Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Sunday 15 April 2012

Anniversary Mommy & Daddy

Tahun ni hajat nak sambut anniversary mak dan ayah di luar.nak belanja makan.adik-adik juga semua ada.agak susah ye nak berkumpul sebab semua sibuk.maka setelah dikaji tempat yang paling seswai nak celeb kat istana bambu, ampang. 


sebelum datang dah booking awal siap order makan sebab takmo lambat. al-kisah dari survey dijalankan service disini agak lambat berbanding biasa maka atas kesedaran ini aku buat booking awal berserta makanan sekali. makanan sampai on time jugak la. takde la lama sangat menunggu. 


alhamdulillah kami kenyang menjamu selera disini. lauk juga sedap.*lidah tak reti nak beza* hahah. neway hajat hati nak bawak family makan luar terlaksana. sungguh aku happy dapat spend time dengan family sebab keluarga je yang mampu buat aku teruskan hidup yang mencabar ni *sangat la emo* LOL =)

ini lah cinta hati beta =) susah gila nak ambik gambar ni sebab takde orang nak tolong ambikkan. camera aku masuk tom yam gara-gara nak ambik gambar ni. *bau tomyam sebulan tak hilang* 

andai ingin makan disini dinasihatkan buat booking dulu ye. oh ya diet aku juga terpaksa dilupakan sebab takkan nak makan salad je.nghahaha.penat datang jauh makan salad je.ceh! alrite selamat menjamu selera =)

Thursday 5 April 2012

Temporary Office

sejak minggu lepas aku telah berpindah ke CGGVeritas sebab depa nak secretary untuk buat petronas safety passport (OSP) maka aku jua telah dilantik menjadi secretary itu. disinilah aku bertugas buat sementara waktu sampai projek siap. setiap hari aku kena redah KL sebab opis depa ni kat bangunan bank islam kat jalan perak *parking rm10 per entry*  yelah manja kan dah biasa opis kat puchong tak jammed tetiba kena masuk KL pulak. best sebab dapat tengok opis orang dan tempat baru. *cliche okay*
 ni pas nak masuk opis beso depa. seronok campur penat. seronok dapat jumpa ramai orang dan penat nak kena ulang alik dari opis puchong ke sini pastu balik rumah. tapi ini yang dinama kan pengalaman kan. 

Buku

buku diatas telah dibelanja oleh adik tersayang sebab ada baki voucher 1 malaysia tu. aku hanya mampu pilih ape adanya sebab tak banyak pilihan kat popular ioi mall nih. terima kasih adikku diatas pemberian ini. *perasan tak byk tajuk isteri* - apekah ini petanda *panggggg*


bulan ini agak istimewa sebab pesta buku akan berlangsung. harapan agar dapat ambil leave macam tahun lepas dan bershopping sakan.*sebulan ikat perut sebab nak beli buku*

Cousin's Wedding

last week, 31 march bertempat crystal crown pelabuhan klang majlis menyambut menantu pihak lelaki yakni cousin aku telah berlangsung. sebelum ni majlis nikah dan sanding belah perempuan diadakan di melaka. tema kaler seperti diatas - oren. amacam kelas tak.oh ya aku juga dilantik menjadi pengapit *ambik berkat mana tau lepas ni aku* so macam biasa la aku kena mengikut tema. 


tahniah kepada abg hafiz dan kak ida.moga kekal hingga anak cucu. tahun depan tambah ahli keluarga baru.untung jadi pengapit sebab dapat tido hotel. *mak pengantin bagi bilik sebab dia nak tido rumah* 


dan semestinya bila dah berkumpul ramai-ramai, aku akan menjadi tumpuan sebab cucu  sulung perempuan hj mohd noor and hjh patiah belum ada tanda-tanda nak menamatkan zaman bujang. *pengsan nk tepis soklan cepumas*


hujung tahun ni insyaallah cousin aku juga akan menamatkan zaman bujang so tinggal aku yang paling tua belum ada desas desus nak kawin. seronok sebab semua sibuk nak tau bila aku nak kawin tapi tak syok sebab penat nak jawab satu-satu. rasa nak buat press conference je.senang semua boleh tau sekaligus.  


ape-ape pon aku suka wedding!   ^_^