Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Friday 8 August 2014

Rindu Awak 200% - Liyana Zahim


Setelah kematian tunang tersayang dalam kemalangan jalan raya, zill faezrul telah menutup rapat hatinya untuk bercinta lagi. Padanya tiada perempuan sebaik Esyana. pertemuan iqbal, ayah zill faezrul bersama rakan baik iaitu pasangan zahirin dan raziqah membuka lembaran baru buat zill faezrul. Hasrat iqbal ingin melihat zill faezrul berumah tangga sebelum menutup mata. Dipujuk zill faezrul agar bertemu armel aisya yang baru tamat belajar di Chicago iaitu anak kepada zahirin dan raziqah. Sebagai anak, zill faezrul turutkan jua hasrat ayahnya  kerana  hanya iqbal nadi hidupnya setelah kematian ibu.

Armel aisya tidak menduga kepulangannya setelah 5 tahun akan disambut dengan berita perkahwinannya bersama anak rakan baik papa dan mamanya. Kusut fikiran armel aisya bila memikirkan perlu sehidup sebumbung dengan lelaki pilihan keluarga. Pada Daria juga tempat dia meluahkan perasaan, rakan baik ketika belajar di Chicago. Tanpa pengetahuan keluarga armel aisya mempunyai kekasih hati raizil dillen namun panas disangka hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Raizil hanya menganggap armel aisya sebagai teman biasa tidak lebih dari itu.

Zill faezrul telah menghantar rombongan meminang setelah melakukan solat istikharah. Padanya mungkin ini jodoh yang telah ditetapkan untuk dirinya. Pertemuan zill faezrul dan armel aisya membangkitkan rasa marah dan benci dalam diri armel aisya kerana sikap zill faezrul  yang tenang. Padanya zill faezrul hanya lelaki kampung yang tidak punya kelulusan serta terdesak untuk berkahwin. Hinaan serta tuduhan dilemparkan sehingga membuatkan zill faezrul mengambil keputusan untuk membatalkan pertunangan mereka. Armel aisya bersorak gembira kerana rancanganya berjaya. Namun pertemuan antara Raizil dan tunangnya mencetuskan rasa tidak puas hati kerana melihat raizil bahagia. Sengaja Armel mencipta alasan bahawa dia akan berkahwin dan menjemput raizil serta tunangnya. Armel aisya merasakan kemenangan berpihak padanya kerana berjaya menunjukkan bahawa dia juga boleh bahagia tanpa raizil.

Perkahwinan diteruskan dan ternyata armel menyesal atas persetujuan yang telah diberikan. Lafaz cerai dipohon dari zill faezrul 2 hari selepas majlis berlangsung. Namun zill faezrul tetap dengan keputusan untuk tidak menceraikan armel aisya. Hatinya kuat menyatakan bahawa keputusan yang dilakukan adalah tepat.azad, rakan seperjuangan juga menyokong tindakan zill faezrul. Kehilangan zill faezrul selama beberapa hari membuatkan armel aisya tertanya tentang pekerjaan zill faezrul. Sangkanya zill faezrul hanyalah juruteknik di KLIA namun sebenarnya zill faezrul merupakan juruterbang a.k.a pilot *wuuuu I loike*

Armel aisya menerima tawaran bekerja di bangsar namun tidak menduga raizil juga merupakan staff disitu. Puas armel aisya mengelak dari bertemu namun raizil tetap mendekat memohon kemaafan atas kekhilafan yang lalu. Namun benteng marah akhirnya reda dan armel aisya kembali meluangkan masa bersama raizil setelah terserempak zill faezrul bersama jaslieyatul iaitu teman serumah arwah esyana. niat zill faezrul ingin membantu jaslieyatul membeli barangan perkahwinan namun disalah erti oleh armel aisya. 
Perang dingin meletus dan armel aisya mengambil tindakan untuk keluar bersama raizil bagi menghilangkan rasa marah terhadap zill faezrul. Armel aisya kerap pulang lewat dan zill faezrul pernah menyaksikan kemesraan raizil menghantar armel aisya pulang.

Kemuncak kesabaran zill faezrul apabila armel aisya keluar lewat malam mengikut raizil ke bangi setelah dihalau keluar rumah oleh zahirin dan raziqah. nasib armel aisya tidak menyebelahi apabila sebenarnya raizil hanya ingin mengambil kesempatan keatas dirinya. Maruah armel aisya diselamatkan oleh daria dan zill faezrul. Terbit kekesalan dalam diri armel aisya setelah nyawa dan maruahnya hampir hilang akibat kedegilannya. Namun tika hati armel mula terbuka luas untuk zill faezrul, dugaan datang menuntut ketabahan dan kesungguhan armel aisya. iqbal meninggal dunia sebelum sempat armel aisya pulang untuk meminta maaf atas kekhilafan diri. Hanya pusara yang menjadi tanda. Ternyata air mata darah tidak mampu mengembalikan iqbal dan secara tidak langsung telah memusnahkan kepercayaan zill faezrul kepada armel aisya. padanya armel aisya tegar melumatkan perasaan iqbal walhal lelaki itu hanya ingin bertemu dengan menantunya. Ego seorang suami dan anak membuatkan zill faezrul dingin terhadap armel aisya. hati yang terluka sukar diubati.

