan dan ujian najis. aku buat pernafasan dengan darah.najis belum lagi.hahah.
sila dapatkan nasihat doktor jika terdapat darah dalam najis anda, sakit perut yang melampau, mengalami masalah penghadaman dan heartburn (sakit pedih ulu hati) dan muntah darah tu dah kronik sangat la kalau muntah darah. bakteria ni juga boleh sebabkan kanser perut dan penyakit ulser lain.maka marilah kita menjaga kesihatan kita.badan nak pakai lama kan.


0 comments:

Post a Comment