Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Saturday 20 December 2014

Beach on Sabtuday

hampir 2 tahun disini, baru nak mencemar duli kat sini. banyak benda boleh tengok dan belajar. ni pun aku pegi sebab ada kenduri kahwin di penawar. alang-alang singgah kejap layan perasaan tepi pantai.bayaran kemasukkan RM2 sahaja untuk ke muzium. 

angin memang kuat tepi pantai. disebabkan hanya berbaju kurung acara mandi manda ditunda. ahahaha. memang tak boleh mandi pon sebab ada bendera merah. bahaya untuk acara mandi, beriadah hanya ditepi pantai sahaja. 



sempat beli fridge magnet untuk kenangan. masa ini air tengah surut. maka boleh la feeling-feeling dalam drama akasia sambil buat klip video OST. *drama sangat*

Lafazkanlah - Rahayudean

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Lafazkanlah kasih
Kalimah cinta
Lafazkanlah saja
Rindu milik kita

Kerana hati ini
Kanyalah buatmu
Setulus hati ku
Ku serah padamu

Oh kekasih
Kekasih janganlah kau pergi
Kerana ku menyayangi mu
Kerinduan ini hanyalah untuk mu

Percayalah ku cinta padamu
Moga realiti bukannya mimpi

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai


ketahuilah aku memang cepat amat sangat mudah *nampak hiperbola disitu* terpengaruh. ini semua disebabkan drama bila hati berbicara. aku memang tidak mengikuti cerita ini sebab dah ada koleksi novelnya. maka jalan cerita dapat dijangka. namun setelah ter-tonton episod entah ke berapa terus aku melekat bak gam gajah didepan TV semata nak tengok kesudahnya. apakah? grrrrr marah dengan diri sendiri.

aku salahkan hero sebab mulut celupar yang suka sakat heroin. berlagak namun kalah bila si jantung hati berada dalam kesusahan. paling geram, tak mahu mengaku suka bila hati dah cinta sudahnya diri sendiri yang merana. *eh eh* yerr lagu juga memainkan peranan penting. disebabkan itu hati terpaut. 



Sunday 14 December 2014

Achik's Engagement


Cerita dah lama tapi nak hapdate jugak.ahahaha.

kali ini, giliran achik pula meminang pilihan hati untuk menjadi suri dalam hidupnya. bertambah jualah ahli keluarga pak din dan cik ton pada 8 November 2014. secara peribadi aku dah lama kenal zira tunang adik aku ni. yela kawan dari zaman belajar sampai sekarang. lama tuuuu. jodoh kan orang kata kalau dah jodoh tak kemana.

majlis jangka tahun depan. moga dipermudahkan segala. 


yerr calon untuk dibuli dah ada. gembira sebab ada teman nak berbicara berkongsi cerita. okay ayat drama akasia sangat aku ni. 

Sunday 9 November 2014

Drama Lagi

Sekali lagi bil tenet aku melambung akibat memuat turun video bagi simpanan dimasa hadapan. Drama setitis kasih damia diterajui oleh sharnaaz ahmad dan nelydia senrose menjadi tontonan. Terpaksa menahan diri dari membeli novel untuk mengetahui kesudahan cerita. Akibatnya menjadi penunggu tegar dihadapan laptop kerana siaran TV9 tidak jelas disini*lap air mata* 

seminggu hanya 2 episod cerita ni. mana tahan bekalan untuk seminggu sampai minggu berikutnya. homaiiiii. hanya mampu pasrohh. sobsss sobss. 

oh ya tanggal 25 oktober 2014, ayahanda tersayang memberikan hadiah gadjet baru. kaler feveret pula. sayang ayah to the moon and back again. ahahahaa. hasrat hati nk beli sendiri menggunakan titik peluh sendiri namun rezeki alhamdulillah. 

buat masa ni menjadi koleksi kesayangan. disebabkan itu juga data plan aku melebihi had sampai kena tambah *tepuk dahi* wahai poket sila bertabah. jarak waktu hingga hujung bulan dirasakan begitu jauh. 

mungkin lepas ni kena berjimat cermat amalan mulia. marilah menabung sekali lagi.


