Antara kehendak dan keperluan. Mana yang akan didahulukan. Pada orang lain mungkin akan memilih keperluan kerana dalam hidup ini keperluan diutamakan dalam segala aspek. Dan aku turut tidak terkecuali. Tapi kalau dalam soal hati pulak macam mana. Kehendak hati dan keperluan hati. *aku dah merepek plak* kalau hati berkehendak tapi akal menyangkal macam mana. Nak pilih yang mana. Ikut kata hati atau akal. *merepek lagi*
Berterus terang langkah paling terbaik dalam menyelesaikan masalah.
Aku bukan mencari kesempurnaan kerana aku jua tidak sempurna namun aku bimbang diri ini dihina akibat ketidaksempurnaan aku. Mungkin aku patut berhenti memberi harapan pada diri kerana semua yang terjadi ada hikmahnya dan aku sebagai hamba-Nya tetap bersyukur atas apa yang aku perolehi.
Hati mengingini tapi akal melarang. Lantas aku mengambil keputusan untuk memilih akal walau hati tetap memberontak.
p/s:tema kaler merah pulak. asyik purple je.heheh.
0 comments:
Post a Comment