Walaupun medina izwani hanya anak angkat namun itu tidak
pernah menjadi penghalang kepada dato’ Abdullah dan datin aliyah melayan
seperti anak sendiri. Kasih sayang yang dicurahkan kepada medina izwani
membuatkan nazrin shah cemburu. manakan sama anak sendiri dengan orang luar.
Hingga neneknya juga menyayangi medina izwani seperti cucu sendiri. Hati
bertambah benci apabila medina membawa cerita pernah menyaksikan kecurangan
zita a.k.a teman wanita nazrin menyebabkan pilihan hatinya itu ditolak mentah
oleh dato Abdullah dan datin aliyah.
Rasa hormat pada nazrin shah tetap ada walaupun medina
izwani dibenci dan dilayan teruk. Kehadiran Megat Shazril sebagai rakan sekelas
mengubat sedikit sebanyak kekecewaan medina izwani. Rupanya megat juga
menyimpan perasaan padanya namun harus dipendam kerana masih belajar dibangku
sekolah.
Hidup medina izwani dan nazrin shah berubah 100% bila nazrin
ingin melanjutkan pelajaran ke UK. Nenek menyatakan hasrat hati ingin melihat
nazrin berkahwin sebelum ke UK kerana bimbang kisah lama berulang. Pakcik
nazrin a.k.a uncle aidil pernah berkahwin diluar negara bersama wanita berdarah
Irish ketika menyambung pengajian diluar negara. Namun tidak kekal kerana
kecurangan isterinya. Sehingga kini uncle Aidil menduda dan tiffa sepupunya
membesar tanpa kasih sayag seorang ibu.
Hancur hati medina izwani bila mengenangkan perlu berkahwin
ada usia yang muda- 17 tahun. Banyak yang ingin digapai namun harapan tinggal
harapan. Kesihatan nenek yang merosot menjadikan nazrin dan medina tersepit
antara kemahuan hati dan kasih pada nenek. Pertunangan dilangsungkan sebelum
nazrin bertolak ke UK dan perkahwinan setahun kemudian. Bayangan Megat shazril dibuang jauh bila sah
lafaz menjadi isteri nazrin shah. Janji medina ingin belajar menyintai nazrin
sebagai suami namun hati mana yang tidak terluka apabila diberitahu akan
diceraikan pada hari pertama menjadi isteri.
4 tahun berlalu, medina menyambung pelajaran dalam bidang
sains fizik di universiti pilihanya di penang. Namun disitu juga nazrin memulakan
perkhidmatan sebagai pensyarah setelah pulang dari luar negara. Dapat dirasakn
semester seterusnya akan menjadi sukar kerana nazrin akan mencari kesalahanya
demi menyakitkan hatinya. Tambah haru bila nazrin menjadi pensyarah tutorial
subjek yang susah. Makin kelam dirasakan dunianya. Pada teman kuliah niza,
husna, mai dan jue tempat mengadu nasib
namun dirahsiakan status isterinya. Pada mereka nazrin adalah abang angkat
medina merangkap pensyarah tutorial mereka.
Kehadiran nenek dan
keluarga ke penang memaksa mereka tinggal serumah agar pembohongan mereka tidak
terbongkar. Lakonan dipersembahka sebaik mungkin. Perancangan mereka akan berpisah apabila kesihatan nenek beransur
pulih. Keputusan nenek dan mak timah a.k.a orang gaji keluarga menetap di rumah mereka memeranjatkan nazrin
dan medina.
Telah medina serahkan hati sepenuhnya untuk nazrin namun apa
daya jika zita juga menjadi pilihan hati nazrin. Sedaya upaya dipujuk hati agar
tidak terus mencintai lelaki bernama suami
kerana akhirnya akan kecewa jua akhirnya.
Kehadiran zafril mengingtkan medina kepada megat shazril.
Lelaki itu menghulurkan salam perkenalan namun disambut dingin oleh medina
kerana tahu batasan diri. Suara dan perlakuannya seakan megat shazril. Namun bayangan
lelaki itu telah lama dilupakan sejak menjadi isteri nazrin.
Kemahuan nenek yang ingin bercuti ke Cameron highland
bersama diturutkan medina dan nazrin. Hanya kesihatan nenek yang menjadi nadi
dan keutamaan mereka. Perubahan sikap nazrin yang mula berlembut merunsingkan
medina. Jika dahulu ada sahaja yang ingin dibalahkan namun kini nazrin lebih
suka menyakat dari menyalahkan dirinya. Perancangan bertukar saat akhir tatkala
medina terdengar nazrin berbincang mengenai zita. Sangkanya nazrin ingin
bertemu zita ketika mereka bercuti bersama nenek. Hancur luluh hati
mengenangkan ikatan yang selama ini dipertahankn hampir ke hujung. Rupanya nazrin
ingin menemui zita yang sedang bercuti bersama kekasih hatinya di bali. Maklumat
diterima dari alif rakan baik membawa nazrin yang secara senyap menemui zita di
dalam pelukan lelaki lain.
Terbongkar muslihat
zita selama ini yang hanya mempermainkan nazrin. Diluahkan perasaan pada
medina. Hati medina lega dan gembira tatkala nazrin melamar diri menjadi isteri
sepenuh masa. Hanya tuhan yang tahu betapa cinta dan hati telah diberikan pada
lelaki bergelar suami itu.
Panggilan telefon dan kehadiran orkid dihalaman rumah dari
megat shazril merimaskan medina. Telah dikhabarkan diri hanya milik nazrin
namun lelaki itu seakan tidak mengerti. Dirahsiakan segala dari pengetahuan
nazrin agar lelaki itu tidak risau akan dirinya.
Rahsia bahawa nazrin suami medina terbongkar apabila mereka
terserempak ketika makan tengah hari di queensbay mall. Dijelaskan
segala-galanya dari mereka bergelar adik beradik angkat hingga menjadi suami
isteri.
Hati medina merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena bila
niza dan zafril menjalin hubungan. Kelakuan niza seakan berubah dan tidak
mementingkan pelajaranya. Segalanya terjawab apabila sebenarnya zafril
menggunakan niza untuk mendapatkan medina. Rupanya megat shazril adalah abang kepada
zafril yang telah mengambil tindakan nekad menelan pil akibat kecewa ditolak
medina. Akibatnya megat shazril meninggal dunia dan disebabkan kelam kabut
ingin melihat keadaan megat shazril, kedua ibubapanya terlibat dalam kemalangan. Dendam kesumat zafril pada medina kerana telah merenggut nyawa ahli keluarganya. Niza dan
medina dikurung dibanglo kosong dan ketika ingin membawa medina berkahwin ke Thailand,
pihak polis telah menyerbu kawasan tersebut atas bantuan alif yang terlihat
kereta medina di banglo usang.
"medina izwani, sudi tak jadi isteri sepenuh masa aku" - nazrin shah
"setiap hari wani berdoa supaya cinta kita bersatu dan alhamdulillah doa wani dimakbulkan allah" - medina izwani
6 comments:
(Y)
(Y)
bestnyaa cerita ni
bestnyer cerita ni aduhh nak kena beli la novelnya
Saya nak tumpang tanya, Medina sebelum berkahwin dengan Nazrin, dia cintakan Megat Shazril ke?
Ya masa tu zaman sekolah.
Post a Comment