Masih Perlu - Tasha Manshahar

Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka
Mampukah ku menunggu bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku

Meskipun engkau tahu
hati ini masih menyayangi dan mencinta
Tegarnya kau menyiksa disaat diri derita
Mencari engkau tiada
Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaatku masih lagi perlu engkau disini

Aku perlu dirimu
Hiburkan siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu
Oh sayang aku rindu ku cintai kamu
Peluklah diriku hangatkan seperti dulu

Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan mencinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada
Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani

Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi perlu engkau disini


Tuesday 4 November 2014

Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

Walaupun medina izwani hanya anak angkat namun itu tidak pernah menjadi penghalang kepada dato’ Abdullah dan datin aliyah melayan seperti anak sendiri. Kasih sayang yang dicurahkan kepada medina izwani membuatkan nazrin shah cemburu. manakan sama anak sendiri dengan orang luar. Hingga neneknya juga menyayangi medina izwani seperti cucu sendiri. Hati bertambah benci apabila medina membawa cerita pernah menyaksikan kecurangan zita a.k.a teman wanita nazrin menyebabkan pilihan hatinya itu ditolak mentah oleh dato Abdullah dan datin aliyah.

Rasa hormat pada nazrin shah tetap ada walaupun medina izwani dibenci dan dilayan teruk. Kehadiran Megat Shazril sebagai rakan sekelas mengubat sedikit sebanyak kekecewaan medina izwani. Rupanya megat juga menyimpan perasaan padanya namun harus dipendam kerana masih belajar dibangku sekolah.

Hidup medina izwani dan nazrin shah berubah 100% bila nazrin ingin melanjutkan pelajaran ke UK. Nenek menyatakan hasrat hati ingin melihat nazrin berkahwin sebelum ke UK kerana bimbang kisah lama berulang. Pakcik nazrin a.k.a uncle aidil pernah berkahwin diluar negara bersama wanita berdarah Irish ketika menyambung pengajian diluar negara. Namun tidak kekal kerana kecurangan isterinya. Sehingga kini uncle Aidil menduda dan tiffa sepupunya membesar tanpa kasih sayag seorang ibu.

Hancur hati medina izwani bila mengenangkan perlu berkahwin ada usia yang muda- 17 tahun. Banyak yang ingin digapai namun harapan tinggal harapan. Kesihatan nenek yang merosot menjadikan nazrin dan medina tersepit antara kemahuan hati dan kasih pada nenek. Pertunangan dilangsungkan sebelum nazrin bertolak ke UK dan perkahwinan setahun kemudian.  Bayangan Megat shazril dibuang jauh bila sah lafaz menjadi isteri nazrin shah. Janji medina ingin belajar menyintai nazrin sebagai suami namun hati mana yang tidak terluka apabila diberitahu akan diceraikan pada hari pertama menjadi isteri.

4 tahun berlalu, medina menyambung pelajaran dalam bidang sains fizik di universiti pilihanya di penang. Namun disitu juga nazrin memulakan perkhidmatan sebagai pensyarah setelah pulang dari luar negara. Dapat dirasakn semester seterusnya akan menjadi sukar kerana nazrin akan mencari kesalahanya demi menyakitkan hatinya. Tambah haru bila nazrin menjadi pensyarah tutorial subjek yang susah. Makin kelam dirasakan dunianya. Pada teman kuliah niza, husna,  mai dan jue tempat mengadu nasib namun dirahsiakan status isterinya. Pada mereka nazrin adalah abang angkat medina merangkap pensyarah tutorial mereka.

Kehadiran nenek dan keluarga ke penang memaksa mereka tinggal serumah agar pembohongan mereka tidak terbongkar. Lakonan dipersembahka sebaik mungkin. Perancangan mereka  akan berpisah apabila kesihatan nenek beransur pulih. Keputusan nenek dan mak timah a.k.a orang gaji keluarga  menetap di rumah mereka memeranjatkan nazrin dan medina.