Bukan mudah untuk armel aisya mendapatkan kemaafan dari zill faezrul. Perubahan sikap armel aisya akhirnya membuka pintu hati zill faezrul untuk melupakan segalanya. Diari hijau zill faezrul membuka mata armel aisya tentang soal jodoh. Rupanya zill faezrul dan esyana pernah bertemu denganya ketika armel aisya membuat kerja sambilan mengambil gambar. Dan istikharah zill faezrul membawa kepada armel aisya, perempuan yang ditemui 7 tahun lalu. Sesungguhnya perancangan allah itu mendahului segalanya. Akhirnya armel mengetahui pekerjaan zill faezrul.

Kejutan dilakukan armel aisya apabila menyambut kepulangan zill faezrul di lapangan terbang. Tergamam zill faezrul tatkala melihat kelibat armel aisya. niatnya mahu berterus terang selepas kepulangan dari london namun ternyata armel aisya mendahuhuinya.
Luahan hati ke hati dilakukan oleh armel aisya dan zill faezrul. Diterangkan  pada zill faezrul keterlanjurannya membaca diari dan alasan untuk berkahwin. Ternyata keikhlasan zill faezrul menerima dirinya membuatkan armel aisya sebak. Hanya armel aisya untuk zill faezrul. Noktah.

Percutiaan bulan madu ke turki diganggu oleh kehadiran Irene teman sekerja zill faezrul yang memendam perasaan padanya. Diluahkan perasan kurang senang dengan sikap Irene yang menjengkelkan kepada  zill faezrul. Namun tidak diendahkan oleh suaminya. Armel aisya menerima tawaran bekerja semula ditempat lama setelah diberhentikan akibat mengambil cuti tanpa kelulusan CEO *alasan tak logik nak buang orang* namun ditolak atas alasan mahu membuka perniagaan sendiri.  Rupa-rupanya CEO tempat armel bekerja merupakan rakan baik zill faezrul. Segala perancangan dilakukan bagi memastikan armel aisya sentiasa dalam pengetahuannya. *auwww manis sungguh* dengan bantuan zill faezrul, armel aisya berjaya membuka butik online “armelaceaisya”   

Kepada zill faezrul diluahkan perasaan kekesalan dan kekasaran yang dilakukan william a.k.a teman lelaki Irene. Hakikatnya kekasaran yang dialami Irene dibuat olehnya sendiri *pompuan psycho*  demi meraih perhatian zill faezrul. Kata-kata armel dahulu ternyata memang benar. Dirahsiakan dari pengetahuan armel aisya oleh zill faezrul. Fitnah dilemparkan Irene pada zill faezrul apabila memulangkan jaket kepunyaan zill faezrul kepada armel aisya. Pertengkaran berlaku antara armel aisya dan zill faezrul.

Irene bertindak nekad menikam zill faezrul apabila merasakan zill  faezrul tidak memahami perasaanya. Hanya tuhan yang tahu perasaan armel aisya ketika mengetahui suami tercinta di masukkan ke hospital. Zill  faezrul hanya cedera ringan. Irene ditahan polis untuk siasatan lanjut. Esyan hadir sebagai penyeri dalam kehidupan mereka.

Rahsia Daria terbongkar apabila armel melihat kereta Ezril a.k.a sepupu armel yang kacak. *aummm* di rumah Daria. rupanya mereka ada hubungan tanpa pengetahuan armel. Akhirnya bahagia milik rakan baiknya.

Demi Allah walau macam mana sekalipun abang tetap akan ada di sisi mel – zill faezrul

Saya akan tunggu awak – armel aisya


Sunday 3 August 2014

Alyah - Sesal Separuh Nyawa

andai pastinya ku tahu
takkan aku tinggalkanmu
namun masih keliru teringat masa lalu

tetap tiadaku lupakan 
indah setiap sentuhan
cinta yang kau tinggalkan 
kekalnya berdampingan

mana harusku hamparkan
rindu tiada kesudahan 
sesal biar separuh nyawa
takkan hilang

masih terasa nafasmu
lembut menusuk jiwaku
dengan dihembus bayu
membawa khabar rindu

tapi sulit kuteruskan 
engkau jauh kehadapan
aku tabah berjalan sembunyikan harapan

mana harusku hamparkan
rindu tiada kesudahan 
sesal biar separuh nyawa
takkan hilang

separuh sayangmu dihati, separuh lagi kau bawa pergi
tiada arah jodoh kita
tuhan tentukannya

mana harusku hamparkan
rindu tiada kesudahan 
sesal biar separuh nyawa
takkan hilang


Raya 2014

Salam lebaran buat semua. Maaf salah dan silap andai ada terkasar bahasa serta mengguris perasaan.  Bukan niat dihati, mohon maaf atas kekhilafan diri.

Raya tahun ini kami sekeluarga beraya di ulu cheka, perlok – Pahang. Kampung mak. Baju raya pula hanya re-cycle dari majlis kenduri angah *bajet belanjawan*

Alhamdulillah raya tahun ini angah dan isteri beraya bersama. Pelik juga sebab biasa lepas kahwin biasanya lelaki beraya dirumah mertua. Bertambahlah ahli keluarga pak din dan cik ton.

Jika tiada aral melintang hujung tahun ini aku akan dapat adik ipar lagi. Yeay! Happy giloss. Adik ke-2 berhasrat nak menyunting kekasih hati – bertunang dulu hujung tahun ni. Harap segala dipermudahkan bagi mereka.



Tahun ni cuti raya hanya ambil sampai raya ke-4 sebab raya ke-5 dah kerja. Baki cuti masih ada namun berjimat cermat amalan mulia. Mana tahu ada kecemasan boleh la gunapakai kan.