Happy Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Sunday, 9 October 2011

Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah



Nysa sakinah mengenali Farish Aqil ketika belajar di universiti. Apabila nysa meluahkan perasaan cintanya, aqil menolak mentah -mentah kerana menganggap nysa tidak lebih sebagai adik angkat. Mereka dipertemukan semula apabila keluarga aqil meminang nysa kerana ayah aqil dan ayah nysa bersahabat baik. Perubahan sikap aqil menangguhkan perkahwinan memaksa nysa berfikir untuk meneruskan perhubungan mereka dan akhirnya nysa mengetahui bahawa aqil mempunyai kekasih lily yang meninggalkan dia kerana mengikut keluarga angkatnya ke luar negara. 

Nysa berusaha memutuskan perhubungan namun kuasa tuhan tiada siapa menduga. Mereka bernikah dan hidup sebagai orang asing dirumah yang dibeli aqil untuk diduduki bersama lily. Hancur luluh hatinya apabila mengetahui hanya lily yang bertahta dihati aqil. Bermula la usaha menjejaki lily bagi mendapatkan semula kebahagiaan aqil. Pada nysa kebahagiaan aqil adalah paling utama walawpun merobek hatinya sendiri. Hadif rakan sekerja nysa menyimpan perasaan terhadap nysa termasuk juga sahabat karib aqil ketika di university – kamal. Lily kembali setelah mengetahui aqil telah berkahwin. Rupa-rupanya aqil telah mengugut untuk berkahwin dengan pilihan keluarga jika lily tidak pulang ke Malaysia. Nysa sanggup berkongsi kasih andai itu membahagiakan aqil. *isteri solehah* 

Akhirnya aqil menyedari bahawa cinta terhadap nysa telah lama wujud dan menafikan perasaan itu menambahkan kekusutan dalam hubungan mereka. Agak tersentuh dengan cara aqil meluahkan perasaan melalui kite message kepada nysa. Akhirnya Nysa dan aqil menemui kebahagiaan yang diidamkan.

“Hari ni baru abg sedar satu perkara. Abang dah tak ada ruang utk cantumkn semula hati nysa yg abg dah hancurkan - Aqil”

“ kalau aku tak dapat hidup dgn dia, aku tetap boleh cintakn dia, kn? Dan aku akan terus cintakan dia – nysa”

0 comments:

Post a Comment