Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Wednesday, 23 November 2011

Skill Masak

untuk pengetahuan umum aku sangat la tidak pandai memasak *hantaran dpt diskaun* boleh kira dengan jari je berapa kali aku masak untuk family. maka atas kesedaran ini *mcm karangan daa* aku pon mengambil langkah mencuba skill membuat kuih.hahaha. resepi dapat daripada yasmin. nama kuih ini cream puff with custard so ape lagi bahan-bahan beli kat Giant balik je rumah terus buat. biasa la percubaan pertama gagal dengan cemerlang sebab tak pernah masuk dapur kan.hahaha. inilah hasil percubaan pertama



okay aku tau ape korang nak cakap.hodoh kan.muahahha.takpe aku redha *ayat pasrah* setelah diteliti ade 2 kesalahan yang dilakukan iaitu terlupa letak baking powder sebab tu kuih tu tak naik dan api masak kuat sangat sebab tu custard dia jadi ketul-ketul. usaha tangga kejayaan maka aku pon buat lagi sekali dengan keazaman yang tinggi. Hasilnya amat memuaskan walaupun tak seberapa.



tadaaa.inilah dia hasil air tangan cik liyana.muahaha.cuma rupa dia agak kureng sikit.ala janji boleh makan kan.sambutan sangat menggalakkan sampai ayah ambik gambar sebab rupa dia yang pelik.hadoi..so lepas ni nak asah skill memasak supaya hantaran boleh kasi 'up' lagi.muahhaha.

0 comments:

Post a Comment