Sekali lagi bil tenet aku melambung akibat memuat turun
video bagi simpanan dimasa hadapan. Drama setitis kasih damia diterajui oleh
sharnaaz ahmad dan nelydia senrose menjadi tontonan. Terpaksa menahan diri dari
membeli novel untuk mengetahui kesudahan cerita. Akibatnya menjadi penunggu
tegar dihadapan laptop kerana siaran TV9 tidak jelas disini*lap air mata*
seminggu hanya 2 episod cerita ni. mana tahan bekalan untuk seminggu sampai minggu berikutnya. homaiiiii. hanya mampu pasrohh. sobsss sobss.
oh ya tanggal 25 oktober 2014, ayahanda tersayang memberikan hadiah gadjet baru. kaler feveret pula. sayang ayah to the moon and back again. ahahahaa. hasrat hati nk beli sendiri menggunakan titik peluh sendiri namun rezeki alhamdulillah.
buat masa ni menjadi koleksi kesayangan. disebabkan itu juga data plan aku melebihi had sampai kena tambah *tepuk dahi* wahai poket sila bertabah. jarak waktu hingga hujung bulan dirasakan begitu jauh.
mungkin lepas ni kena berjimat cermat amalan mulia. marilah menabung sekali lagi.
0 comments:
Post a Comment