Telah medina serahkan hati sepenuhnya untuk nazrin namun apa daya jika zita juga menjadi pilihan hati nazrin. Sedaya upaya dipujuk hati agar tidak terus mencintai  lelaki bernama suami kerana akhirnya akan kecewa jua akhirnya.

Kehadiran zafril mengingtkan medina kepada megat shazril. Lelaki itu menghulurkan salam perkenalan namun disambut dingin oleh medina kerana tahu batasan diri. Suara dan perlakuannya seakan megat shazril. Namun bayangan lelaki itu telah lama dilupakan sejak menjadi isteri nazrin.

Kemahuan nenek yang ingin bercuti ke Cameron highland bersama diturutkan medina dan nazrin. Hanya kesihatan nenek yang menjadi nadi dan keutamaan mereka. Perubahan sikap nazrin yang mula berlembut merunsingkan medina. Jika dahulu ada sahaja yang ingin dibalahkan namun kini nazrin lebih suka menyakat dari menyalahkan dirinya. Perancangan bertukar saat akhir tatkala medina terdengar nazrin berbincang mengenai zita. Sangkanya nazrin ingin bertemu zita ketika mereka bercuti bersama nenek. Hancur luluh hati mengenangkan ikatan yang selama ini dipertahankn hampir ke hujung. Rupanya nazrin ingin menemui zita yang sedang bercuti bersama kekasih hatinya di bali. Maklumat diterima dari alif rakan baik membawa nazrin yang secara senyap menemui zita di dalam pelukan lelaki lain. 

Terbongkar muslihat  zita selama ini yang hanya mempermainkan nazrin. Diluahkan perasaan pada medina. Hati medina lega dan gembira tatkala nazrin melamar diri menjadi isteri sepenuh masa. Hanya tuhan yang tahu betapa cinta dan hati telah diberikan pada lelaki bergelar suami itu.

Panggilan telefon dan kehadiran orkid dihalaman rumah dari megat shazril merimaskan medina. Telah dikhabarkan diri hanya milik nazrin namun lelaki itu seakan tidak mengerti. Dirahsiakan segala dari pengetahuan nazrin agar lelaki itu tidak risau akan dirinya.   

Rahsia bahawa nazrin suami medina terbongkar apabila mereka terserempak ketika makan tengah hari di queensbay mall. Dijelaskan segala-galanya dari mereka bergelar adik beradik angkat hingga menjadi suami isteri.

Hati medina merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena bila niza dan zafril menjalin hubungan. Kelakuan niza seakan berubah dan tidak mementingkan pelajaranya. Segalanya terjawab apabila sebenarnya zafril menggunakan niza untuk mendapatkan medina. Rupanya megat shazril adalah abang kepada zafril yang telah mengambil tindakan nekad menelan pil akibat kecewa ditolak medina. Akibatnya megat shazril meninggal dunia dan disebabkan kelam kabut ingin melihat keadaan megat shazril, kedua ibubapanya terlibat dalam kemalangan. Dendam kesumat zafril pada medina kerana telah merenggut nyawa ahli keluarganya. Niza dan medina dikurung dibanglo kosong dan ketika ingin membawa medina berkahwin ke Thailand, pihak polis telah menyerbu kawasan tersebut atas bantuan alif yang terlihat kereta medina di banglo usang.

Bahagia milik nazrin dan medina bila dikurniakan nawra marissa sebagai penyeri rumah tangga mereka. Majlis konvokesyen penuh bermakna buat medina dan rakan-rakan kerana berjaya mendapat segulung ijazah. Rupanya alif dan niza diam-diam menyimpan perasaan. Happy ending

"medina izwani, sudi tak jadi isteri sepenuh masa aku" - nazrin shah

"setiap hari wani berdoa supaya cinta kita bersatu dan alhamdulillah doa wani dimakbulkan allah" - medina izwani

Monday 13 October 2014

Sembunyi Rahsia - Asmidar



Pernahkah kau terfikir
Rindu ini hadir menghangatku
Hadir bicara cinta
Yang menyapa di lubuk hatiku
Dan kau tersenyum
Mengerti
Menyahut hatiku yang menanti

Kenangan dulu
Mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku
Mimpi indah pasti bersatu
Ohhh...

