Tidak lama lagi ramadhan akan tiba, harap dipanjangkan umur untuk bertemu dan merasakan kemanisanya.
Wednesday, 10 June 2015
May 2015
Mei 2015. Bulan yang mencatatkan pelbagai memori untuk dikenang. Bertambah jua umur bersama pengalaman untuk aku. Syukur Allah s.w.t masih meminjamkan nafas yang dihirup setiap hari kepada aku. Berusaha akan sedaya mampu memanfaatkannya. Walau tiada keraian dilakukan cukup makan bersama teman rapat membuatkan aku cukup bersyukur dan terhibur. Dapat juga merasa belon bersama ais krim dan coklat yang sedap.
Namun bulan ini juga aku kehilangan anak saudara. Sungguh, kehilangan bukan mudah untuk diterima. Aku tidak pandai memujuk. Namun setiap hari aku berdoa agar diberi kekuatan kepada adik iparku untuk menempuhi ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t. Bayi syurga. Doakan ibu dan ayahmu ya.
Tidak lama lagi ramadhan akan tiba, harap dipanjangkan umur untuk bertemu dan merasakan kemanisanya.
Tidak lama lagi ramadhan akan tiba, harap dipanjangkan umur untuk bertemu dan merasakan kemanisanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment