Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Sunday 1 December 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi


Ahmad ziyad a.k.a jebat kehilangan abah dan ibunya apabila mereka dibunuh oleh kongsi gelap yang mengejar uncle kwan dalam satu insiden. Abah jebat pernah terlibat dalam kumpulan kongsi gelap bersama bujang dan uncle kwan namun selepa berkahwin ibu jebat semua itu ditinggalkan. Jebat mempunyai abg tiri, wahab (berlainan bapa). Hidup bersama pakcik Khalid (adik ibunya) ibarat neraka apabila dimaki dan dipukul kerana khalid gagal mendapatkan keris pusaka dan mewarisi ilmu persilatan daripada ayahnya (datuk jebat). Kesemuanya diwariskan pada ayah jebat walaupun dia berdarah cina. Uncle kwan datang mengambil jebat dan wahab tinggal bersama pakck Khalid.

Masa berlalu, jebat membesar sebagai ketua gangster kumpulan double dragon *bad boy aummmm* dan berjaya memiliki kemewahan ketika umurnya masih remaja. Tiger  a.k.a anak uncle kwan merupakan orang kanannya. Jebat juga mempunya koleksi wanita yang sering bertukar ganti namun airen a.k.a anak uncle bujang tetap setia menanti di villa mewahnya.

Pintu hati jebat terbuka untuk bertaubat ketika singgah di masjid berhampiran selepas pulang mabuk. Ditinggalkan segala kemewahan dan keluarga uncke kwan demi mencari keredhaan ilahi. Dikampung, jebat bekerja dikolam ikan milik uwais rakan abangnya wahab. Tekad jebat untuk melupakan segalnya dan memulakan kehidupan baru.

Namun pertemuan dengan Hannah mastura merubah hidup jebat. Mastura pula jatuh cinta pada jebat dan berusaha untuk memiliki jebat. *meroyan a.k.a obsess* bermacam cara dilakukan bagi memiliki sekeping hati jebat. Tercabar kerana belum pernah ada lelaki menolak dirinya *hot sangat* namun jebat masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak menyimpan apa-apa harapan kerana sedar akan kekurangan diri.

Akhirnya mereka bernikah setelah mastura membuat acara mogok lapar sambil pengsan kerana enggan ditunangkan dengan sepupunya aryan aiman seorang cif inspektor di bukit aman. Terpaksalah Hannah maryam, a.k.a kakak mastura turutkan juga kalau adiknya mahukan jebat walaupun sebenarnya dia tidak yakin dengan piliham adiknya itu kerana jebat tidak mempunyai apa-apa untuk membahagiakan mastura. Uwais yang juga suami Hannah menyokong jebat kerana padanya jebat sudah berubah dan berusaha memperbaiki kesilapan diri.*uwais tahu kisah silam jebat.wuuuuu*

Rumah tangga mereka bahagia namun semuanya hampir musnah apabila kebenaran jebat terbongkar. Mastura hilang arah kerana suami yang disanjung dan puja selama ini bukanlah seperti yang diharapkan. Kedinginan mastura menyesakkan jebat kerana masturalah cinta hatinya. Hanya mastura mampu membuatkan dia terbakar cemburu dan merasa kehangatan cinta dalam masa yang sama.

Cinta mereka kembali bertaut dengan janji tiada rahsia antara mereka namun ada rahsia yang disembunyikan jebat dari pengetahuan mastura. Rupanya jebat dan tiger pernah diupah untuk menggugurkan kandungan Hannah namun jebat menarik diri disaat akhir apabila mengetahui persahabatan antara abangnya dan uwais. Tiger tidak mempedulikan arahan jebat dan melaksanakan rancangan demi tamakkan wang dan Hannah kehilangan kandunganya.

Setelah mengetahui kebenaran jebat, Hannah berpakat dengan aryan untuk mendakwa jebat atas kesalahan cubaan menbunuh hannah. Pada aryan ini merupakan peluangnya untuk membalas dendam setelah gagal memiliki mastura. Airen menjadi alibi dan tiger mengaku melakukan kesalahan untuk menyelamatkan jebat. Setelah dibebaskan, jebat mencari mastura yang dikurung oleh tan sri idris yakni datuk mastura.

