Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Sunday 31 July 2011

Bila Hati Kata Sayang - Marissa


Sayang sangat dengan dia. Sayang sangat-sangat!

Haaa tulah perkataan yang selalu Atiqah ucapkan dalam hati bila syed adriz layan dia dengan penuh kasih sayang. Syed Adriz jatuh cinta pandang pertama bila atiqah menangis disisinya selepas kematian ayah atiqah dan bermula saat tu syed adriz berjanji akan menjaga dan membahagiakan atiqah. 10 tahun kemudian,  atiqah menerima pinangan dari anak saudara pakciknya kerana ingin membalas budi menjaganya selama ini. So dijadikan cerita syed adriz tu la anak saudara pakciknya. Atiqah jatuh cinta dengan guest tempat dia bekerja (tukang kemas bilik kat resort) selepas dia bertunang tanpa diketahui bahawa mamat tu tunang dia. Yela tunang pon tak tengok muka mane la nak tau sape kan.rupanya tunang dia saje je nak skodeng sebab nak tau hati budi sebelum kahwin.ohh so sweet.

Hurm boleh agak kan ending macam mane. Tapi konflik jadi lepas depa kahwin sebab nenek adriz tak suka dengan atiqah sebab dia bukan keturunan syed-sharifah. Biasa la “antara dua darjat”. Plus mak kandung dia tinggalkan dia masa kecik sebab nak kahwin orang berada.ewuuu kejam btol. Last2 dapat tau yang mak ngah adriz ialah mak kandung dia.hadoiii..so selamat membaca!


   

Tuesday 19 July 2011

New Serial - Iss Pyar Ko Kya Naam Doon


Alright this is my new addict = watching hindi serial.apa kan daya aku ni berjiwa sentimental maka bila lagu mendayu dan hero hensem adalah sangat menggoda *uiks gatai benor bunyi nyer* maka inilah hasilnya. sebuah serial kat channel star plus every monday to friday. and of coz la hero nyer menjadi pujaan *buat masa ni la* so bawah adalah sedutan romantis dalam cte nih.*pada aku la*
Gagahnye la abg Arnav Singh Raizada (ASR) ni angkat Kushi. adeh...pengsan jap la.muahaha

Sunday 10 July 2011

Peperiksaan


Setelah lama tak menduduki peperiksaan aku dikehendaki menjalani peperiksaan pada hari sabtu depan.ohh tidakkk~ kepala otak aku nih dah tepu weh nak buat exam. aku tawakal je. kalau ade rezeki insyaallah dapat tapi kalau tak dapat maybe bukan rezeki aku..persiapan exam: membaca surat khabar, tengok berita, buat latihan math form 5 dgn form 3 serta menyelesaikan masalah rumah tangga org * part time je* hahaha. doakan aku ye kawan2..yeah!

Hadiah Birthday


Ok walawpun agak lambat tapi nak bagi tau jugak. Yela dah tua-tua ni bila celebrate birthday rasa macam kanak2 riang pulak. Hadiah tak payah cakap la.memang susah nak dapat. Masa kecik2 dulu senang je. Mungkin faktor umur kot.


cuba teka ape ni.haha.jawapan nyer adalah lampu bilik tido.bila pasang je suis ikan2 tu akan bergerak dan mengelilingi bulatan.*eh yeke bulatan* neway maybe sebab selalu bergelap nk solat tu pasal ayah beli kan hadiah ni.muahaha.

okeh ni pulak hadiah dari shikin, opismate a.k.a mak buyung .ini adalah sejenis tabung yang boleh ditabung.wakaka.cumel kan.kaler pink gitu.lepas ni makin rajinlah saya menabung.*macm la selalu sgt menabung kan*

Monday 4 July 2011

Pencuri


Hari ni masuk opis sume PC dah hilang sebab kena curik. Gila la pencuri ni rembat semua PC kat opis nih. Aku  tak sempat save folder2 aku dalam tu.bengong btol la..dalam opis ni tak de CCTV dengan alarm so susah nak cari siapa pencuri tu. Nasib badan.ntah2 tahun ni tak de bonus sebab budget dah lari upgrade opis.huhuhuhu.tak pe la dah tak de rezeki kan.T_____T

Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada

Aku start suka novel ni sebab baca kat blog penulisan2u http://penulisan2u.blogspot.com/ akhirnya novel ni dapat la diterbitkan. hurm tengok tajuk pon dah boleh agak kan jalan cerita dia.gaya bahasa yang sangat sempoi dan lawak yang kadang2 buat aku ketawa sorang *nasib baca sorang2 kat bilik* ada jugak pengaruh hlovate dalam cte ni.maybe penulis minat dengan hlovate kot. 

cerita antara nur alia airysha dan muhammad danial franz yang berjumpa secara tak sengaja ketika di KL sentral apabila danial terlanggar alia. Danial dengan ego nyer dan alia yang garang macam singa bila berjumpa asyik nak bergaduh dan akhirnya danial  ingin mendapatkan cinta alia tanpa merendahkan ego dia, sanggup buat kontrak dengan alia. Tapi kejap je sebab alia dah buang kontrak tu masa malam pertama. Banyak happy scene.Gado scene pon ade gak masa danial dapat tau ex-bf alia dtg cari alia dan ex-gf danial yg gatal nak kahwin dgn danial. 

hurm cte stereotype mcm biasa kita tengok tu. cuma apa yang agak menarik perhatian aku karekter alia yang garang tapi ciri2 muslimah sejati tetap ada.menjaga aurat dan tataterbit umat islam. kagum! macam karekter amni dlm cte stanza cinta. okeh aku dh start baca novel tu dan agak berbeza dari novel lain. so far aku suka sbb banyak kata2 nasihat yang aku boleh belajar dari cerita novel tu. *poyo sgt ke ayat aku ni* =)