Pernahkah kau terfikir
Rindu ini hadir menghangatku
Dan kau tersenyum
Mengerti
Menyahut hatiku yang menanti

Kenangan dulu
Mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku
Mimpi indah pasti bersatu
Ohhh...

Di balik kata sembunyi rahsia
Tak ku jangka dirimu yang bertakhta

Kenangan dulu
Mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku
Mimpi indah pasti bersatu
Ohhh...

Sering percaya
Betapa rasa indah yang tercipta
Mengajar diriku
Erti sebenar bahagia

Di balik kata sembunyi rahsia
Tak ku jangka dirimu yang bertakhta








masih demam zill faezrul. tak kebah lagi. ahahhaa. okay feveret pose aku. dear future hubby, tolong hug saya camni.*muntoh hijooo* 

Tiqa's Wedding

i love wedding!! 

main reason adalah untuk berpoya-poya bersama rakan-rakan setelah penat bekerja. 

majlis atiqa kat muar pada 27 september 2014. aku dan nurul ambik hapday sesaje jumaat tu pegi muar makan mee bandung. wuuuuu~ nampak tak permainan disitu. malam pula ajia sampai dari kuala. oh ajia dah jadi orang kuala lumpur sekarang. terbalik dengan aku. hahahha. malam pergi dinner a.k.a supper untuk hapdate diri memasing. lebih kepada gossip diri sendiri. *puihh* 

tempat penginapan ditaja penuh oleh pengantin. buat susah-susah je. *ahaks* rezeki jangan ditolak ye idok. breakfast kami makan kat bandar muar. nama kedai aku lupa. janji jenjalan yang penting.


yerr kami suka selfie tak nampak gigi sebab memasing pagar senget. kah!kah!kah! 

moga atiqah dan adnan bahagia hingga hujung nyawa. amin ya rabbal alamin. so tinggal aku dan ajia. mari teka dan menang siapa dulu. *nyorok bawah tangga*

Monday 22 September 2014

Nurul's Wed

kenduri yang dah lama tapi nak update jugak. ahahaha. Akhirnya Nurul dan Hezri mengikat janji sehati sejiwa dalam ikatan yang halal pada 22 Ogos yg lalu.*motip ayat bunga2*

macam biasa, aku memang suka wedding. ambik cuti untuk hadir memeriahkan suasana dengan harapan masa kenduri aku nanti ada jua insan-insan bisa menghadirkan diri untuk manusia kerdil ini. *jiwang in the house* ahahhaha 

majlis yang sangat sederhana namun meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai.


antara kami berlima tinggal aku dan ajia masih bujang yakni belum berkahwin. maka berlumba-lumba teka siapa dulu yang akan menyusul. tekaan aku mestilah ajia dulu sebab dia punya kekasih hati, namun jika tertulis jodoh aku sampai tahun ni juga nak tolak pon tak boleh kan. ahaks *gelak gedik* iyerr sila mual.




Friday 8 August 2014

Rindu Awak 200% - Liyana Zahim


Setelah kematian tunang tersayang dalam kemalangan jalan raya, zill faezrul telah menutup rapat hatinya untuk bercinta lagi. Padanya tiada perempuan sebaik Esyana. pertemuan iqbal, ayah zill faezrul bersama rakan baik iaitu pasangan zahirin dan raziqah membuka lembaran baru buat zill faezrul. Hasrat iqbal ingin melihat zill faezrul berumah tangga sebelum menutup mata. Dipujuk zill faezrul agar bertemu armel aisya yang baru tamat belajar di Chicago iaitu anak kepada zahirin dan raziqah. Sebagai anak, zill faezrul turutkan jua hasrat ayahnya  kerana  hanya iqbal nadi hidupnya setelah kematian ibu.

