Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Tuesday, 22 November 2011

Usai Aku Terima Nikahnya - Umie Nadzimah

Puteri Nur Aina menjadi anak yatim piatu apabila ayah dan ibunya meninggal dunia dan dijaga oleh pak ngah angkat a.k.a anak angkat datuknya. Nak dijadikan cerita puteri ni mewarisi harta oleh datuknya dan sesiapa yang menjaga puteri akan diberi tanah. So berebut la orang nak jaga dia. last-last mak long angkat dia kahwinkan anak dia Iskandar Hafiz dengan puteri sebab tamakkan harta. Harapan puteri dapat pergi jauh dari orang yang sentiasa sakitkan hati dia termasuklah mak long dan pak ngah angkatnya itu.. Bermula la kehidupan puteri dan iskandar  untuk mengenali satu sama lain. Iskandar mempunyai kekasih hati wan marini yang dikenali sejak universiti. Kebahagiaan iskandar dan puteri hanya sementara apabila wan marini pulang dan menagih janji. Disinilah bermula episod duka dalam hidup puteri. Namun kehadiran Khalif, BFF iskandar sedikit sebanyak membantu puteri menghadapi masalah yang melanda hidupnya. Ternyata kehadiran puteri merenggut ketenangan khalif apabila bayangan gadis tersebut sentiasa menemani ketika bersendirian. Khalif telah jatuh cinta pada isteri teman baiknya sendiri. 

Konflik terjadi apabila mak long berang kerana iskandar sentiasa menyebelahi puteri, wan marini yang menagih janji, dan masalah kerja yang menggangu hidup iskandar. Maka disinilah kesalahan iskandar yang paling besar apabila meninggalkan puteri tanpa khabar berita dan menghilangkan diri ke Frankfurt Amsterdam.* tindakan paling sengal dia buat* kesian kat puteri yang mengandungkan zuriat iskandar ketika itu. Tapi nak buat macam mana walau setia mana pon puteri tunggu iskandar, dia tetap tak pernah menjenguk puteri sampai 5 tahun. *ego nak mampus*     

Selama iskandar meninggalkan puteri selama itulah khalif menjaga dan melindungi puteri dari semua orang yang ingin menyakiti puteri namum dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap puteri.*aku dh fall in love with him* Anak iskandar telah dianggap sebagai anak sendiri. *sweet + protective = romantic ^_^* lepas 5 tahun iskandar kembali untuk meminta maaf namun terlambat apabila puteri tawar hati dan minta dilepaskan dengan cara baik. Pintu hati puteri telah terbuka untuk khalif kerana cinta khalif yang tak pernah padam telah membuatkann puteri percaya bahawa cinta khalif tulus dan suci. *hero ada 2 la plak* puteri hidup bahagia bersama khalif namun tuhan lebih menyayanginya dan pergi setelah kehadiran puteri tanda cinta mereka. 

Pertemuan bersama bekas suami kembali mengimbas memori lama. Rupanya khalif telah meminta anak2nya menyatukan mereka jika dia pergi dahulu *macam cite Kuch2 hota Hai plak* iskandar yang masih menyendiri mengambil keputusan untuk menjaga puteri dan anak2 selepas ketidaan khalif. Akhirnya mak long yang jahat insaf selepas menerima balasan atas segala perbuatan jahatnya. Dia juga menyatukan puteri dan iskandar atas dasar sayangkan puteri kerana puteri telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit di rumah orang-orang tua. Happy ending la kan.

First time aku baca cerita ade 2 hero pulak. sesungguhnya puteri sangat bertuah kerana dicintai oleh 2 lelaki yang sangat sweet and caring. *apekah yang aku cakap ni* Semua yang terjadi ada hikmahnya dan kita sebagai manusia and insan biasa harus redha dengan ketentuan –Nya tapi sungguh aku tersentap bila khalif sanggup menunggu puteri *masa tu isteri orang* sehingga pintu hati puteri terbuka untuknya. ada la dekat 7 tahun.*ada lagi ke orang macam ni*


Sebab selepas selasai abg melafazkan kalimah “aku terima nikahnya” buat kali pertama kali dahulu, hati abg tiba-tiba terdetik dan berjanji pada diri sendiri tidak akan melafazkan kalimah ini utk wanita lain kecuali utk Puteri Nur Aina binti Megat Azami sahaja – Iskandar 


Puteri tahu siapa diri puteri jadi izinkan puteri pergi ya? Puteri tak akan ganggu hidup abg lagi. Puteri doakan abg bahagia – Puteri Nur Aina


Abg akan berada disamping puteri hingga nafas yang terakhir.abg janji hanya maut yg memisahkan kita – Khalif

2 comments:

அமுதா விநாயகம் said...

Salam. Menarik juga novel ini. Tapi saya tak dapat carinya mana-mana pun. Masih ada stok kah. Jika ada saya sedia membelinya. Terima kasih dan salam

Liyana said...

wsalam,ini merupakan koleksi saya sendiri. jika berminat saya boleh jual pada awak. email saya liyana_charmed@yahoo.com

Post a Comment