kepergian diri ke johor atas sebab ingin mencari sinar pengharapan. moga dipermudahkan segalanya. andai ini terbaik untukku, mudahkan lah urusanku ini Ya Allah.
disana bagaikan perjumpaan semula dengan kawan lama. hana, moshi dan pei ru. aktiviti kutuk mengutuk sesama sendiri dilakukan tanpa membuang masa dan mangsanya pastilah aku.demmit!
seronok jadi tetamu ni sebab semua orang akan layan macam tuan puteri. termasuklah dalam bab makanan. paling terharu pei ru sanggup turun dari pontian semata-mata nak jumpa dan makan dengan kami semua.*terharu sampai nak pengsan* dan sebagai balasan kami pula jumpa dia kat pontian untuk makan seafood mandella yang sangat sedap.
gambar diatas lauk makan di seafood mandella - pontian dan dibawah pula nasi goreng seafood - lokasi aku tak ingat mana. depa yang bawak.
kata orang kawan ketawa senang nak cari tapi kawan nak menangis bersama susah bebenor. moga persahabatan kami berkekalan hingga hujung nyawa hendaknya.
Thursday, 22 November 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment