Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Sunday 28 August 2011

Kau ditakdirkan untukku - Gee Muszisya

 Pengalaman pahit ditinggalkan tunang, Farah Hanim menjadikan akmal Ikram serik untuk jatuh cinta lagi. Namun kehadiran Nuranis Fatihah sebagai pegawai bawahanya menjadikan dia hilang arah. Wajah lembut dan kenakalan Nuranis Fatihah menjadikan Akmal Ikram gila bayang. Hasrat hati Akmal Ikram termakbul apabila ibu Akmal, Datin Kamariah berhajat menjodohkan mereka kerana ibu angkat Nuranis merupakan sahabat baik Datin Kamariah. Setelah berkahwin Akmal Ikram berusaha menawan hati isterinya sehingga Nuranis jatuh cinta kepada suaminya. Farah hanim kembali merebut cinta Akmal Ikram bila Hanif a.k.a boyfriend tersayang dah tak pedulikan dia. Fitnah yang ditabur membuatkan Nuranis berprasangka buruk terhadap suaminya. Kehadiran zulkarnain rakan sekerja Nuranis di kuantan menambahkan rasa cemburu dihati Akmal Ikram kerana lelaki itu menaruh hati terhadap Nuranis. Amran yang lama memendam perasaan terhadap Nuranis ketika dia mula bekerja  rupanya gunting dalam lipatan apabila menyelewangkan duit syarikat dan dapat dikesan oleh Nuranis. Bimbang kegiatannya terbongkar , Amran menculik Nuranis namun dapat diselamatkan setelah Farah Hanim memberikan maklumat. Hanif menyedari kesilapan nya dan berusaha mendapatkan Farah Hanim kembali. Farah Hanim menyesal atas perbuatan lalu dan meminta maaf kepada Nuranis dan Akmal. Happy Ending juga! 

“anis, kalau tidak ada rasa sayang kepada saya sekalipun sekurang-kurangnya hormatlah saya sebagai suami awak” – Akmal Ikram

“ abang jangan tinggalkan anis lagi” – Nuranis Fatihah


0 comments:

Post a Comment