Tan sri idris terkedu apabila bujang memberitahu bahawa jebat pernah meminta dia dan uncle kwan menyelamatkan Hannah yang terlibat dalam kemalangan yang dialami ketika kecil sehingga mendapat parut dimuka bujang. Bagi bujang setiap orang yang melakukan kesalahan pasti ada kebaikan yang pernah dilakukan. *moral of the story* 

Hidup jebat bahagia apabila mastura disahkan hamil dan ketika bahagia mula dirasai, airen datang merenggut rasa itu. Airen enggan menerima hakikat mastura pilihan jebat dan bertindak menembak jebat. *part ni sedih tahap gaban T_T* jebat berusaha untuk menemui mastura kerana ingin menghadiahkan cincin yang dibeli kepada mastura. *airmata dah berjurai macam paip* jebat terkulai layu dipangkuan mastura setelah menyarungkan cincin.
Diari jebat pengubat rindu mastura. Diluahkan segala perasaan yang terbuku kerana jebat bukanlah lelaki romantik yang mampu meluah rasa tanpa dipinta. Esak tangis mastura dikejutkan kehadiran jebat. *ahaks nampak tak permainannya disitu* bahagia akhirnya singgah dan menetap dimahligai cinta mastura dan jebat. *happy ending mah*

Sesak dada aku baca novel ni. Walau jebat tak romatik macam hero pujaan lain tapi dia ada aura yang mampu buat wanita jatuh cinta padanya *homaiii melted*  perempuan nak lelaki yang baik tapi nakal dengan dia je*muntah hijau*

Lucu bila mak uwais marah Hannah menantu kesayangan dia kerana nak jaga hati mastura dan aksi- aksi mastura untuk menarik perhatian jebat. *daring kiah oiii habaq hang*

Tersentuh dengan keikhlasan jebat dan cinta yang mendalam buat mastura. Tiada yang lain hanya dia yang bertakhta*macam lirik lagu daaa.saya kunci lirik itu. ahahah*  

Terima kasih sayang. Kau tahu kenapa aku cintakan kau? Sebab kau selalu buat lelaki yang banyak kekurangan ni rasa diri dia terlalu istimewa – Jebat

Mas sanggup buat apa saja untuk abang - Mastura 

Pengaruh Novel


tadaaaa. nampak tak ape itu. ya betul. minyak wangi yang dibeli akibat akibat pengaruh novel. *ini bukan original a.k.a gred AAA* pembelian dilakukan ketika sedang rancak membaca novel bukan kerana aku tak cinta. sememangnya aku sangat mudah untuk dipengaruhi. *ahaks* 

masa baca novel, kita macam berada dalam fantasi. menyelami perasaan dan situasi yang terjadi. inilah natijahnya ketika baca novel dan terbawa-bawa ke realiti. *oh my perfume*

sinopsis bukan kerana aku tak cinta akan dimuat naik nanti. hati dah tak sabar sebab cerita ini akan ditayangkan dikaca TV dan secara otomatik muka heronya sharnaaz ahmad dah terbayang-bayang masa baca. agak sedih kerana ini kemunculan terakhir beliau sebelum menutup buku perjalanan karier sebagai anak seni secara khususnya dan 2013 amnya. *T_T sedih sungguh* 

2013 ---> 2014

assalamualaikum 

hampir 1 tahun tak 'hupdate' laman ini. *eleh tade sape pun perasan* ngahaha. banyak peristiwa, kenangan, teman, perjalanan yang tercipta dan terjalin. namun tidak berkesempatan untuk diutarakan disini. sebabnya? faktor utama kekangan internet. al-maklumlah dulu dirumah laju macam LRT ditambah bil ditanggung halal, sekarang perlu membayar untuk melayari kelajuan yang macam semut merah angkat almari. *sadis* 

jika berkesempatan akan cuba sedaya upaya memberikan perhatian di sini kerana ternyata cinta pandang pertama juga memberi kenangan terindah *puitis lerr kunun* 

rasa nak buat karangan huraian peristiwa yang terjadi namun rasa nak muntah pulak sebab banyak sangat. tak payah nak semak-kan kepala. kita sambung saja perjalanan 2013 yang masih berbaki untuk ke 2014. diharap masih ada peluang untuk merasainya.