Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Friday, 25 November 2011

Suami yang Kubenci - E-man Sufi


Uwais ukasyah dan Hannah Maryam berkahwin kerana tunang Hannah ditangkap basah bersama budak bawah umur padahal masa tu kenduri dah dekat. Kebetulan uwais pernah menyelamatkan datuk Hannah maka diaorang dinikahkan sebab nak selamatkan air muka keluarga Hannah. Hannah, CEO company keluarga hannah dan uwais seorang penjual burger. Memang besar jurang antara mereka namun siapa kata penjual burger dan CEO tak boleh berkahwin. Walaupun Hannah sombong dan berlagak akhirnya dia mengakui menyayangi uwais *aku pon nak hubby macam uwais boleh tak*. Dan uwais penyabar sangat dalam melayan kerenah Hannah. Cikgu batrisya kawan uwais pernah dipadankan dengan uwais oleh mak uwais tapi dah takde jodoh kan. Hannah tiba-tiba cemburu bila cikgu batrisya membantu uwais mendapatkan kerja sebagai guru ganti disekolah dia mengajar. Uwais pula berang apabila kehadiran abg fawaz a.k.a sepupu Hannah seperti ingin merampas Hannah daripadanya. Kebetulan fawaz pernah meluahkan hasrat untuk memperisterikan Hannah tetapi ditolak Hannah kerana menganggap fawaz tidak lebih sekadar abang. Akhirnya mereka sedar yang masing-masing mempunyai rasa yang sama dan akhirnya hidup bahagia. Kehamilan hanah menggembirakan semua namun tidak lama kerana anak mereka meninggal dunia akibat lahir tidak cukup bulan. Uwais dan Hannah pasrah atas kejadian yang berlaku. Namun mereka dikurniakan sepasang kembar selepas itu. Fawaz dan cikgu batrisya juga bertemu jodoh.

Tumbs up kepada penulis sebab berjaya membuatkan aku ketawa berdekah-dekah *nyaris mengalir airmata sebab ketawa kuat sangat* dalam bilik.aku tak pernah baca novel yang humor dan sangat santai. Gaya bahasa juga dekat dengan pembaca. Aku suka scene bila uwais dan Hannah berdating  tepi tingkap sebab mak uwais larang mereka berjumpa. Lawak sungguh bila uwais pengsan sebab tengok muka mak dia pakai bedak sejuk.dan paling aku suka bila fawaz angaukan cikgu batrisya.sumpah lawak. Aku juga berjaya menghabiskan novel tu dalam masa 5 jam. marathon punye pasal sampai tak makan ape.teruja nak habiskan.sila la baca pada sesiapa yang sukakan happy ending. Selamat membaca!

"dalam hati abg hanya hannah maryam yg abg cinta dan syg. sampai jasad dimamah tanah sekalipun hanya hannah pilihan abg - uwais ukasyah"

"inilah hadiah yg paling baik saya pernah saya terima sebab awak sendiri yang dapatkan ikan ni - hannah maryam"

2 comments:

jasjamal said...

babe pinjam!! aishhh rindu zaman kita hanya dipisahkan oleh dinding kris mas=D anytime bertukar novel..bahagia oke!! :D

Liyana said...

hahaha.boleh je babe.kan kan..aku pon rindu sistem barter kte.T___T

Post a Comment