Nur wardah dilahirkan sempurna dan cukup sifat, namun kuasa tuhan tiada siapa boleh menduga. Nur wardah disahkan menghidapi polio ketika kecil dan mengakibatkan kecacatan pada kakinya. Namun kecacatannya tidak menjadi penghalang kepada kejayaannya sebagai penaung Yayasan Darul Wardah. Yayasan Darul Wardah dibina oleh ayah dan ibu nur wardah iaitu Haji Wahid and Wardina. Ibu nur wardah meninggal ketika melahirnya. Hanya kasih sayang ayah sahaja yang menjadi penawar kepada kehilangan ibu.
puan norlin dan en amar membawa lamaran untuk anak terunanya engku ashraf kepada haji wahid. Oleh kerana ingin merapatkan ikatan persahabatan yang lama terpisah, mereka setuju. Nur wardah hanya menurut kerana pada pendapatnya pilihan keluarga adalah yang paling tepat sekali. engku ashraf mengalami kerugian dalam perniagaan kerana saham yang dibeli jatuh merundum dan hanya akan dibantu oleh puan norlin dan en amar jika engku ashraf bersetuju mengahwini nur wardah. Atas desakan puan suraya dan rasheedah, engku ashraf akur walawpun mencintai rasheedah, sepupunya.
Nasib nur wardah malang kerana sering dihina kerana ketidaksempurnaanya namun dia tetap melayan engku ashraf dengan baik kerana tangungjawab dan cinta yang telah disemat ketika engku ashraf melafazkan akad. Hati wanita mana yang tidak terluka apabila suami sering melebihkan perempuan lain dari isteri sendiri. Namun layanan wardah tak pernah kurang malah sentiasa melebihkan engku ashraf dalam semua hal.
Engku ashraf menyedari kesilapan dan berusaha ingin kembali kepada wardah selepas kemalangan yang dialaminya. Hanya wardah setia disisi dan berbakti kepadanya. Namun kuasa tuhan tiada siapa yang menduga. Wardah disahkan hamil namun akibat kandungan yang semakin membesar telah merosakkan tulang belakang wardah. Rahsia terbongkar apabila wardah dimasukkan ke hospital dan keadaannya tenat. Engku ashraf menyesal kerana tidak menghargai wardah. Anak mereka dibesarkan bersama keluarga haji wahid and en amar.
p/s: Novel ni lebih kepada islamik dan sangat ber-informasi *agak skema ayat aku* aku suka sebab ada selitkan surah-surah yang membawa maksud / berkaitan dengan situasi dalam novel. So secara tidak lansung dapat la menambahkan ilmu pengetahuan kan. Sila baca bagi yang inginkan cerita dari sisi islamik sebab aku teringin nak jadi wardah dalam cerita ni. Penyabar,penyayang,ikhlas,semua la.walaupun cerita agak cliche /stereotype macam cerita lain tapi ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada pembaca. *harap maaf ayat skema lagi*
0 comments:
Post a Comment