Armel aisya tidak menduga kepulangannya setelah 5 tahun akan disambut dengan berita perkahwinannya bersama anak rakan baik papa dan mamanya. Kusut fikiran armel aisya bila memikirkan perlu sehidup sebumbung dengan lelaki pilihan keluarga. Pada Daria juga tempat dia meluahkan perasaan, rakan baik ketika belajar di Chicago. Tanpa pengetahuan keluarga armel aisya mempunyai kekasih hati raizil dillen namun panas disangka hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Raizil hanya menganggap armel aisya sebagai teman biasa tidak lebih dari itu.

Zill faezrul telah menghantar rombongan meminang setelah melakukan solat istikharah. Padanya mungkin ini jodoh yang telah ditetapkan untuk dirinya. Pertemuan zill faezrul dan armel aisya membangkitkan rasa marah dan benci dalam diri armel aisya kerana sikap zill faezrul  yang tenang. Padanya zill faezrul hanya lelaki kampung yang tidak punya kelulusan serta terdesak untuk berkahwin. Hinaan serta tuduhan dilemparkan sehingga membuatkan zill faezrul mengambil keputusan untuk membatalkan pertunangan mereka. Armel aisya bersorak gembira kerana rancanganya berjaya. Namun pertemuan antara Raizil dan tunangnya mencetuskan rasa tidak puas hati kerana melihat raizil bahagia. Sengaja Armel mencipta alasan bahawa dia akan berkahwin dan menjemput raizil serta tunangnya. Armel aisya merasakan kemenangan berpihak padanya kerana berjaya menunjukkan bahawa dia juga boleh bahagia tanpa raizil.

Perkahwinan diteruskan dan ternyata armel menyesal atas persetujuan yang telah diberikan. Lafaz cerai dipohon dari zill faezrul 2 hari selepas majlis berlangsung. Namun zill faezrul tetap dengan keputusan untuk tidak menceraikan armel aisya. Hatinya kuat menyatakan bahawa keputusan yang dilakukan adalah tepat.azad, rakan seperjuangan juga menyokong tindakan zill faezrul. Kehilangan zill faezrul selama beberapa hari membuatkan armel aisya tertanya tentang pekerjaan zill faezrul. Sangkanya zill faezrul hanyalah juruteknik di KLIA namun sebenarnya zill faezrul merupakan juruterbang a.k.a pilot *wuuuu I loike*

Armel aisya menerima tawaran bekerja di bangsar namun tidak menduga raizil juga merupakan staff disitu. Puas armel aisya mengelak dari bertemu namun raizil tetap mendekat memohon kemaafan atas kekhilafan yang lalu. Namun benteng marah akhirnya reda dan armel aisya kembali meluangkan masa bersama raizil setelah terserempak zill faezrul bersama jaslieyatul iaitu teman serumah arwah esyana. niat zill faezrul ingin membantu jaslieyatul membeli barangan perkahwinan namun disalah erti oleh armel aisya. 
Perang dingin meletus dan armel aisya mengambil tindakan untuk keluar bersama raizil bagi menghilangkan rasa marah terhadap zill faezrul. Armel aisya kerap pulang lewat dan zill faezrul pernah menyaksikan kemesraan raizil menghantar armel aisya pulang.

Kemuncak kesabaran zill faezrul apabila armel aisya keluar lewat malam mengikut raizil ke bangi setelah dihalau keluar rumah oleh zahirin dan raziqah. nasib armel aisya tidak menyebelahi apabila sebenarnya raizil hanya ingin mengambil kesempatan keatas dirinya. Maruah armel aisya diselamatkan oleh daria dan zill faezrul. Terbit kekesalan dalam diri armel aisya setelah nyawa dan maruahnya hampir hilang akibat kedegilannya. Namun tika hati armel mula terbuka luas untuk zill faezrul, dugaan datang menuntut ketabahan dan kesungguhan armel aisya. iqbal meninggal dunia sebelum sempat armel aisya pulang untuk meminta maaf atas kekhilafan diri. Hanya pusara yang menjadi tanda. Ternyata air mata darah tidak mampu mengembalikan iqbal dan secara tidak langsung telah memusnahkan kepercayaan zill faezrul kepada armel aisya. padanya armel aisya tegar melumatkan perasaan iqbal walhal lelaki itu hanya ingin bertemu dengan menantunya. Ego seorang suami dan anak membuatkan zill faezrul dingin terhadap armel aisya. hati yang terluka sukar diubati.

