Ahmad ziyad a.k.a jebat kehilangan abah dan ibunya apabila
mereka dibunuh oleh kongsi gelap yang mengejar uncle kwan dalam satu insiden.
Abah jebat pernah terlibat dalam kumpulan kongsi gelap bersama bujang dan uncle
kwan namun selepa berkahwin ibu jebat semua itu ditinggalkan. Jebat mempunyai
abg tiri, wahab (berlainan bapa). Hidup bersama pakcik Khalid (adik ibunya)
ibarat neraka apabila dimaki dan dipukul kerana khalid gagal mendapatkan keris pusaka dan mewarisi ilmu persilatan
daripada ayahnya (datuk jebat). Kesemuanya diwariskan pada ayah jebat walaupun
dia berdarah cina. Uncle kwan datang mengambil jebat dan wahab tinggal bersama
pakck Khalid.
Masa berlalu, jebat membesar sebagai ketua gangster kumpulan
double dragon *bad boy aummmm* dan berjaya memiliki kemewahan ketika umurnya
masih remaja. Tiger a.k.a anak uncle
kwan merupakan orang kanannya. Jebat juga mempunya koleksi wanita yang sering
bertukar ganti namun airen a.k.a anak uncle bujang tetap setia menanti di villa
mewahnya.
Pintu hati jebat terbuka untuk bertaubat ketika singgah di
masjid berhampiran selepas pulang mabuk. Ditinggalkan segala kemewahan dan
keluarga uncke kwan demi mencari keredhaan ilahi. Dikampung, jebat bekerja
dikolam ikan milik uwais rakan abangnya wahab. Tekad jebat untuk melupakan
segalnya dan memulakan kehidupan baru.
Namun pertemuan dengan Hannah mastura merubah hidup jebat.
Mastura pula jatuh cinta pada jebat dan berusaha untuk memiliki jebat. *meroyan
a.k.a obsess* bermacam cara dilakukan bagi memiliki sekeping hati jebat.
Tercabar kerana belum pernah ada lelaki menolak dirinya *hot sangat* namun
jebat masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak menyimpan apa-apa harapan
kerana sedar akan kekurangan diri.
Akhirnya mereka bernikah setelah mastura membuat acara mogok
lapar sambil pengsan kerana enggan ditunangkan dengan sepupunya aryan aiman
seorang cif inspektor di bukit aman. Terpaksalah Hannah maryam, a.k.a kakak
mastura turutkan juga kalau adiknya mahukan jebat walaupun sebenarnya dia tidak
yakin dengan piliham adiknya itu kerana jebat tidak mempunyai apa-apa untuk membahagiakan
mastura. Uwais yang juga suami Hannah menyokong jebat kerana padanya jebat
sudah berubah dan berusaha memperbaiki kesilapan diri.*uwais tahu kisah silam
jebat.wuuuuu*
Rumah tangga mereka bahagia namun semuanya hampir musnah
apabila kebenaran jebat terbongkar. Mastura hilang arah kerana suami yang
disanjung dan puja selama ini bukanlah seperti yang diharapkan. Kedinginan
mastura menyesakkan jebat kerana masturalah cinta hatinya. Hanya mastura mampu
membuatkan dia terbakar cemburu dan merasa kehangatan cinta dalam masa yang
sama.
Cinta mereka kembali bertaut dengan janji tiada rahsia
antara mereka namun ada rahsia yang disembunyikan jebat dari pengetahuan mastura.
Rupanya jebat dan tiger pernah diupah untuk menggugurkan kandungan Hannah namun
jebat menarik diri disaat akhir apabila mengetahui persahabatan antara abangnya
dan uwais. Tiger tidak mempedulikan arahan jebat dan melaksanakan rancangan
demi tamakkan wang dan Hannah kehilangan kandunganya.
Setelah mengetahui kebenaran jebat, Hannah berpakat dengan
aryan untuk mendakwa jebat atas kesalahan cubaan menbunuh hannah. Pada aryan
ini merupakan peluangnya untuk membalas dendam setelah gagal memiliki mastura.
Airen menjadi alibi dan tiger mengaku melakukan kesalahan untuk menyelamatkan
jebat. Setelah dibebaskan, jebat mencari mastura yang dikurung oleh tan sri
idris yakni datuk mastura.
Tan sri idris terkedu apabila bujang memberitahu bahawa
jebat pernah meminta dia dan uncle kwan menyelamatkan Hannah yang terlibat
dalam kemalangan yang dialami ketika kecil sehingga mendapat parut dimuka
bujang. Bagi bujang setiap orang yang melakukan kesalahan pasti ada kebaikan
yang pernah dilakukan. *moral of the story*
Hidup jebat bahagia apabila mastura disahkan hamil dan
ketika bahagia mula dirasai, airen datang merenggut rasa itu. Airen enggan
menerima hakikat mastura pilihan jebat dan bertindak menembak jebat. *part ni
sedih tahap gaban T_T* jebat berusaha untuk menemui mastura kerana ingin menghadiahkan
cincin yang dibeli kepada mastura. *airmata dah berjurai macam paip* jebat
terkulai layu dipangkuan mastura setelah menyarungkan cincin.
Diari jebat pengubat rindu mastura. Diluahkan segala
perasaan yang terbuku kerana jebat bukanlah lelaki romantik yang mampu meluah
rasa tanpa dipinta. Esak tangis mastura dikejutkan kehadiran jebat. *ahaks nampak
tak permainannya disitu* bahagia akhirnya singgah dan menetap dimahligai cinta
mastura dan jebat. *happy ending mah*
Sesak dada aku baca novel ni. Walau jebat tak romatik macam
hero pujaan lain tapi dia ada aura yang mampu buat wanita jatuh cinta padanya
*homaiii melted* perempuan nak lelaki
yang baik tapi nakal dengan dia je*muntah hijau*
Lucu bila mak uwais marah Hannah menantu kesayangan dia
kerana nak jaga hati mastura dan aksi- aksi mastura untuk menarik perhatian
jebat. *daring kiah oiii habaq hang*
Tersentuh dengan keikhlasan jebat dan cinta yang mendalam
buat mastura. Tiada yang lain hanya dia yang bertakhta*macam lirik lagu daaa.saya
kunci lirik itu. ahahah*
Terima kasih sayang. Kau tahu kenapa aku cintakan kau? Sebab
kau selalu buat lelaki yang banyak kekurangan ni rasa diri dia terlalu istimewa
– Jebat
Mas sanggup buat apa saja untuk abang - Mastura
3 comments:
jebat mati kew,,,?please ckp
Hero mana boleh mati
Hero kompem x mati...
Bace la ayat yu der...
Post a Comment