Sueraya
anak Datin Seri Olida dan Datuk Seri Mustafa. Mempunyai adik perempuan, sarah
yang disayangi lebih dari segalanya. Namun nasib sueraya malang apabila lumpuh
seluruh badan akibat terjatuh tangga. Dia yang menjadi mayat hidup di dalam
rumah hanya disayangi ayahnya dan mak minah iaitu orang gaji keluarganya. Ibu
dan adiknya membenci sueraya kerana membawa malang dalam keluarga mereka.
*sedih sebab mak sendiri benci anak dia*. Pak Hassan pemandu keluarga sueraya
juga suami mak minah telah mengambil keputusan
untuk bersara dan tinggal di kampung. Sueraya diserahkan kepada mak
minah untuk dijaga. Sueraya sudah dianggap sebagai anak sendiri kerana mak
minah hanya mempunyai anak lelaki Firrhan. Bagi mengelakkan fitnah dan umpat
keji orang sueraya bernikah dengan firrhan tetapi firrhan tidak akan bertanggungjawab
keatas sueraya dan dia berhak untuk membuat keputusan terhadap dirinya dan
sueraya selepas sueraya sembuh.
Kuasa
Allah akhirnya sueraya sembuh dari lumpuh dan bahagia tinggal bersama mak dan
ayah mertuanya. Kepulangan firrhan membawa Emilia calon isterinya membuatkan
mak minah terkejut namun teringat janjinya dulu apabila firrhan berhak
menentukan hidupnya. Sueraya diperkenalkan sebagai anak mak minah meresahkan
firrhan kerana hatinya telah terpaut kepada isterinya namun janji yang telah
dibuat kepada Emilia menyesakkan dadanya. Sarah berkahwin dengan dazlyn iaitu
kawan sueraya ketika di university yang menyimpan perasaan terhadap sueraya.
Sueraya menyambung pengajian yang tertangguh dan menetap bersama ayahnya
selepas tamat belajar di UK. Berita kemalangan firrhan mengejutkan semua orang
dan sueraya mengambil keputusan untuk mendermakan buah pinggang kepada firrhan
kerana firrhan kehilangan buah pinggang akibat kecelakaan tersebut. Akhirnya
firrhan berkahwin dengan Emilia dan tanpa mengetahui bahawa Emilia adalah
kekasih dazlyn dulu.*konflik gila*
Akhirnya rahsia terbongkar bila dazlyn berjumpa sueraya
dirumah keluarga firrhan dan menganggap dia adik firrhan. Kekeliruan bertambah
bila firrhan mengetahui Emilia dan dazlyn pernah bersama dan menceraikan
Emilia. Dazlyn pulak ceraikan sarah sebab nak merebut sueraya. Ayah sueraya
pulak ceraikan isterinya dia sebab dah tak tahan dengan kerenah datin seri olida yang
mempunyai “anak ikan” muda *gatai ok* dan berkahwin dengan mak ngah firrhan
puan kamalia *ambik kau kawin cerai berai macam ape je* lepas je cerai dia dok
dengan sueraya dan firrhan dirumah lain. Dazlyn terkejut bila mengetahui
sueraya adalah kakak iparnya dan setelah dinasihati kembali kepada sarah dan
cuba membina hidup baru. Emilia hadir dalam hidup sueraya dan firrhan kerana
ingin kembali kepada firrhan dan meminta bantuan sueraya. Sedih dengan keadaan
Emilia dia meminta firrhan memberi peluang namun ditolak mentah2 oleh firrhan. Mak sueraya akhirnya menyesal dan berubah
kerana diugut oleh anak ikan dia sendiri dan meniggal dunia dalam kemalangan
ketika ingin membayar duit bagi mendapatkan video lucahnya.*nasib sempat nyesal
pastu mintak maap kat sueraya* last2 dapat tau yang sarah tolak sueraya masa kat
tangga sebab jeles nak dapatkan dazlyn. *iskhh busuk hati punya pasal* happy
ending la of coz kan.
"abang tak mahu dia pikat sue. abg sygkn sue. malah sejak dulu abg mmg sygkn sue" - firrhan
"kalaulah sue tahu yang cinta itu indah, dari dulu sue tak akan lepaskan abang kepada sesiapapun" - sueraya
0 comments:
Post a Comment