Bukan mudah untuk armel aisya mendapatkan kemaafan dari zill faezrul. Perubahan sikap armel aisya akhirnya membuka pintu hati zill faezrul untuk melupakan segalanya. Diari hijau zill faezrul membuka mata armel aisya tentang soal jodoh. Rupanya zill faezrul dan esyana pernah bertemu denganya ketika armel aisya membuat kerja sambilan mengambil gambar. Dan istikharah zill faezrul membawa kepada armel aisya, perempuan yang ditemui 7 tahun lalu. Sesungguhnya perancangan allah itu mendahului segalanya. Akhirnya armel mengetahui pekerjaan zill faezrul.

Kejutan dilakukan armel aisya apabila menyambut kepulangan zill faezrul di lapangan terbang. Tergamam zill faezrul tatkala melihat kelibat armel aisya. niatnya mahu berterus terang selepas kepulangan dari london namun ternyata armel aisya mendahuhuinya.
Luahan hati ke hati dilakukan oleh armel aisya dan zill faezrul. Diterangkan  pada zill faezrul keterlanjurannya membaca diari dan alasan untuk berkahwin. Ternyata keikhlasan zill faezrul menerima dirinya membuatkan armel aisya sebak. Hanya armel aisya untuk zill faezrul. Noktah.

Percutiaan bulan madu ke turki diganggu oleh kehadiran Irene teman sekerja zill faezrul yang memendam perasaan padanya. Diluahkan perasan kurang senang dengan sikap Irene yang menjengkelkan kepada  zill faezrul. Namun tidak diendahkan oleh suaminya. Armel aisya menerima tawaran bekerja semula ditempat lama setelah diberhentikan akibat mengambil cuti tanpa kelulusan CEO *alasan tak logik nak buang orang* namun ditolak atas alasan mahu membuka perniagaan sendiri.  Rupa-rupanya CEO tempat armel bekerja merupakan rakan baik zill faezrul. Segala perancangan dilakukan bagi memastikan armel aisya sentiasa dalam pengetahuannya. *auwww manis sungguh* dengan bantuan zill faezrul, armel aisya berjaya membuka butik online “armelaceaisya”   

Kepada zill faezrul diluahkan perasaan kekesalan dan kekasaran yang dilakukan william a.k.a teman lelaki Irene. Hakikatnya kekasaran yang dialami Irene dibuat olehnya sendiri *pompuan psycho*  demi meraih perhatian zill faezrul. Kata-kata armel dahulu ternyata memang benar. Dirahsiakan dari pengetahuan armel aisya oleh zill faezrul. Fitnah dilemparkan Irene pada zill faezrul apabila memulangkan jaket kepunyaan zill faezrul kepada armel aisya. Pertengkaran berlaku antara armel aisya dan zill faezrul.

Irene bertindak nekad menikam zill faezrul apabila merasakan zill  faezrul tidak memahami perasaanya. Hanya tuhan yang tahu perasaan armel aisya ketika mengetahui suami tercinta di masukkan ke hospital. Zill  faezrul hanya cedera ringan. Irene ditahan polis untuk siasatan lanjut. Esyan hadir sebagai penyeri dalam kehidupan mereka.

Rahsia Daria terbongkar apabila armel melihat kereta Ezril a.k.a sepupu armel yang kacak. *aummm* di rumah Daria. rupanya mereka ada hubungan tanpa pengetahuan armel. Akhirnya bahagia milik rakan baiknya.

Demi Allah walau macam mana sekalipun abang tetap akan ada di sisi mel – zill faezrul

Saya akan tunggu awak – armel aisya


Sunday 3 August 2014

Alyah - Sesal Separuh Nyawa

andai pastinya ku tahu
takkan aku tinggalkanmu
namun masih keliru teringat masa lalu

tetap tiadaku lupakan 
indah setiap sentuhan
cinta yang kau tinggalkan 
kekalnya berdampingan

mana harusku hamparkan
rindu tiada kesudahan 
sesal biar separuh nyawa
takkan hilang

masih terasa nafasmu
lembut menusuk jiwaku
dengan dihembus bayu
membawa khabar rindu

tapi sulit kuteruskan 
engkau jauh kehadapan
aku tabah berjalan sembunyikan harapan

mana harusku hamparkan
rindu tiada kesudahan 
sesal biar separuh nyawa
takkan hilang

separuh sayangmu dihati, separuh lagi kau bawa pergi
tiada arah jodoh kita
tuhan tentukannya

mana harusku hamparkan
rindu tiada kesudahan 
sesal biar separuh nyawa
takkan hilang


Raya 2014

Salam lebaran buat semua. Maaf salah dan silap andai ada terkasar bahasa serta mengguris perasaan.  Bukan niat dihati, mohon maaf atas kekhilafan diri.

Raya tahun ini kami sekeluarga beraya di ulu cheka, perlok – Pahang. Kampung mak. Baju raya pula hanya re-cycle dari majlis kenduri angah *bajet belanjawan*

Alhamdulillah raya tahun ini angah dan isteri beraya bersama. Pelik juga sebab biasa lepas kahwin biasanya lelaki beraya dirumah mertua. Bertambahlah ahli keluarga pak din dan cik ton.

Jika tiada aral melintang hujung tahun ini aku akan dapat adik ipar lagi. Yeay! Happy giloss. Adik ke-2 berhasrat nak menyunting kekasih hati – bertunang dulu hujung tahun ni. Harap segala dipermudahkan bagi mereka.



Tahun ni cuti raya hanya ambil sampai raya ke-4 sebab raya ke-5 dah kerja. Baki cuti masih ada namun berjimat cermat amalan mulia. Mana tahu ada kecemasan boleh la gunapakai kan. 


Tuesday 8 July 2014

BFF

tak sangka hampir 1 tahun 6 bulan aku dah menjadi penduduk pasir gudang. cepat sungguh masa berlalu. dan paling tak sangka aku dipertemukan dengan mereka. sungguh aku bersyukur kehadiran mereka membawa erti dalam hidup aku *nampak ober plak ahahhaha* sebagai perantauan di sini. 

bukan mudah mencari kenalan yang memahami dan bertolak ansur dengan kita. mereka tempat aku bermanja tatkala keluarga jauh dan tempat mengadu tatkala dilanda masalah. 

moga persahabatan kita dirahmati Allah jua. 

"seandai secebis kebahagian aku mampu membahagiakan dirimu teman, aku rela kau ambil kesemua milikku kerana itu yang penting - kebahagianmu"

*jiwang dah maiii dah*    

Wedding Angah

akhirnya tanggal 31 May adik aku selamat bergelar suami kepada hidayah. otomatik aku ada adik ipar untuk dibuli. miahahaha. alhamdulillah majlis berjalan lancar walau ada kekurangan harap dimaafkan. kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan dalam menjalankan majlis kami.

sejujurnya, aku agak kekok kerana ada insan lain yang berkongsi keluarga aku namun bila keserasian wujud semua tak menjadi masalah. *okay aku pelik -_____-* 

baju? nasib muat sebab ukuran yang diambil adalah 2 bulan sebelum majlis dan bila siap tinggal 1 minggu sebelum majlis. berat badan naik mencanak-canak tak payah cakap. aku rasa nak pitam makan cereal. *yer cara diet aku salah* virus malas dalam diri semakin tepu macam lemak dalam badan ni.

penyakit baru aku dapat masa majlis ni, ringworm kat muka yang tak mahu elok hampir 4 bulan. aku pasrah *drama disitu* kecantikkan tu subjektif. Allah beri nikmat wajah kita cantik, dan Allah jua boleh tarik nikmat tu dari kita bila-bila masa. 

doa aku moga masjid yang dibina diberkati Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. amin ya rabbal alamin  

Bulan Ramadhan 2014

salam ramadhan al-mubarak. diam tak diam dah masuk 10 ramadhan. alhamdulillah diberi kesempatan bertemu ramadhan kali ini. moga amalan yang dilakukan diberkati Allah jua hendaknya.

persiapan raya - sederhana macam tahun lepas. cuma sampul perlu berlebih kerana ahli keluarga dah bertambah, sepupu juga serta anak kawan-kawan yang bertambah tahun ke tahun. *senyum manis* rezeki yang dapat kita kongsi sesama sikit.  

Tuesday 6 May 2014

Nisha's Wedding

tahniah buat khairunnisa dan suami syazwan. moga berbahagia hingga ke jannah. kenduri pada 5 april 2014 tapi aku baru terhegeh nak muat naik.*ada aku kisah* 

moga cepat-cepat dapat baby :) 

dari kami berempat yang bersekolah agama di taman mawar, tinggal aku sorang yang masih solo. nisha,norbaya dan leen dah selamat mendirikan masjid. *doakan aku* wedding norbaya je aku tak dapat pegi sebab jauh nun utara.

Friday 14 March 2014

Kain = Baju = Kenduri

Tahun ni keluarga en zairudin dan puan zaiton akan menerima menantu perempuan pertama. Anak teruna akan menamatkan zaman bujang *langkah bendul kakak dia* excited sebab dapat tambah ahli keluarga dan nervous sebab kenduri pertama dalam keluarga. Tak pasti nak handle macam mana. Al-maklumlah tak pernah buat event kan. *poyo sangat*


Ni tema warna pihak kami untuk majlis bertandang. Aku masih konpius nak pilih design apa. Yela dengan struktur badan dan template muka yang tak berapa nak anggun ni kena la pilih yang sesuai supaya tidak mengundang bencana dikemudian hari.

Harap majlis nanti berjalan lancar dan mendapat keredhaan ilahi jua hendaknya

Macam biasa soalan cepu emas, cepu gangsa, cepu perak dan cepu seangkatan akan dilayangkan kepada anak gadis merangkap kakak pengantin *lap peluh* dan senjata yang akan digunakan ketika ini pastilah killer smile dengan ‘pagar senget’ a.k.a gigi aku *muntah hijau darab enam juta kali*

Wednesday 15 January 2014

Lagu


Bila bait lagu bisa menggambarkan segalanya.
Hanya perlu mendengar dan memahami.


Rasa yang pernah ada.
Datang tanpa dipinta pergi tanpa rela


Kegilaan drama bersiri

Hati bila dah suka, semua kekurangan seakan tidak wujud. Nampak tak mukadimah disitu. Hahaha. Kegilaan drama bersiri kembali. Kali ini lebih parah bila drama melayu dan hindi bergabung menjadi 4 siri yang perlu ditonton setiap hari. Dan yang menjadi mangsa pastilah aku kerana data plan yang harus ditambah dari masa ke semasa demi memuat turun video bersaiz besar *rasa nak pitam tengok bil tenet aku*



1) drama ariana rose
Cerita adaptasi novel the wedding breaker. Mempunyai aura yang tersendiri. Mula membaca bila mengetahui kewujudan dikaca tv. Maka bermula pencarian novel dan pembacaan demi menghayati jalan penceritaan.



2) drama bukan kerana aku tak cinta
Adaptasi dari novel juga. Masih mengekalkan tajuk yang sama. Ternyata kemunculan dua hero kesayangan mampu membuatkan aku melekat ditambah jalan cerita yang berbeda dari yang lain.  


3) drama iss pyar ko kya naam doon..ek baar phir
Tajuk yang sama dari drama sebelum ni *ala2 kesinambungan gitu* namum jalan cerita yang berbeda dari yang dulu. Lagu latar yang best berserta hero yang romantic. *wajib la kan*



4) drama rang rasiya
Berlainan dari drama streotaip, kisah seorang tentera yang tegas dan gadis kampung yang teraniya.*hero gagah* lagu latar juga yang best.


Sudahnya bila balik rumah kesayangan, acara memuat turun video dilakukan kerana tenet laju dan disimpan dalam storan kebal *hardisk* demi mengulangkaji ketika berada jauh diperantauan. *bijak sangat*